Responsive Ad Slot

Slider

Bungkusan Jauh Dari Penang Selamat Tiba

hadiah blogger blog titian perjalanan ujie othman acrylic keychain living travelling share sling bag canvas buku ustazah zaman dulu-dulu
Seperti yang telah diberitahu dalam email bertarikh 13 Julai. Bungkusan untuk saya telah dikirimkan berserta tracking number untuk memudahkan saya track parcel. Bila saya track masih belum masuk dalam sistem.

Lepas tu taklah track semula. Hampir lupa juga nak check. Lebih kurang pukul 10 pagi 14 Julai esoknya tu dapat sms text "Pos Laju is delivering your parcel today". Baru teringat nak check tapi bila dah tahu kita stand by je lah. Tak payah check dah.

Lebih kurang pukul 3 lebih macam tu, pos laju pun sampai hantar bungkusan jauh dari Penang. Lewat dari jangkaan saya sebab ikut kebiasaanya courier pos laju akan sampai tengahari atau pukul 1 lebih macam tu. J&T pulak pukul 3 ke atas.

Gdex dan DHL akan call dulu sebelum sampai. Dah boleh hafal dah tapi tak tepat pun sebenarnya. Ikut waktu dorang lah nak hantar bila pun. Asalkan barang sampai dengan selamat. Terima kasih Abang Courier.

Saya terima bungkusan agak besar. Tak sabar nak bukak! Dapat bungkusan pun dah boleh buat hati berbunga-bunga dah kan. Apatah lagi tengok dalam bungkusan tu.

Ada macam-macam dalam bungkusan. 
  • Canvas sling bag Living Travelling Share
  • Buku Ustazah zaman dulu-dulu
  • Penanda buku
  • Acrylic keychain dengan tulisan nama saya, Fiza

Hadiah Dari Blogger Ujie Othman

Canvas sling bag Living Travelling Share warna hijau tu boleh buat sling beg (ada disediakan tali panjang) atau boleh je buat beg bimbit. Tengok beg ni terus terfikir nak buat beg travel telekung. Boleh ganti beg telekung baru. Macam ngam ngam muat tu boleh masuk makeup pouch sekali.

Buku Ustazah Dulu-dulu. Tajuknya menarik. Suka dengan kertas dalam tu warna kekuningan agak klasik macam buku lama-lama sesuai dengan tajuk dulu-dulu. Belum sempat baca lagi.

Personlized Acrylic Keychain

Dapat juga Acrylic Keychain yang comel ni. Cantik ada corak bunga lagi tepi tepi frame tu. Alhamdulillah..Terima kasih Blogger Kak Ujie Othman atas kiriman semua hadiah ni. Saya dapat sebab jadi top komentator Blog Titian Perjalanan sempena ulang tahun blog beliau sepuluh tahun.

Segan sebenarnya asyik terima hadiah je. Nanti ada yang kata komen nak hadiah pulak. Saya memang biasa komen banyak-banyak ke blog yang saya selalu singgah. Tak harapkan hadiah pun. Itu cara saya support blogger yang sudi singgah ke blog memandangkan saya jenis kurang join GA atau segmen. 

Andai kata dapat hadiah, itu rezeki. Kalau ada yang annoying bagitahu awal-awal. Nanti saya tak komen dah.

Alang-alang PKP ni ada masa, itu yang saya komen mana mana yang saya nak komen. Nanti bila dah sibuk, nak komen pun tak dapat. Boleh juga hilangkan rasa bosan bila berblogging dan blogwalking ni. Tak gitu. 

Singgah ke blog Titian Perjalanan pun tak akan bosan. Ada banyak ulasan tentang buku, jalan-jalan cari makan dan juga tempat tempat menarik yang Kak Ujie Othman. Paling suka bila Kak Ujie share pengalaman pergi tempat tempat bersejarah dan menarik yang kita jarang pergi. At least kita tahu kewujudan tempat tu.

Ada masa boleh singgah ke Blog Titian Perjalanan.  Ayuh!


43
( Hide )
  1. Itulah ada kesempatan dan peluang untuk komen. Tidak tahu masa akan datang. Bukan harap hadiah. Suka komen sebab selesa dengan pemilik blog.
    Hehe seronok hendak tahu nama tajuk buku setiap orang dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak. Dah terbiasa tinggalkan komen. Hehe..semua buku best best nampak :)

      Delete
    2. Setuju dengan kak NA, rasa selesa dengan pemilik blog, sebab tu suka komen.
      Btw tahniah kak fiza! Murah rezeki kak fiza :)

      Delete
  2. Seronoknya dapat hadiah! Tahniah, Fiza.
    Terima kasih juga sebab rajin datang komen di blog akak.
    I really appreciate that. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih juga Kak Farrah sudi singgah sini :)

      Delete
  3. Tahniah Fizah.
    Kita berkunjung dan komen dengan ikhlas. Tidak harapkan apa-apa balasan. Empunya blog nak bagi hadiah itu kira rezeki sebab memang dia nak bagi. Kalau blog kita tak dikunjung balik atau tak dikomen pun kita tak kisah. Kak Amie pun sekadar suka-suka saja, menambah bacaan dan info daripada blog lain. Kalau ada masa memang suka lepak lama-lama di blog lain. Mana yang boleh dikomen (faham isi entri) Kak Amie komen. Mana yang kurang faham, atau ada isu sensitif yang ditulis, memang Kak Amie tak komen. Takut terkeluar komen yang tak sepadan dengan isi entri yang dipaparkan hihihiiii. Seronok dapat kongsi baca dengan rakan-rakan blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Saya pun begitu. tak harapkan apa apa pun. Sambil blogwalking tak best pulak kalau tak tinggalkan komen. Macam datang rumah orang bawak buah tangan macam tu lah kaedahnya. Samalah, kalau tak tahu nak komen apa saya pun skip komen. Betul tu, macam macam cerita boleh kita baca. Terima kasih kak Amie singgah sini dan komen juga.

      Delete
  4. Ada ke org annoy klu kira komen byk2 eh... K ret suka je baca komen2 org hahha walau kdg x smpt nk reply satu2.. Teruskan mengomen fizah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah ada Kak Ret. Baikkkk, nak komen jugak :)

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah Fiza.. Cantik beg tu..
    Buku kalau guna kertas jenis kuning-kuning tu memang nampak klasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. memang cantik begnya. kannn..nampak klasik

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Syu. Ya, hadiahnya cantik :)

      Delete
  7. Tahniah Fizah. Macam best je buku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Sal. Kannn..belum mula baca lagi tu. huhuhu

      Delete
  8. Wah, banyak hadiah Fizah dapat. Seronoknya. :)

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya hadiahnya dia...banyak tu..bag tu cantik sanagt..sama macam bag kak amie..keychain tu pun cantik

    ReplyDelete
  10. Akak masih ingat satu komen Fiza kat entri akak pasal suka kertas buku kekuningan, jadi akak sengaja pilih buku yang kertasnya begitu 😀

    Bab memberi komen, tentulah akak suka Fiza datang memberi komen, Sebab menerusi komen tu la kita macam berbual-bual dan dapat saling mengenal. Hadiah tu saja suka-suka menambah mesra dan tanda ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Terharu rasa akak masih ingat. Saya suka sangat² buku kertas kuning ni. klasik. Terima kasih kak menghargainya. Alhamdulillah..terima kasih berkongsi rezeki. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminn...

      Delete
  11. Alhamdulillah . Tahniah sis fiza . Rezeki datang bergolek tak salah alamat . Btw cantik travel beg tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Terima kasih Lyana. Ya, cantik. Suka :)

      Delete
  12. comelunya keychain tu..tahniah ye sis :)

    ReplyDelete
  13. Tahniah Fiza. Cantik bag nya tuu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Nad. Ye, cantik. Suka :)

      Delete
  14. Tahniah fiza, cantik hadiah dr kak ujie ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Shida. ya, cantik cantik semuanya.

      Delete
  15. Tahniah fiza. Murah rezeki kan. Teruskan berblog. Ada rezeki fiza thn dpn nina pos lg hehehe

    ReplyDelete
  16. da namanya rajin blogwalking, dpt la hadiah, fiza.
    nama pun blogger kan.
    takde makna ada org jeles la :)
    aida ni kekurangan masa update blog dan blogwalking.
    tu yg tak pernah dpt hadiah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada rezeki terselit. Ada masa kita blogwalking sampai lebam :)

      Delete
  17. Huyooooo.. Tahniahhhhh! Bestnyaaaa... Ye, selagi ada masa, tak salah jalan blogwalking sampai lebam.. Kannn... Tambah gak PV blog sendiri.. Heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Nona. ya betulll..selagi ada masa kita bw sampai lebam gitu

      Delete
  18. Tahniah kak fiza… dapat hadiah lagi..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu