TERbeli Baju Raya

Hari berganti hari, sedar sedar esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji/Hari Raya Korban. Tak terasa betul suasana raya sebab kita masih kena beraya diperantuan lagi tak boleh balik kampung. Tapi raya tetap diraikan.

Kes COVID-19 semakin menular, tapi masih ada yang belum sedar diri kesana kesini tanpa rasa bersalah. Ada yang balik kampung juga tu. Eh! Jangan ada pulak kluster Aidiladha. 

Ada urusan atau emergency tu lain cerita lah. Kita sabar sikit. Moga ada keajaiban tiba tiba COVID-19 pupus terus dari muka bumi ni dengan kuasa Allah.

Tahun ni ibadah korban dibenarkan mengikut SOP. Dapatlah mak mentua buat ibadah korban tahun ni. Sembahyang raya pun dibenarkan mengikut had. 

Persiapan Hari Raya Haji saya tak seberapa. Nak masak rendang ayam tapi ayam tak ada. Nak keluar semalam for sure lah ramai orang bersesak beli barang untuk raya. Andai rajin nak merendang, kena jugalah membeli. Kita sambut ala kadar apa yang ada je lah nanti. 

Tapikan...

Tak tahu lah kenapa tiba tiba TERbeli baju raya minggu lepas. Nampak cantik nampak padan je dengan baju melayu husband hari raya puasa yang lepas.  Raya puasa haritu tak dapat nak sedondon. Kita dondonkan hari raya haji ni. Baru padan sikit. 

Ada jugaklah feel raya tu walaupun sebenarnya jarang benar nak beli baju raya bila raya haji. Selalunya akan recycle baju raya puasa atau baju raya tahun lepas lepas. Itupun kalau baju tak mengecil. Hehe

Baju Kurung Kedah Bayu Somerset Lagenda 

Dapat juga tunaikan hajat hati nak sedondon baju raya. Susah juga nak cari warna kuning atau warna mustard. Tak pernah-pernah beli warna kuning. Ini kalilah pilih warna baju yang saya sendiri kurang minat. Tukar mood ceria.

Saya beli baju dari Bayu Somerset. Baju kurung kedah dengan corak apa entah. Absract? Macam corak batik garutan pun ada. Suka jenis kain cotton, selesa dipakai. Tak menyesal beli. 

Bukan apa, harga dia masih mampu milik. Tahu jelah harga baju raya zaman sekarang, tak cecah seratus lebih tak sah. Tapi yang saya beli bawah RM100. Selain tu shashalista pun baju raya murah juga.

42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantiknya baju...nanti esok dah pakai buat ootd eh..suka kaler mustard or kuning tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takde OOTD sangat kak. Kena buat OOTD outdoor baru okay. next time bila boleh keluar nanti. ya, cantik warnanya. Ceria.

      Delete
  2. amboi. esok pagi raya sedondon la ye :)
    sok pagi, asben je yg ke surau, solat raya.
    aida & anak2 di rumah, kami tak ootd esok.
    makan-makan raya je, fiza.
    then back to normal PKP life :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya puasa haritu tak berapa nak sedondon. kali ni dia dondonkan. Alhamdulillah dapat pergi surau tu. ye lah kak, kita makan makan kat rumah je raya ni.

      Delete
  3. Alhamdulillah..dapat sedondon utk raya haji..

    ReplyDelete
  4. Alamak x terpk plak nak pakai baju raya esok hahaha...
    adoii laaa nampak gaya esok pakai baju apa yang 'muat' je la kan..
    Nak snap gmbr pagi raya, kasi semnagat kat budak-budak je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..faham faham..pakai apa yang terfikir nak pakai je. asalkan kita raikan raya :) Budak budak kita kena meriahkan dia lebih sikit sambut raya.

      Delete
  5. terrrbeli tu yg tak tahan, hiiihiii. Kuning uols, kita blm ada lagi baju raya warna kuning, almost biru. tak biru pekat, biru muda. recycle la selagi boleh. hahahaa! esok raya pakai ungu, pun recycle. janji feel sesikit jadilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.Terrr...sebab tak ada kuning tu yang terbeli tu. Saya pun asyik biru je tukar kaler lah pulak. Takpe, pakai apa yang ada je :)

      Delete
  6. Wah, senang beli baju raya online. Cantik color kuning mustard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, Ready To Wear je senang. saya pun tersuka dengan warna ni

      Delete
  7. Nice warna dan design tu.. sy pun tak pernah pakai kunin yang terang.. kau campur campur maybe la ada... haha.. Plan next year nak kuning bila family dah siap vaksin semua.. hehe..

    Saya x berniat nk pakai baju raya esok tapi adik adik nak... sebab nak bergambo raya Aidiladha katanya . Tengok mood malam kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time beli kuning pulak tau. boleh kite geng kuning. Marilah kita bergambar kenangan raya

      Delete
  8. Hehe warna mustard. Raya hari tu warna oren kan? Ek baru perasan hari itu misteri juga hendak tahu warna baju Fiza tapi kali ini beritahu awal-awal.
    Selamat berbaju kurung baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. haritu oren. Hehe..saja expose terus. Baik, terima kasih kak.

      Delete
  9. Warna yang ceria, kasi mood ceria walaupun raya PKP.

    ReplyDelete
  10. Nampak cantik. Dah pakai nanti mesti lagi cantik. Saya pun tak pernah ada baju kurung warna kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya cantiklah dipakai. Lepas ni boleh beli baju warna kuning Sal. Kita kasik mood ceria gitu

      Delete
  11. Alhamdulillah.. Cantik warna baju Fizah.. ceria.. Bolehlah sedondon di pagi raya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih KakSha. Dapat juga sedondon nanti

      Delete
  12. Allah...dah lama giler tak berbeli baju raya. ^_^!
    last rasanya 2018...semua baju elok muat tu jadi malas nak beli...huhuhuhu

    kuningnya cantik!

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih wak. Selamat menyambut Hari raya Haji wak.

      Delete
  14. cantik warna kuning tu. selamat hari raya!

    ReplyDelete
  15. cantik baju raya kak fizah, mmg ceria warna dia

    ReplyDelete
  16. Cantik baju raya, Fiza. Lepas ni jangan lupa ootd sedondon 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Harap ada lah gambar sekeping dua yang elok

      Delete
  17. TERbeli sekali sekala takpe kak fiza hehehe. Tapi cantik nya warna baju tuuuu! Warna favorite saya! Apa apa pun, selamat hari raya aidiladha saya ucapkan buat kak fiza dan husband :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..macam dah lama tak beli baju Atiqah. Sejak dok rumah ni. beli makanan je. Wahh ye ke warna favourite.
      Selamat hari raya juga Atiqah :)

      Delete
  18. Saya sarung baju yg ade je lah nnt…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pakai je apa yang ada asalkan raya kita raikan :)

      Delete
  19. Cantiknya warna baju tu.
    Hehe.. TERbeli tu memang kata hati nak ... :)

    ReplyDelete
  20. CANTIK , CCL AIDILADHA TAHUN NI RECYCLE BAJU LAMA JE , TAK PERGI KE MANA PUN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh recycle baju. saja je nak amek feel raya PKP ni :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال