Officially Bangsa Sinovac

Seusai sarapan pagi dan siap-siap. Gerak ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) pukul 7:45 pagi macam tu dan sampai sana pukul 8 lebih hampir ke 8 setengah. Traffik lancar sebab tak banyak kereta pun. PKP, ramai juga yang tak masuk office kan. 

Perjalanan ke USIM lancar ikut Highway LEKAS. Memang lekas lah sampai. Exit Highway macam biasa ada roadblock. Tunjuk temujanji vaksin je dan berlalu pergi. Sampai USIM, dekat pos pengawal pun dia check temujanji vaksin.

Parkir kereta masih banyak kosong lagi. Baru suku kenderaan memenuhi ruang parkir. Okaylah ramai macam tak ramai macam tu. Dari parkir nak menuju ke dewan tak jauh mana tapi mengah juga sebab dah lama tak berjalan kan.

Checkpoint 1 : Check samada ada pakai gelang kuanratin ke tidak. Yang pakai lengan panjang dia akan raba lah kot kot pakai gelang ke kan.
Checkpoint 2 : Check temujanji dalam apps MySejahtera
Checkpoint 3 : Tunggu kat khemah luar, ada taklimat ringkas sikit

Yang bertugas akan lepas baris by baris naik tangga ke dewan. Kena scan check in MySejahtera.

Checkpoint 4 : Tunggu luar dewan
Checkpoint 5 : Masuk dalam pintu dewan. Kat sini dorang akan bagi borang dan isi. Masa ni dorang suruh isi vaksin nama sinovac. Tapi kat luar dewan pun dah tampal siap-siap dah vaksin Sinovac.
Checkpoint 6 : Dah siap isi, masuk dalam dewan utama
Checkpoint 7 : Pendaftaran vaksinasi. Tanya tentang kesihatan samada ada alahan atau penyakit. Kat sini bagi borang dan ic
Checkpoint 8 : Persetujuan dan consultant kesihatan. Bagi borang dan IC.
Checkpoint 9 : Bilik vaksinasi. Scan vaksinasi QR code dan cucuk. Dalam bilik tu doktor perempuan. Sempat tanya doktor. Sakit tak? Doktor kata sakit sikit je. Okay fine. Dia kata saya akan cucuk vaksin Sinovac 0.5 ye. Macam cucuk tu ada lah rasa sakit sikit. Ye, macam gigit semut je.
Checkpoint 10 : Kaunter pemerhatian. Tanya kalau ada rasa apa apa kesan selepas disuntik dan dapat kad untuk second dose.
Checkpoint 11 : Duduk di tempat pemerhatian lebih kurang 10 minit.

Okay lepas tak ada apa-apa, keluar. Lepas tu barulah kita ambil gambar kat booth vaksinasi. Saya ambil gambar 1 booth je. Nak balik cepat kan. Tak kuasa nak berlamaan di luar. Setiap checkpoint pun tak ambil gambar. Ambil gambar kat booth je cerita vaksinasi saya.

Officially Bangsa Sinovac

Gigih pakai double mask, 3ply dan KF94. Selesa lagi pakai KF94 tu berbanding jenis fabric. Tengok orang lain rileks je pakai single mask tempat orang ramai. Kita punyalah risau.

Lepas pegang kad terus sanitize tangan. Cepat-cepat ambil gambar dan balik. Sakit perut plus mengantuk pun ada. Dok tahan sakit perut. Awal sangat breakfast meragam lah dia. Mengantuk pun satu hal juga. 

Pakai spek pulak, tak selesa dengan ber face mask. Kejap kejap cermin kelabu asap. Itu yang malas pakai spek bila keluar. Contact lens kebetulan dah expired tak ada stok baru. Kedai cermin mata tutup waktu PKP ni pulak.

Dia jadi tak ada mood. Lebih fokus nak settlekan vaksinasi cepat. Syukurlah semua proses laju je. Tak sempat nak bosan menunggu. Tak sempat nak terpinga-pinga nak kena buat apa lepas tu dan lepas tu. Lebih kurang 30 minit settle. 

Sebelum balik singgah beli nasi ayam untuk lunch. Stand by siap siap bekalan untuk lunch. Kot tak larat nak masak ke kan. Tapi sampai rumah sempatlah saya vacuum, basuh baju dan ampai baju. Masih larat lagi buat kerja rumah.

Kesan sampingan vaksin Sinovac

Alhamdulillah selesai dos petamo. Selepas beberapa jam ni tak ada kesan sampingan vaksin sinovac yang terlampau. Setakat kebas tangan sikit je. Kalau orang lain lapar lepas cucuk Sinovac tapi saya kurang selera makan pulak. Lain orang lain efek vaksin sinovac ni ye.

Lepas dah tidur, bangun tidur masih kebas tangan. Sebab tidur dalam air cond kot juga tu. Lepas tu sekarang okay dah. Husband pun macam tu juga. Kebas sikit je. Tak ada efek vaksin Sinovac yang lain. Harap sihat-sihat je lah. 1-2 hari ni kena rehat. 


Vaksin Sinovac

Teknologi: Menggunakan virus covid-19 yang dimatikan untuk mencetuskan tindak balas sistem ketahanan badan
Keberkesanan : 50.4 hingga 91.25  peratus
Proses : Fasa tiga ujian klinikal
Dos diperlukan : 2

Tak kisah vaksin apa sekalipun. Asalkan fungsi vaksin tu melindungi diri kita dari virus covid jahat tu. Ada je orang dok cancel sebab nak dapatkan Pfizer jugak. Macam-macam karenah ya. Arab Saudi pun dah iktiraf dan terima vaksin sinovac. So bolehlah buat menunaikan haji dan umrah nanti walaupun dapat vaksin Sinovac.

Kat USIM pun ada walk in vaksin. Katanya warga emas yang terlepas temujanji fasa I haritu boleh je walk in. Dorang bagi je katanya. Tapi bila fikir balik, susah juga kalau tiba tiba walk in disuruh balik sebab tak ada temujanji. Lepas tu takut stok vaksin tak cukup. Tak pasal penat datang.

Negara luar boleh je pilih jenis vaksin sebab negara dorang dapat bekalan stok banyak. Negara kita, apa yang ada apa yang dapat tu dah kira bagus dah. 

Yang belum dapat vaksin, bersabar lah ye. Saya register bulan February, bulan ni baru mendapat. Mungkin sebab juga kes negeri sembilan ni makin bertambah angka kes baru. Itu yang laju sikit kot. 

Syukur dapat juga cucuk vaksin sama waktu dengan husband. Sepatutnya saya dapat vaksin first dose waktu petang. Tapi bila ramai kata boleh je pergi sekali. Saya pun pergi sekali dengan husband. Alhamdulillah dapat sekali. Cuma bilik cucuk berbeza sebab dia termasuk ke barisan lain. 

Senang settle sekali tak payah nak pergi dua kali pagi dan petang. Dah boleh borak mandarin berdua dah. Eh! Gurau je.

Second dose selepas 21 hari, iaitu 6 Ogos nanti. 

Second dose Sinovac USIM


64 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. wah tahniah fiza dah berjaya dapatkan vaksin :)

    ReplyDelete
  2. syukurlah dah jadi bangsa sinovac, saya bangsa AZ... tak bole geng la kite

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, alhamdulillah dah vaksin, bagus tu singgah beli lunch, tak tentu effectnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Alhamdulillah. itulah, siap awal awal senang

      Delete
  4. Alhamdulilah setel 1 round..
    Nasib baik dpt msk sekali kan belah pagi..

    K ret ahad ni utk 2nd dos.. Debo plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...boleh sekali masuk.
      Berdebar lain macam nak cucuk ni. Semoga dipermudahkan urusan KakRet nanti. Aaminnn

      Delete
  5. Alhamdulillah setel dahhhh satu dos, betul kak fiza, lain orang lain kesan sampingannya. Harap harap kak fiza dan husband sihat sihat aje! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga sihat sihat je. Terima kasih Atiqah atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn..

      Delete
  6. Tahniah dah dapat vaksin
    tak kisahlah vaksin apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih wak. betul wak, tak kisah vaksin apapun. asalkan dapat.

      Delete
  7. Tahniah Fiza sudah melepasi dos 1. Tunggu dos 2. Moga sihat-sihat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Terima kasih Kak Amie atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn..

      Delete
  8. Saya hari ketiga ni masih rasa lenguh tangan . tak tahu bila nak sembuhnya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap cepat okaylah. Risau effect lama lama ni. Semoga cepat sembuh. Aaaminn..

      Delete
  9. Hello geng sinovac! Hehehe.. alhamdulillah dh vaksin.. tahniah fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai geng Sinovac. Hehe..
      Alhamdulillah..terima kasih kakmim

      Delete
  10. Alhamdulillah settle dah 1 dose. Sama dengan mak ayah Aien bangsa Sinovac. Kedua dorang alhamdulillah tak de sangat kesan sampingan. Moga akak pun baik-baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ye, kurang kesan sampingan tu. Terima kasih Aien.

      Delete
  11. di malayssia seperti itu ya vaksinnya
    salam dari tetangga indonesia

    ReplyDelete
  12. Samalah saya Sinovac. 22 Julai ini saya bakal terima dos kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak dekat tarikhnya tu. Semoga dipermudahkan urusan dos kedua.

      Delete
  13. Haah ada baca kata boleh cucuk sama-sama.
    Ok lepas ini tunggu 3 minggu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Senang boleh sekali. Tak sabar nak cepat habiskan second dose ni. Senang tak yah fikir dah

      Delete
  14. Alhamdulillah. Selesai dah 1 dose. Tak sabar nak dapatkan dos pertama saya minggu depan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..wah nak dekat dah tu. Semoga dipermudahkan segala urusan awak. Aaaminn

      Delete
  15. Alhamdulillah.. Selesai dah satu dos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..lega dah settle first jab. Tak sabar tunggu 2nd jab

      Delete
  16. First time akak tengok muka Fizah. :)
    Alhamdulillah, dah selamat first dose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..eh, ada upload sebelum ni. tak silap gambar raya..terlepas pandang kot kak..gini lah dia jarang upload gambar sendiri. Dulu dulu je rajin. zaman tak boleh jalan kemana, gambar makanan je memenuhi ruang blog.

      Delete
  17. Yay.. Akhirnya dapat jugak. Senang pergi berdua sekali. Semoga Fizah n suami sihat2 je and takde side effect teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! Finally kan. Itulah pergi sekali senang. Alhamdulillah so far okay je.

      Delete
  18. hai awak..yeay..sama ler sebangsa..hehehehehe

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah
    vaksin pertama , kita tunggu dos kedua pula

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. takde side effect ya. Akak hari ni asyik tidur je hahaa.. mata ni macam ada magnet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..effect ringan kebas kebas macam tu je. Mengantok pun ye jugak tapi kejap je.

      Delete
  21. Tahniah Fiza dapat Sinovac...sama macam Mak dan Abah akak...next akak plak 25hb nanti amik AZ...tapi dengarnya dah hujung- hujung ni akan dapat PfIZER..entah la mana 2 jer la..asalkan dah vaccine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..oh ye ke Pfizer lepas tu. Itulah janji dapat vaksin :)

      Delete
  22. Alhamdulillah so happy tengok ramai yang dah divaksin dan diri sendiri masih menunggu tarikh huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga sampai masanya untuk Ain juga. Aaminnnn

      Delete
  23. Alhamdulillah…selesai 1 dos.
    Kat PPV akak aritu, takde taklimat apa2. Memang perasan ada beza PPV di kawasan bandar dan luar bandar.

    Alhamdulillah jugak Fiza dapat buat sekali dengan suami, senang sekali jalan. Pastu boleh la tolong snap pic..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..taklimat ringkas je kak. Itulah, syukur juga dapat buat sekali senang. Ye, ambil gambar pun senang. Tak payah mintak tlg orang.

      Delete
  24. Alhamdulillah . Tahniah sis fiza dah dapat suntikkan vaksin . CCL masih lagi waiting list . Entah bila nama akan dipanggil untuk suntikkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga cepat juga giliran Lyana. Aaaminnn..

      Delete
  25. alhamudillah..
    sep skitttt.. kita sama bangsa sinovac.. haha
    auto jelita kan lps vaksin.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..yeay sama bangsa kita. Yaaaa..auto jelita terus ya

      Delete
  26. Tahniah2! Nadya masih menunggu ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga cepat sampai giliran Nad. Aaaminnn...

      Delete
  27. Tahniah fiza..shida masih menunggu giliran..lama lg rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Semoga cepat sampai giliran Shida nanti. Aaaminnn...

      Delete
  28. Bestnya dh dpt vaksin. Masih menunggu giliran. Alhamdulillah dpt sinovac

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak kisah vaksin apapun Nina. Asalkan dapat vaaksin. Semoga cepat sampai giliran Nina. Aaaminnn...

      Delete
  29. alhamdulillah.
    selesai da separuh tanggungjawab fiza.
    tunggu la separuh tertunai ekk.
    fardhu kifayah ni :)

    aida da selesai.
    moga dihindari la dari covid jahanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berdebar pulak nak tunggu second dose.
      Syukur Kak Aida dah settle awal.
      Aaminnnn...

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال