Header Ads

Ayam Masak Kicap Tak Pernah Tak Sedap

Pagi ni tak secerah semalam. Gelap macam nak maghrib dah. Kedengaran hujan turun tapi sekejap. Mungkin juga akn disusuli dengan hujan lebat. Sarapan pagi ni saya panaskan roti canai yang beli extra haritu. Senang tak payah pening kepala nak masak apa.

Cerita lauk tengahari semalam. Saya masak ayam masak kicap.

Apa beza ayam kicap dengan ayam masak kicap? Atau sama je? Siapa boleh jawab, silakan jawab. Saya biasa dengar nama ayam masak kicap. Ayam kicap tu macam baru familiar sejak ayam masak kicap 3 budak gemuk mula popular tu.

Ayam masak kicap ni tak pernah tak sedap. Ayam masak kicap bodoh pun sedap dah. Nak pedas sikit ayam masak kicap pedas letak cili api atau tambahkan cili kisar. Nak ada rasa sensasi aroma halia boleh masak ayam masak kicap halia tambah kicap.

Cara saya masak ayam kicap suka goreng ayam terlebih dulu. Dan mestilah kena pedas. Baru ngam dengan rasa kicap manis. 

Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit baru goreng. Biasanya saya goreng sampai masak. Garing sikit dan nanti terus gaul je dengan sos kicapnya. Goreng half cook kalau nak rasa isi ayam tu juicy. 

resepi ayam masak kicap mudah dan cepat

baca juga : resepi ayam masak kicap mudah dan cepat

Untuk resipi masakan ayam masak kicap cara saya, boleh rujuk link diatas. Saya pernah kongsikan sebelum ni. Sama je kaedah dan bahannya. Masih setia dengan tomato cherry bukan sekadar hiasan. Sedap rasa tomato cherry yang lebih manis.

42 comments:

  1. mungkin ayam kicap tu gaul dengan kicap je tanpa perlu tumis.

    ReplyDelete
  2. Ayam masak kicap manis pedas upmhhhhhh! Sedapp kuah pekat sikit kalau ain lah prefer macam tu hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya... akak peminat ayam masak kicap dan antara menu kegemaran 2 beranak kat rumah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan kicap memang favourite ramai orang. Nasi dengan telur goreng pun kena letak kicap baru ngam :)

      Delete
  4. masak kicap suka yg pedas..kalau utk kanak2 bolehlah yg bubuh kicap saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, pedas pedas ni untuk orang dewasa baru feel makan :)

      Delete
  5. menu ayam x dibeanrkan buat sementara waktu dalam rumah ni oleh Dania...hahahha..dia dah muak dah...so either ikan atau daging atau seafood lain x pe...sudahnya atuk x tau nak masak apa while mama dia masak time weekend je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..memang muak kalau ayam hari hari. Jenuh lah atoknya nak pikir lauk apa untuk kakak Dania. hihi

      Delete
  6. Hahahaha tajuk fizah .... kicap mmg sentiasa sedap!! :D
    Simple nak senang nak buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Haruslah kena sedap bila ada kicap ni. Yaa, simple dan super sedap!

      Delete
  7. saya pulak suka goreng half cook. so, isi ayam tak kering. betul tu, ayam masak kicap tak pernah tak sedap. cuma level sedap jela berbeza. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. half cook pun sedap juicy. Yup, setuju. Level sedap tu berbeza ikut selera masing masing :)

      Delete
  8. Apa pun versi ayam masak kicap semuanya sedap dan ayam masak kicap adalah salah satu masakan paling mudah disediakan.. :)

    ReplyDelete
  9. Rasanya ayam kicap itu, ayam goreng lepas itu letak kicap. Ayam masak kicap pula, ayam goreng lepas itu masuk kicap masak juga. Hehe itu pemahaman akak.
    Oh semalam akak buat telur masak kicap. Lauk kicap memang sedap sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu ye kak? Mungkin juga kot macam tu. Telur masak kicap sedap selalu :)

      Delete
  10. apa-apa masak kicap memang sedap..haha..tambah kentang lagi ummpp :P

    ReplyDelete
  11. Menu simple gini memang sedap!! Menu gini gak lah punca bertambah2 cedok nasi😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kita masak nasi cukup cukup. Tak boleh menambah :)

      Delete
  12. tak pernah la tak sedap ayam masak kicap ni, boleh cuba banyak cara juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, macam macam cara pun sedap juga rasa dia kan :)

      Delete
  13. Setuju..ayam masak kicap walaupun versi camne, tetap sedap. Sebab kicap memang dah sedap. Kita tukar2 versi masakan sebab boring asik sama je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Jarang tak sedap kan. Ya, cuba cuba resipi orang lain pun boleh rasa versi masak kicap yang lain.

      Delete
  14. ayam masak kicap paling simple dan juga sedap! sekrang ni dah upgrade bakar dalam air fryer dulu sebelum masuk dalam kuah kicap, nak sihatlah kununnya, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lagi sedap bakar dulu dalam air fryer tu. Good idea :)

      Delete
  15. sedapnya..nak buat jugakla ayam kicap..btw jom join GA http://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

    ReplyDelete
  16. setuju dgn tajuk entri ni. hehe.
    syu suka buat ayam kicap pedas. tak boleh kalau tak pedas.

    ReplyDelete
  17. Menarik kaedah fotografi.. Menambat selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Masakan kicap pasti menambat selera :)

      Delete
  18. Begitulah style kami kalau olah ayam masak kicap. Kena goreng separuh masak terlebih dahulu. Sedapnya ayam masak kicap. Lama tak makan menu begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sedap bila goreng terlebih dulu. Pasni masak ayam masak kicap pulak kak.

      Delete
  19. ayam masak kicap paling simple dan sedapppp

    ReplyDelete
  20. Paling senang nak masak. Saya pun selalu jugak masak ayam kicap ni, malas nak fikir lama lama nak masak apa, janji kenyang je perut hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, asalkan kenyang perut. Ayam masak kicap pun simple dan sedap je.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.