Header Ads

Penangan Mouthgasm Crunchy, Mulut Tak Berhenti Mengunyah

Kedengaran ada orang bagi salam seiring bunyi motor. Husband pun menjengah keluar sliding door. Ada parcel untuk saya rupanya. Bukak parcel, muncullah sebekas mouthgasm crunchy berwarna merah menyala dengan gambar mulut macam tu haa.

Tengok gaya bentuk bungkusan bongkah bulat panjang tu dah boleh agak daripada seseorang. Tepat tekaan saya bila tengok tub mouthgasm crunch tu.

Mouthgasm Crunchy

Yang belum tahu mouthgasm tu apa. Mouthgasm Crunchy sejenis choco jar yang dijadikan sebagai kudapan. Founder mouthgasm crunchy, saudara Shahrul Shafiq telah mengeluarkan produk mouthgasm crunchy sejak January 2021. HQ Mouthgasm Crunchy terletak di Seri Iskandar, Perak.

Mouthgasm Crunchy Chocolate Mocha 300g

Didatangkan dalam tub yang ber seal. Barulah terjamin tak tumpah semasa proses penghantaran, terjamin rangup dan terjamin tak masuk benda asing yang lain.

Mouthgasm Crunchy Sealer

Mouthgasm crunchy ingredients :

  • baby coco crunch
  • cookies flakes
  • melted premium chocolate
  • mocha coffee powder flavour

Mouthgasm Crunchy Close Up

Chocojar mouthgasm crunchy ni sumpah sedap dan rangup dimakan. Campuran melted premium chocolate dan mocha coffee powder flavour tu sedap untuk peminat chocolate dan coffee macam saya. Manis? Eh taklah! Manis yang sedang elok manisnya.

Kejap kejap ada rasa pahit sikit. Pahit coffee atau pahit dark chocolate macam tu. Serious rangup, krup krap krup krap berbunyi bila mengunyah. Dah gaya ASMR mukbang dah makan berbunyi bunyi.

ASMR : autonomous sensory meridian response
Mukbang (pronounced "mook-bong") : it translates to “eating broadcast” in South Korea

Mula mula suap sikit je ke mulut sebab takut manis sangat. Konon nak rasa je. Lepas tu laju jee menyuap. Gilir gilir pass baton tub dengan husband. Sedar sedar nak habis dah. Haha..masing masing tak menahan makan sebab sedap.

Hujung hujung baru nampak dasar tub banyakkkkk lagi chocolate melted tertinggal. Patutnya kena goncang rata dulu sebelum makan. Haishhh..salah sendiri. Chocolate yang tinggal kami letak susu dan jadikan air susu chocolate. Pun boleh. Tak nak membazir.

Mouthgasm Crunchy Close Up

Sekejapan habis 1 tub makan berdua. Alhamdulillah..rezeki merasa mouthgasm crunchy ni pemberian blogger Atiqah Najihah. Nak menyebut mouthgasm pun berbelit lidah haihhh. Siap bagi kad nota comel berbentuk love tu lagi.

Nama saya terpilih diantara top komentator blog Atiqah Najihah bulan Jun

Mouthgasm Crunchy

Terima kasih banyak-banyak Atiqah berkongsi rezeki dengan kami berdua. Semoga dilimpahi rezeki  yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaaminnn...

Sesiapa nak cuba rasa dan beli mouthgasm crunchy ni bolehlah dapatkan di Shopee, kata Atiqah.

31 comments:

  1. Macam coco crunch pun ada. Laa, HQ dia di Seri Iskandar ke.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak Nur. Ni baby coco crunch macam yang ditulis dalam entri di atas :)

      Delete
  2. Hahaha yg last tu siap vuat air ye.. Bagus2 xde pembaziran kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sayang pulak teengok coklat tu terbiar sepi tinggal. Baik buat air. Hihi..

      Delete
  3. Alhamdulillah selamat sampai.
    Betul kak fiza, biasa coklat dia duduk bawah bawah, atas tu kering jeee, bila dah nak habis baru perasan coklat banyak lagi dekat bawah hahaha >.<
    Tapi saya tak jual tau kak fiza hehehe, saya pun beli di shopee :D
    Terima kasih ya kak fiza sudi terima walaupun hanya hadiah kecil dari saya, nak cakap selamat menjamu selera tapi baca ayat kak fiza macam dah habis dimakan hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai dan merasa. Itulah pasalnya. baru nampak coklat bawah sekali tu. Ohh ye ke, ingatkan Atiqah jual. Takpe, nanti tukar ayat tu. Habis dah Atiqah..sekali hadap je. hihi..Terima kasih :)

      Delete
  4. Menggiurkan betul presentation tu. Boleh bayangkan macam mana rasa coklat dan mocha. Mesti meletop rasa tu.

    ReplyDelete
  5. Hehe Atiqah boleh jadi duta mouthgasm. Sinonim pemberian dia dengan choco jar ini. Alhamdulillah Fiza suka. Cepat habis makan.
    Harap akak ada rezeki rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA saya tak tahu nak bagi apa, takut pelik pelik kan, orang tak makan pulak. Chocojar ni saya assume semua makan, sebab tu saya bagi chocojar ni hehehe.

      Delete
    2. Setuju kak. Suka kak sebab tak manis saya pada saya. harap ada rezeki akak juga.

      Delete
  6. Anyway, penampilannya aja udah bikin pengen, kayak enak gitu. Pasti aslinya enak ini. Ya kan Kak? Enak. Hehe...

    ReplyDelete
  7. punyalah sedap tu, sampai habis satu botol sekali hadap jer... hehehe

    ReplyDelete
  8. Dapnyer.Belum pernah cuba lagi mouthgasm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab dia tak manis sangat. Ada rasa pahit pahit kopi & dark chocolate

      Delete
  9. Gambar awak sangat lah hebat. Dan makanan ni memang sedap sangat

    ReplyDelete
  10. Aghhhh, kalau saja ada kat Jakarta, saya sudah akan pesan :). Selalu sukaaa dengan Snack crunchy coklat begini. Ini cocok juga untuk oleh-oleh ya akak. Kalo nanti pandemi dah selesai, dan bisa visit Malaysia lagi, pasti saya cari :). Dah rindu sangat ke sana. Biasa sebelum pandemi, tiap tahun saya slalu balik KL dan Penang . Krn dulu saya study kat Penang :).

    ReplyDelete
  11. murah rezeki Tiqah :)

    untung fiza. feveret aida ni.
    sedap ni fiza. lama da x membeli.
    sebab ofismet jual. beli ke dia aje.
    sebalang besar, share dgn anak-anak :)

    ReplyDelete
  12. Makan ni memang tak boleh berhenti. Akak suka rasa pahit-pahit kopi tu. Just nice blend dengan coklatnya.

    ReplyDelete
  13. Ehhh, nampak sedapnyaaa.. aduh, tengok packaging dan design packaging tu pun sexy wooo... Auuu! Nak try carik nanti

    ReplyDelete
  14. Tahniah fiza :)
    x berhenti mngunyah sgt bahaya hahaaa ^_^

    ReplyDelete
  15. Tahniah fiza 😉 takdapat merasa lagi.hehe

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Tahniah Fiza..
    Best makan ini.. Krup krap krup krap bunyi dia.. tahu-tahu je dah habis..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.