Responsive Ad Slot

Slider

Mencuba Kek Marmar Baker's Cottage

resipi kek marmar kek marble resepi sukatan cawan resepi kek marble pelangi resepi kek marble gebu resepi kek marble jelita sukatan cawan resepi kek m
Jarang sekali orang sebut kek marmar. Yang popular kek marble. Kan? Kek marble zaman sekarang pun bukan macam kek dulu. Dah upgrade dapat title kek marble jelita. Memang jelita betul. 

Perasan juga dekat instagram prettygula pun ada jual kek marble motif floral. Kemain cantik dia punya lukisan bunga atas kek. Macam lukisan! Kagum lah. Anugerah masing-masing Allah dah bagi elok-elok. Apa yang ada tu, kita gunakan sebaiknya.

Sebenarnya dah biasa beli kek marble tok wan di Kedai Kerepek Paroi tu. Murah dan sedap seiring dengan saiznya. Tapi disebabkan raya, banyak stok kek tak topup. Tak ada sebarang kek dekat rak. Makanya, kenalah mencari kat kedai kek lain.

Alang-alang Baker's Cottage yang tu terdekat baru bukak, maka kesana lah membeli kek marmar kot kot ada. Alhamdulillah rezeki saya dapatlah kek marmar yang di inginkan sekali dapat pakej kek red velvet.

Melayankan PMS (Premenstrual syndrome). Mood turun naik biasalah. Dia punya teringin mengalahkan orang mengidam. Ini bukan penangan cucuk vaksin ni. Side effects cucuk vaksin dah berlalu pergi. Setakat kebas kebas, mengantuk dan lapar itu biasa.

Okay, berbalik kepada kek marmar Baker's Cottage. Pertama kali saya nampak kek saiz besar gunakan bekas kertas. Yang biasa kita nampak guna bekas aluminium. Kek marble tok wan lagi rilek guna balut plastik je. Tak kisah lah bekas apa sekalipun, asalkan sedap.

Kek Marmar Baker's Cottage

Saiz kek marmar pun agak besar. Harga lebih kurang RM8 lebih kalau tak silap. Okaylah kan? Saya suka kek marble campuran coklat macam ni. Kek marmar klasik eh nama dia? Kek marble kampung? Ke ada nama lain? Rasa kek butter berselang seli rasa coklat. Sedap!

Kek Marmar Baker's Cottage

Tekstur kek yang lembut dan moist. Makan kek butter klasik tanpa sebarang krim pun sedap jugak. Kek lama dilupa jangan.


58
( Hide )
  1. Melayan PMS kalau craving takpe, jangan mood swing. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..mood swing tak boleh bawak bincang lansung. Huhu

      Delete
  2. Ha'ah..jarang panggil kek marmar...hehe..kek ni mkn dgn teh O nipis..mmg layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Janggal pulak cakap kek marmar. Memang ngam dengan Teh O nipis.

      Delete
  3. wah cantiknya dalam bekas paper macam tu, warna kek pun menawan hati aih. jom minum petang eh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..cantik nampak dalam bekas kertas tu. Jom kita!

      Delete
  4. Saya rasa, asben pernah order kek Baker's Cottage masa anniversary lepas.
    Sedap kek dia (saya memang suka kek). Suka juga kek marble dedulu, sekarang byk yg upgrade sampai pnh cakap ngn member pandai bakering minta buat yg old version punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far kek/pastry Baker's Cottage memang sedap. Tahu takpe, old version jugak sedap

      Delete
  5. Jarang makan kek marmar. Biasalah kek pun ada peningkatan rupa dan rasa.

    ReplyDelete
  6. lama tak makan dan tak buat kek ni.

    ReplyDelete
  7. Sedap ni..lama tak makan kek marmar ni.

    ReplyDelete
  8. Pandai Fizah amik gambar close-up. Sampai akak rasa nak cari pulak kek marble baker's cottage esok. Hehe..

    ReplyDelete
  9. kalau kek macam ni, buat sarapan pagi sedap...

    ReplyDelete
  10. semalam masuk Bakers Cottage, cakap kat suami nak cari kek minum petang. Tp MY keluar kedai jinjit dua ekor ayam panggang untuk minum petang...RM 11.23 seekor tinggal nak makan. Sekali lalu je habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lain nak beli lain pulak bawak balik ye. Time promo memang berbaloi grab ayam roasted tu

      Delete
  11. Uishhh sedapnya
    Terliur pulak tgk
    Selamat menjamu selera
    Cantik gmbr

    ReplyDelete
  12. Tak tahu pulak ada kek marmar dekat Baker's Cottage. Selalu order ayam je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Saya pun baru tahu ada jual. Mujur juga ada yg dicari

      Delete
  13. Jadi lapar deh baca cake semua hahaha.
    Saya sering bikin cake gini, di sini namanya cake marmer :D
    Tapi mungkin rasa cake buatan saya nggak seenak ini nih, hehehehe.

    Jadi ingin bikin lagi, bahannya juga sederhana nih, dan cepat bikinnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sama sebutannya tu. Mesti pakar buat kek ni. Saya tak pandai, jadi beli aja deh

      Delete
  14. sedapnya nak tryla nanti, akak suka kek marble mcmni yang simple je...
    pastu kalau jenis buat sendiri suka tambah parutan kulit limau, buat terliur lah dik oi.... kene buat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Kak Dana. Nanti boleh cuba. Tambah parutan kulit limau lagi best aroma dia, kan.

      Delete
  15. Harap- harap esok lusa akak dah boleh buat kek pandan plak...sedapnya nampak kek marmar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga menjadi kak. Baker's Cottage baru ni dekat sikit dengan rumah akak. Nanti boleh cuba yang ni pulak :)

      Delete
  16. Fuh.. Menari sekali, mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak sampailah nak menari..Alhamdulillah, sedap.

      Delete
    2. Hahaha.. Nak tulis MENARIK tertulis MENARI pulak..

      Delete
    3. hahahaa..terus jadi lain bila satu huruf tak ada.
      Terima kasih :)

      Delete
  17. Belum pernah rasa lagi marble cake Baker's Cottage ni. Tapi akak pun macam Fiza, suka kek marmar kampung. Tak payah fancy banyak-banyak perasa sangat... janji rasa butter dan coklat tu ketara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time boleh cuba kak kalau ke Baker's Cottage. Ya, sedap makan kek kampung tanpa fancy segala krim dan hiasan. Butter cake pun dah cukup sedap :)

      Delete
  18. Ingatkan kek marmar tu kek apa lah tadi.. hehehe..
    Nampak gayanya lepas bebas kuarantin, ke Baker's cottage lah Sha.. nak cari kek marmar nie.. Tak perasan pula ada jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sebab jarang disebut. Itu yang agak pelik. Boleh cuba nanti. Saya tengok dalam foodpanda pun tak ada kek marmar tu. Ayam, whole cake dan pastry je ada.

      Delete
  19. nmpk sedap je... kakmim pn suka kek marble kalo ada campuran coklat.. peminat coklat la katakan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kakmim bila kek butter ada campur coklat tu :) ohh peminat coklat rupanya.

      Delete
  20. cantik kejadiannya... haihhh sedap pulak tngok ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai buat memang cantik hasilnya Busyra. Memang sedap pun :)

      Delete
  21. Hehe. Memang dah tak sebut dah kek marmar. Dulu mase sekolah sebut la. Sekarang dah terbiasa sebut kek marble..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. Kek marble je lah yang disebut sebut :)

      Delete
  22. Ohhh marmar = marble la ek hahaha. Tak pernah dengar orang panggil kek marmar.
    Sesekali layan PMS, sebulan sekali aje hehehe. Setuju dengan kak nur, tengok gambar kak fiza ni rasa nak mencari jugak kek marmar. Nampakkk sedapp! Setakat ni tak pernah makan lagi hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, marmar is marble in english. hihi..itulah, sebulan sekali layankan je. Nanti boleh cari kat Baker's Cottage tau :) Sedap! Murah pun murah.

      Delete
  23. fuhh, terus jadi lapar , cantik corak kek marmar tu

    ReplyDelete
  24. Harga RM8 tu ok sangatkan Fizah. Kek evergreen ni. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Amie. Murah juga dengan saiz kek tu. Memang sedap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu