Filem Antaramasa

Antaramasa, sebuah filem sains fiksyen tempatan lakonan Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Tania Hudson, Indi Nadarajah, Riezman Khuzaimi, serta penampilan istimewa Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

Filem Antaramasa berkonsepkan pengembaraan masa (time travel) terbitan Lux Ambiance Media Production di bawah arahan Ramdan Che Hassan yang ditayangkan pada 1 Julai 2021 di saluran 480 Astro First.

Filem Antaramasa Astro First 480

FILEM ANTARAMASA

Tarikh tayangan : 1 Julai 2021
Pengarah : Ramdan Che Hassan
Produksi : Lux Ambiance Media Production

SINOPSIS ANTARAMASA

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Asri berkelulusan sarjana dalam bidang sains fizik telah mencipta sebuah mesin tenaga abadi (mesin masa). Mesin tersebut tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah.

Mesin masa ciptaan Asri berjaya membawa Asri kembali ke masa lalu. Dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu untuk memulihkan hubungan dengan kekasihny, Malisa.

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya. Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya.

Tanpa sedar, sebenarnya Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya telah berubah. Adakah Asri mengubah garis masanya sendiri? Adakah semuanya hanya takdir?

PELAKON ANTARAMASA

  • Josiah Hogan
  • Kaka Azraff
  • Adam Shahz
  • Tania Hudson
  • Indi Nadarajah
  • Aziz M.Osman
  • Riezman Khuzaimi
  • Aleeza Kasim

17 comments:

  1. Popular cerita tentang dapat kembali masa lalu atau akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cerita hollywood biasa dah. tapi local filem jarang ada. Ada pun zaman filem XX Ray dulu.

      Delete
  2. Hehe. Sains fizik degree saya dulu. Nak tengok lah, kot lepas ni boleh buat mesin masa. Nak prevent Covid. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene tengok ni. Kot boleh komen. Motif tu setuju Sal.

      Delete
  3. Menarikkkkk! Sebab time travel, memang minat betul genre macam ni.

    ReplyDelete
  4. Menariklah ceritanya. Suka tonton cerita begini. Kreatif!

    ReplyDelete
  5. Macam menarik tapi macam kurang promosi.. Sha baca blog fiza nielah baru tahu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.