Header Ads

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Apa itu Citrus/Sitrus? Sitrus berasal daripada bahasa Latin. Sejenis tumbuhan yang digelar mata kerbau ( C.medica) atau sejenis pokok konifer (Thuja). Di Malaysia, sitrus dipanggil 'limau' atau 'Limaw' dalam bahasa melayu yang berasal daripada akar Melayu-Polinesia Barat.

Bahasa Jawa, Bali dan Sasak pula menyebutnya 'limo'. Dikatakan mungkin juga perkataan 'limau' berkongsi asal-usul dengan nimbū dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud limau. 

Kemudiannya limau dan nimbū pula diserap ke dalam bahasa Parsi (dalam bentuk لیمو līmū), bahasa Arab (ليمون‎ laymūn), bahasa Portugis (lima, limão) dan bahasa Inggeris (lemon, lime)
sumber-wikipedia limau

Begitu banyak dia punya panggilan dan gelaran tapi tetap merujuk kepada buah yang sama, buah sitrus atau buah limau. Jenis buah buahan sitrus pula ada banyak. Boleh kaji senarai buah buahan sitrus jika rajin.

Tapi hari ni saya nak cerita Katlego sitrus dari South Afrika yang manis tinggi dengan vitamin C. Stok buah oren manis dah habis, saya mintak husband belikan stok buah oren lagi. 

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Siap-siap pesan beli buah oren yang ada lubang pusat tu. Tips/ Cara memilih buah oren yang manis. Sila semat dalam kepala supaya tak lupa.

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Husband beli sebungkus Katlego Sitrus South Afrika n. Kesemuannnya ada 5 biji buah sitrus yang saiznya sebesar tapak tangan. Berkali kali saya cakap besarnya buah oren ni. Macam jakun pun ada. Hahaha..Terjakun sebab tak pernah nampak in real buah sitrus sebesar itu.

Ke buah sitrus  tu saiz dia biasa je. Tapak tangan saya yang kecik agaknya. Abaikan. Paling tak sabar nak rasa buah sitrus ni. Betul ke manis bila pilih buah sitrus yang ada pusat berlubang ni?

Katlego Sitrus South Afrika Tinggi Vitamin C

Ternyata cara itu tepat belaka. Ya, manis manis manissss bak kata lagu Siti Sarah tu. Isi sitrus dia macam buah limau abong tu. Hampir sebiji-sebiji isinya. Sedap makan limau macam ni. Cara potong buah oren tetap sama.

Nak pisahkan isi dari kulitnya pun mudah. Lagi senang nak makan macam tu. Rasa macam berbaloi betul beli buah sitrus manis, besar dan sedap ni. Harga dia saya tak pasti pulak. Dah beberapa hari pulak membeli. Lupa nak membelek resit.

Tapi kalau terjumpa katlego sitrus South Africa ni, mungkin awak boleh cuba kalau sejenis yang suka buah sitrus. Beli di pasaraya Zemart.

30 comments:

  1. Terima kasih atas tip untuk pilih buah manis.. pernah baca tapi lupa sahaja bila memilih buat citrus ni.

    ReplyDelete
  2. Wah tips berguna ni sbb k ret pun x suka yg masam2 hehe

    ReplyDelete
  3. Aku paling senang makan buah jeruh dikupas dari kulitnya lalu dikunyak di dalam mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jadi lebih enak dimakan tak perlu susah susah.

      Delete
  4. Boleh tahu beli di mana? Sebab tidak pernah dengar limau ini.
    Hehe teringin juga apabila Fiza terangkan. Senang kopek dan manis buat tertarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf akak baca balik tulisan ini, tertinggal baca pula info terakhir di pasaraya Zemart.
      Terima kasih kongsi info.

      Delete
    2. Saya baru tambah infonya kak tadi. Belum sempat balas. Kot ada tempat akak boleh cuba beli dan rasa.

      Delete
  5. Limau bontot kalau lubang mcm ni orang panggil dan memang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh bontot eh..segan nak menulis bontot pun. hehe...itulah manis rasanya

      Delete
  6. baru tahu tips ni, okay next time nak guna tips tu bila beli buah oren hehe memang besar ye buah katlego tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, silakan gunapakai tips ni nanti. Yup besar. Tak tahulah memang besar atau kali ni dapat saiz besar.

      Delete
  7. Akak pun suka buah orange yang jenis macam ni...ada lagi 4 biji..manis betul..

    ReplyDelete
  8. Nice tips kak fiza, saya selalu takut nak beli buah buahan yang macam ni sebab takut dapat yang masam, jadi rugi kalau masam sebab memang saya tak makan hahaha :')

    ReplyDelete
  9. Whoaa.. sedapnya.. teringin pulak memalam ni singgah tengok.... ok . sy ingat dah tips tu ... kena yang berlubang camtu ea... Baik. Saved. Nanti try cari brand ni pulok.huhu

    ReplyDelete
  10. Terliur nengoknya. Next time groceries shopping boleh cari

    ReplyDelete
  11. Akak pun kalau nak beli guna cara ni, tengok bawahnya berlubang besar ke tidak. Ada orang ajar suruh hidu... itu akak fail, macam mana nak hidu masam ke manis? Lagipun kan sekarang kan pakai mask ��

    Tak pernah beli lagi buah yang ni. Lain kali boleh cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi tips menghidu tu. kalau saya guna tips tu pasti fail. Agak susah nak tahu tu. guna tips ni lagi senang tak perlu hidu bagai :)

      Delete
  12. saya pon klu pilih limau macam ni mesti pilih yg ade pusat.. pasti manis

    ReplyDelete
  13. Oh! Begitu petuanya ye Fiza. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  14. bagus makan oren.. lama juga tak membeli oren.. Sekarang ini rajin makan epal merah dan mangga kulit merah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh mangga kulit merah tak pernah jumpa pulak KakSha.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.