Bungkusan Apa Lagi

Pin pin! Abang Courier datang lagi. Satu lagi bungkusan keriangan sampai. Husband pelik, bungkusan apa lagi lah tu dapat. Lepas satu, satu lagi muncul. Rezeki bulan Julai dapat hadiah macam-macam. Alhamdulillah.

Rupanya bungkusan kiriman hadiah daripada blogger Ako Tetap Ako, Blog Anak Omak 6 a.k.a Kak Ret via famsy. Saya pasti semua orang dah kenal Kak Ret. Saya tengok ramai juga dah update hadiah yang mereka dapat dari Kak Ret. 

Sempena bulan kelahiran Kak Ret, bulan June. Kak Ret berkongsi rezeki bagi top commentators Jun hadiah juga. Apa yang saya dapat adalah personalized zipper pouch canvas bertulis :

BE THE
reason
............
SOMEONE
smiles
TODAY

Berserta nama saya, Fizah. Jarang orang panggil saya Fizah. Biasa, Fiza atau Pija. Kalau ada yang panggil dengan ada huruf h dia jadi Pizah. Jadi, bila nama Fizah dah tahu KakRet yang panggil. Hehehe...

Hopefully saya dapat membahagiakan semua orang. Aaminn....

Seronok betul dapat beg pouch yang comel siap ada nama lagi. Special dan limited edition. Kain canvas dia tebal. Boleh buat beg travel makeup. Letak dalam beg telekung. Walaupun tak tahu bila boleh travel entah. Simpan dulu. 

personalized zipper pouch canvas Famsy

Terima kasih banyak-banyak Kak Ret. Hadiah kedua terima dari Kak Ret selepas hadiah kurma safawi sebelum Ramadhan hari tu. Kak Ret memang selalu belanja hadiah pada blogger lain. Naik segan pulak kita tau!

Jadi kita balas dengan kerajinan singgah blog Kak Ret dan komen-komen. Meriahkan kotak komen dan tambahkan trafik blog macam tu. Harap tak ada salah faham lah. Risau pulak kita asyik dapat hadiah. Orang memberi kita merasa. Begitulah kata pepatah.

Gift Card

Terima kasih sekali lagi Kak Ret. Rasa tak cukup nak ucap terima kasih.  Blog Kak Ret juga buat saya terhibur dengan gelagat Uyum. Selain menghiburkan Nina dia, menghiburkan pembaca juga tau.

Selain tu, banyak makanan sedap, kisah travel dan macam-macam lagi ada dalam blog Kak Ret tu. Rugi tak singgah Blog Anak Omak 6 ni. Jom kita singgah!

Berjuta terima kasih Kak Ret, be the reason someone (me) smiles today dapat hadiah dari Kak Ret ni.

50 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. tahniah kak fiza. syu pon dpt jgk dah hadiah daripada kak ret..

    ReplyDelete
  2. Betul itu tebal beg kanvas mekap siap ada nama sendiri.
    Selagi ada masa dan kesempatan, kita beri sokongan pada bloggers. Meriahkan suasana.

    ReplyDelete
  3. Cantik kan beg canvas tu. Entahlah bila nak travel. Simpan dulu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Fizah! Fizah pun rajin mengomen di blog kawan-kawan. Alhamdulillah, rezeki. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Kak Nur. Kak Nur pun rajin singgah sini :) Terima kasih jugak :)

      Delete
  5. alhamdulillah
    sejak pkp bungkusan dinanti selalu maklumlah x blh nak keluar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. ye Kak Nor. satu kebahagiaan dapat parcel

      Delete
  6. Wahhh dah sampai dah hadiah dia hehehe. Itulah kak fiza, saya pun rasa saya dah banyak terima hadiah daripada kak ret, tapi orang cakap rezeki. Sedih pulak dengar 'simpan dulu'. Entah bilalah boleh travel semula ya :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki kita dapat hadiah dari KakRet. Harapnya tahun depan tahun baru dah bebas COVID dah

      Delete
  7. Tahniah, kak Fiza, cantik lagi case tuh..

    ReplyDelete
  8. 2 3 hari ni rasa cam mls nk jenguk blog sndri.. Nak bw pun cari mood hehe.. Alhamdulilah semua pengomen dah dpt hadiah masing2.. Tq sebab selalu dtg singgah blog k ret..

    K ret suka je baca komen2 blogger lain.. Kdg tersenyum baca komen2 tu hahah, walau sependek2 seringkas2 komen tp tetap rs hepi 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham...kadang mood malas tu datang tak tahu nak buat apa kan. Alhamdulillah. Terima kasih KakRet. Sama sama kasih juga.

      Ya, komen tu penyeri blog.

      Delete
  9. Tahniah Fiza..semua dapat hadiah yang sama...seronok betul..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, Tahniah Fiza, rezeki silaturahim, cantik begnya, inshaAllah tak lama lagi dah boleh travel, optimistik skit kan dengan izin Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  11. Tahniah . Cantik beg tu . Material dari kanvas lagi best guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Lyana. memang comel beg nya..tahan lasak material canvas ni

      Delete
  12. alhamdulillah.. rezeki.. =)
    tahniah fiza!

    ReplyDelete
  13. Tahniah Fizah. Cantik hadiah tu! Moga tambah rezeki kedua-duanya, pemberi dan penerima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Amie atas doanya. Aaminnn...

      Delete
  14. Tahniah fiza =)
    apa nk dibubuh dlm tu hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Shida. Buat untuk travel je Shida. letak telekung dan pouch makeup

      Delete
  15. Tahniah fiza.. cantik beg tu. Ramai jugak yg dpt hadiah dr Ako

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Nina. Ya, ramai yang dapat hadiah.

      Delete
  16. Alhamdulillah.. Hadiah yang super duper ohsem..

    ReplyDelete
  17. aida yg tgk gift tu pun senyum, apatah lagi fiza yg menerimanya.
    best!
    tahniah fiza.

    ReplyDelete
  18. Woww... Nice... Tahniahh ye.. Moga bertambah rezeki si pemberi.. Amin.. hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال