Header Ads

Ayam Goreng Tepung Bestari, Lauk Berbuka Last Minit

Lebih kurang pukul 4 petang husband keluar beli barang. Nak beli ayam kononnya nak merendang sikit esok. Restock juga mana yang dah nak habis tu. Alang alang keluar beli sekali lah. Tak dapat beli ayam sekor. Beli je lah bahagian kepak. Asalkan ada ayam untuk rendang raya.

Dah balik rumah, dekat pukul6 dia tanya nak beli makanan ke nak masak. Mulanya saya rasa macam nak beli je sebab tak tahu nak masak apa dah. Ayam baru beli, kena bersihkan dulu semuanya simpan dalam bekas. Udang nak kena bersihkan juga. Barang barang lain kena sorting dalam bekas. Banyak kerjanya tu.

Dah pukul 6:30 petang. Saya cakap masak je lah. Nak order foodpanda pun macam tak ada yang menepati selera. Husband masak nasi dan saya goreng ayam. Kebetulan ayam dan udang dah siap bersihkan masa tu. 

Gaul dengan tepung bestari, panaskan minyak dan tunggu masak. Ini je lauk berbuka last minit yang saya terfikir nak buat. Sementara tunggu ayam masak, sambil tu mengemas apa yang patut. 

Bahagian kepak ayam ni kalau digoreng tak memerlukan masa yang lama. Kejap je masaknya. Udang pun sama. Sesuai lah untuk lauk last minit. 

Ayam Goreng Tepung Bestari

Dah jadi lauk tetap dah ayam goreng tepung bestari ni sebab ada sambal gesek tu. Kalau tidak, mungkin akan masak lauk berkuah atau bersambal. 

Resipi ayam goreng rangup mudah dan sedap

Senang juga ada tepung bestari ni. Tak perlu tambah apa dah. Saya biasa salut macam tu kering kering je. Tak ada tambah telur, tak tambah air dan tak tambah garam. Hanya guna tepung bestari ready to use tu je. 

Mudah je pun masak ayam goreng tepung. Resipi ayam goreng paling mudah dan sedap.

Semoga ada kerajinan nak masak rendang malam nanti untuk hidangan esok pagi. Ataupun bangun awal siapkan lauk rendang. Nak buat pulut kuning atau rebus nasi impit segera pun tak pasti lagi. Buat lebih sikit boleh bagi jiran sebelah.

Kat kampung dah siap lemang dan rendang. Aduhaiii..rindu nak balik kampung! Syahdu raya tak dapat balik kampung. Bertabahlah kita semua ye. Raya dibandar, raya cara kita. 

48 comments:

  1. gambar makanan dari kak Az memang sangat menyelerakan. Alhamdulillah makan berbuka tadi masih kenyang terasa

    tepung bestari memang resepi rahsia untuk ayam goreng sedap ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih AO.
      Ya, tepung bestari memang memudahkan kerja masak dan tersedap!

      Delete
  2. Sempat juga masak di saat-saat akhir.
    Bagus juga beri ilham guna tepung Bestari kering-kering.
    Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Mujur sempat fikir lagi. Hihi..Nanti boleh cuba gunakan kering kering.
      Selamat Hari Raya Aidiladha juga kak

      Delete
  3. Alhamdulillah, selamat berpuasa dan berbuka harini... Tepung Bestari memang sedap.. Mak saya pun suka guna tepung ni . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepung idaman ramai ni. Terlajak laris kadang susah nak dapat juga Nona.

      Delete
  4. Fuh.. Gambar dia bikin nak makan skrin komputer ni.. Haha

    ReplyDelete
  5. Betul kak, tepung bestar ini memudahkan urusan masak kita hehe

    ReplyDelete
  6. memang sedaplah gorengan menggunakan tepung besrati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye wak, sedap hasil makanan bergoreng guna tepung bestari ni

      Delete
  7. Suka tepung ni.Selalu Syu beli yang pedas. Sedap!! Tapi masa nak coating tu azab sikitlah. Asyik bersin je🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, saya guna yang spicy. Betul sangat! Asal dia punya debu tu bebas auto terbersin.

      Delete
  8. senang nak masak ayam goreng guna tepung bestari ni :)

    ReplyDelete
  9. Menarik gambar makanan, pandai ambik, senang guna tepungnya kering gaul gitu je. Salam Aidil Adha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih
      Ya, senang kerja masak. Selamat Hari Raya Aidiladha :)

      Delete
  10. sedapnya ayam grg makan dgn sambal gesek tu.

    sama la kita, scroll foodpanda last2 x jumpa jgk nk mkn ape. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap even ringkas je menunya. itulah pasal Syu, tak jumpa apa yang menarik.

      Delete
  11. Mata saya silap ke.. Nampak macam ada udang terselit

    ReplyDelete
  12. Terbayang keenakan dan kerangupannya 😊 Senang kerja memasak ada tepung bestari ni.
    Salam Aidiladha, Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tip top tepung bestari ni buat kerja jadi masakan sedap.
      Selamat Hari Raya Aidiladha kak Farrah :)

      Delete
  13. Suka guna tepung bestari. Mudah, jimat masa dan sedap. Anak² pun suka 🥰

    ReplyDelete
  14. Gambar kak fiza ambik memang tak pernah tak menyelerakan walaupun ayam goreng. Nampak macam mudah sangat pakai tepung tuuu, tak payah bancuh apa apa dahhh, boleh try lepas ni. Memang memudahkan kerjalah kalau pakai tepung tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Atiqah. Memang mudah Atiqah. Gaul rata dan goreng je.

      Delete
  15. Saya pon klu dah buntu x tau nak makan ape, goreng ayam je lah dengan tepung bestari ni… sedap la jugak makan dengan nasi panas. Udang goreng tu nampak sedap betul…

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..paling mudah dan sedap dah ni selain telur goreng. hihi..udang tak pernah tak sedap :)

      Delete
  16. Berbuka semalam buat paprik je tapi tak selera nak makan sbb 2 minit sebelum berbuka dapat berita makcik yang kritial meninggal dunia.. :{

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
      Salam takziah Naniey

      Delete
  17. Sedapnyaa, anak wawa suka betul makan ayam goreng. Hihi

    ReplyDelete
  18. Kak Amie pun goreng ayam guna tepung Bestari. Senang sangat. Sedap pun sedap.

    ReplyDelete
  19. mama pun selalu guna tepung bestari. senang hihi

    ReplyDelete
  20. Tengok view dia. Cantiknyaaaa. Sedap tuu ayam goreng niii

    ReplyDelete
  21. wah cepat dan mudah, tampak sedap pun..

    ReplyDelete
  22. Sedap, mudah dan ringkas kan Fiza..
    Sha pun selalunya mcam nie lah.. Janji stok tepung bestari kena ada di rumah.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.