Header Ads

Sizzling Yee Mee Yang Menyelerakan

Lepas tertengok entri sizzling yee mee kak LZ, terus saya buat sizzling yee mee untuk dinner malam tu. Kebetulan baki sizzling yee mee masih ada 3 pcs lagi dan cendawan shiitake kering pun ada stok lagi. Malam tu saya pun buatlah untuk dinner.

Gambar tak seberapa sebab hanya bergantung harap pada lampu softbox tu je. Mee pun gelap. Jadi kelam sikit gambarnya. Asalkan masih nampak rupa sizzling yee mee bukan mee maggi. Nak buat food plating lawa sikit pun pemalas tiba-tiba. 

Sizzling Yee Mee

Sejak dah pandai masak sizzling yee mee memang tak makan dah sizzling mee kat luar. Resipi pun guna resipi sizzling yee mee mudah. Saya pernah update tahun 2014 lamanya. Tapi gambar tak ada dah dalam entri tu.

Masa tu ada account google+ yang banyak delete gambar dalam blog. Konon nak upload semula gambarnya tapi tak jumpa. Sudahnya entri resipi tu sepi tanpa sekeping gambar. Kesian betul lah.

Nak masak sizzling yee mee ni mudah je. Boleh tengok bermacam macam resipi. Follow mana mana resipi yang rasa mudah nak buat dan ikut selera kita.
  • resepi sizzling yee mee khairul aming
  • resepi sizzling yee mee che nom
  • resepi sizzling yee mee azie kitchen
  • resepi sizzling yee mee yatie kitchen

Bolehlah awak cari di google resipi resipi mereka yang rajin orang cuba. Nak buat masak cara saya pun boleh juga. Nak lebih faham dan jelas boleh tengok video masakan khairul aming, che nom, azie kitchen dan yatie kitchen di youtube. 

Bila masak sendiri sizzling yee mee saya suka letak cendawan shiitake lebih dan sawi lebih. Cili potong wajib ada. Baru lah sedap makan ikut selera tekak sendiri. Kan?

Tak ada idea nak masak apa. Jemu nak makan nasi ke, bolehlah buat sizzling yee mee pulak. Tak ada hot plate sizzling pun tak apa. Kita masak dalam kuali yang ada je. Pun Sedap!

57 comments:

  1. wahhh, sedapnyaa. lama tak makan sejak kena berkurung ni. nak buat sendiri belum rajin. hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sedap sizzling mee lagi lagi ada cendawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. ye sedap sizzling bila ada cendawan shiitake ni.

      Delete
  3. sedappp ni
    buat sendiri lg puashati mkn kan fiza

    ReplyDelete
  4. Entah macam-macam masakan timbul ketika kena kurung.
    Hehe asal buat yee mi ikut tekak boleh masukkan apa-apa tapi cendawan shitake itu mesti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendawan shiitake takde, kurang kick sizzling mee nanti.

      Delete
  5. Wah sedapnya sizzling yee mee. dulu zaman covid tak teruk mcm sekarang rajin la pergi makan kat foodcourt aeon. rindunyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..dulu nak makan sizzling mee kat foddcourt je. sekarang kena masak sendiri lah jawabnya.

      Delete
  6. Lamanyaaaaaaaa tak makannn, kalau dulu masuk foodcourt mall, mesti makan mee sizzling ni. Sekarang nak buat pun tahap kerajinan tak berapa ada hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tahap kerajinan Atiqah menggunung tinggi. Dapat rasa sizzling mee air tangan sendiri pulak :)

      Delete
  7. Sedapanya sizzling mee...tapi nak makan yang kat foodcourt AEON atau Parkson Seremban Prima..confirm dah tutup kan pandemik ni...adik akak pandai buat tapi x bleh balik...sedihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kat food court je sedap sizzling mee. pkp ni kena merajin buat sendiri je lah nampaknya

      Delete
  8. Tak pernah lagi saya merasa makanan sebegini..

    ReplyDelete
  9. Walaupun Fiza kata gambarnya kelam, tapi tetap nampak cantik dan menggoda.
    Akak ada try sekali je aritu buat sizzling yee mee, tapi macam tak menjadik. Haha…kena try lagi nampaknya. Nak tunggu makan kat kedai, ntah bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Terima kasih banyak² Kak.
      Mungkin kena cuba lagi tu. itulah kan, entah bila nak makan kat luar tak tahu lah.

      Delete
  10. Bila tengok posting ni, terasa lama sangat dah tak makan sizzling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak pkp ni banyak makanan yang kita rindu kan. Kan..nak tak nak kena juga cuba masak sendiri

      Delete
  11. Sukaaa mkn sizzling tp x pernah buat lagi, boleh tunjuk packaging yee mee tu camne, pernah trt cari tp x jumpa plak yee mee kat pasaraya byk mee kuning dan bihun jer😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee mee ada 5 pcs, pack tinggi tu. dah habis pulak nak ambil gambar. Boleh google gambar. Biasa dorang letak bahagian mee kering.

      Delete
  12. Nampak menyelerakan . Tambah2 kalau ada cili potong . Lagi laju je makan

    ReplyDelete
  13. lamanya xmkn! dulu sllu g mkn kat mydin mall..
    sizzling mee kat stu sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lama tak makan, terpaksalah kita masak sendiri kan :)

      Delete
  14. Akak pun dah lama tak makan sizzling yee mee. Selera akak tengok Fizah punya. :)

    ReplyDelete
  15. Sedap betul ni Fiza sizzling yee mee! Kuahnya tu menggoda selera!
    Cendawan shiitake ke tu... tentu harum aromanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sesekali tukar menu. Ye, cendawan Shiitake. Bau pun best kalau suka makan :)

      Delete
  16. nampak simple nak buat sizzling mee ni tapi tak pernah pula mencuba..hehe

    ReplyDelete
  17. Menarik nii sizzling mee. Boleh try sebab kat rumah mmg ada yee mee.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba tu. Tapi nak sedap kena ada cendawan shiitake tu :)

      Delete
  18. malas-malas pun tetap cantik setup tu..hehehhe

    ReplyDelete
  19. shida xpernah masak dan xpernah makan lg yee mee ni..dia mcm mkn dlm claypot mkn panas2 kat foodcourt tu ke, fiza?

    ReplyDelete
  20. sedapnya sizzling yee mee. dlu2 selalu mkn dkt food court.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ni, syuhada.
      menu wajib order kat food court, kan.
      now, food court pun tutup :(

      Delete
    2. Ye, food courtlah tempat sizzling mee sedap Syu. betul tu kak Aida. rindu kan.

      Delete
  21. Mee sizzling menggoda selera hehehe

    ReplyDelete
  22. Ni menu wajib kalau makan kat food court mall. Tak pernah buat sendiri. Nanti nak try lah. Rumah ni banyak balance shiitake

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. pergi foodcourt cari sizzling mee. Buat sendiri letak extra cendawan sedap.

      Delete
  23. Suka mee sizling Tesco.. hehehe.. Lama pula tak makan mee sizling..

    ReplyDelete
  24. aida ada save few resipi ni, fiza.
    buatnya belum.
    cendawan shitake. sawi. yes. ni yg tambah sedap.
    then telur tu, separuh masak :)
    wow!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nanti boleh buat tu. betul, ada rencahnya cukup memang sedap

      Delete
  25. Aaaaaa... gambo malas malas pun lawooo.. Ewahhh! Tak pernah try menu ni.. nice idea.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Nona. Nanti boleh cuba masak pulak..hihi..

      Delete
  26. Sejak2 pkp ni mmg lama dah tak makan sizzling mee ni….

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. lalu terbuat jugak sizzling yee mee ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.