PKPD Seremban Bermula 9 Julai 2021

Dah boleh agak PKPD akan dilaksanakan juga di Seremban sebab kes baru Negeri Sembilan tak turun turun. Situ je duduknya. Jadi, bila dah umumkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) Seremban tak tahu nak rasa apa sebenarnya. 

Ikutkan rasa, memang sebolehnya taknak PKPD. PKP pun tak nak. Tapi nak buat macamana, dah itu kerajaan tetapkan. Yelah, untuk keselamatan kita semua. Memang kita semua dah penat. Frontliner pun dah penat teruk. Mental pun dah cepat koyak sekarang ni.

Sama-samalah kita berdoa semoga pandemik ni cepat berakhir dan urusan vaksin dipercepatkan juga.

PKPD Seremban Bermula 9 Julai 2021

Kawasan PKPD Seremban

PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan akan berkuat kuasa bermula 9 Julai sehingga 22 Julai 2021. PKPD Seremban melibatkan lapan mukim iaitu:
  • Ampangan
  • Labu
  • Lenggeng
  • Pantai
  • Rantau
  • Rasah
  • Seremban
  • Setul

Baru-baru ni dengar cerita cucuk vaksin kosong. Ada yang datang cucuk vaksin, dah tahu positif Covid tapi tak bagitahu. Satu hal pulak nak sanitize PPV (Pusat Pemberian Vaksin). Macam-macam hal. Bukan mudah nak kawal rakyat yang bermacam perangai ni.

Benar, bukan masanya untuk menunding jari. Doakan Malaysia cepat sembuh segera. Tak sabar nak keluar bebas kemana saja tanpa face mask dan tanpa surat rentas daerah rentas negeri and whatsoever lah.

26 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. assalamualaikum... blogwalking here..
    take care sis, sya kl kna pkpd jgk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...Terima kasih sudi singgah. You too, take care. Samalah kita kena PKPD

      Delete
  2. hanya mampu berdoa semoga Malaysia kembali pulih

    ReplyDelete
  3. astaga.. dah tahu positif tp pegi jugak vaksin.. kenapalah masih ada manusia x bertanggungjawab mcm tu... kompaun je lah... geram pulak baca.. so far kt sini x dgr lg kes macam ni... stay safe ye fiza.. tu la tgk n9 mcm menaik jugak trend kes baru x reti turun²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang selfish dimana mana je. Itulah, seminggu dua ni angka kes sini tak mau turun..tahu tahu PKPD terus.

      Delete
  4. Kan Fizah kan, penat dah PKP, PKPD. Kes tak turun-turun juga. Entah-entah politik belaka. Tak bagi orang balik raya haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah apa agendanya. Penat tu tak tau nak habaq dah

      Delete
  5. Harap ada hasilnya nanti. Insya Allah.
    Boleh bersabar sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah kak..Mudah mudahan Allah makbulkan doa kita semua.

      Delete
  6. Selamat ber PKPD kak. Welcome to the club. Hahahaa… bertabah la ye

    ReplyDelete
  7. kuala terengganu prnh kena pkpd.. mmg terkesan sbb suami xdpt pegi keje..
    dan xdpt gaji.. tp nk wat camne.. demi keselamatan sume..

    semoga baik2 je utk seremban.. =)
    semoga kes cpt trun.. stay safe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu pengorbanan tu. Semoga yang baik baik untuk kita

      Delete
  8. Alahai. Selamat berPKPD warga Seremban semua. Entahla, serabut tengok angka kes tang tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya Sal. Serabut tengok. Samalah kita kena hadap PKPD sekarang.

      Delete
  9. Take care fiza.. moga dijauhkan dengan virus2 covid nii

    ReplyDelete
  10. Take care and stay safe kak fiza! Tak tahu bila semua ni akan berakhir. Pusing sana situ je, tak ada yang berubah hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You too Atiqah. Harapnya cepatlah berakhir. Penat sudah

      Delete
  11. Bertabah lah fiza.. semoga selamat semuanya

    ReplyDelete
  12. mmg bnyk #covidiot ni tapi tak smua kluar berita
    take care and stay safe ❤️

    ReplyDelete
  13. bertabah la...

    moga semua ni cepat tamat.
    rimas dah ni!

    ReplyDelete
  14. Letih hadap PKPD lepas tu PKP.. ulang ulang itu je..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال