Header Ads

Spider Plant vs Curly Spider plant

Jumaat dah. Lama tak membelek pokok kat luar. Pokok kat luar ni jagaan husband. Saya jaga pokok dalam rumah je. Bila lama tak membelek pokok luar rumah ni, tengok-tengok dah rimbun betul spider plant dan curly spider plant ni.

Spider plant tu ambil kat rumah mak je. Curly spider plant saya beli bulan November tahun lepas. Elok hidup sihat. Tak pernah jatuh sakit pun. 

Jenis spider plant ni mudah nak jaga. Boleh jadikan tumbuhan hiasan dalam rumah atau dalam rumah. Boleh diletakkan dalam pasu, digantung atau tanam terus di tanah. 

Spider plant ni ada banyak jenis. Jangan di tanya jenisnya sebab bukan pakar bab pokok. Tahu mana yang tahu je. Yang ada pun spider plant dan curly spider plant je. 

Spider Plant

Curly spider plant ni macam dah kurang curly. Tak tahu lah kenapa. Ada siapa tahu? Eh takyah fikir lah kenapa. Asalkan dia hidup sihat cukup. Hijau sedap mata memandang. Terapi untuk mata juga.

Curly Spider plant

Terabai sungguh pokok kat luar ni sejak kucing luar datang singgah membuang dalam pasu-pasu. Pasu pasu kosong dibiarkan kosong. Malas dah nak tanam pokok kari, pokok kunyit, pokok limau. Semua dah mati kena baja buangan kucing.

Bukan setakat pokok mati, kawasan tu pun dah berbau semacam je. Aduhaiii...tak leh nak kata apa. Sabar je lah. Jiran rumah sebelah pun hangin je kena cuci depan rumah bila ada buangan kucing menyinggah. Kucing sapa tak tahu. Ada rantai loceng. Bukan kucing liar.


34 comments:

  1. sama lah kita malas dah nak menanam sejak kucing suka buat onar dengan pokok tanaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Terkubur camtu je lah semangat rajin tu. huhu

      Delete
  2. betul, pasu dekat rumah ni abis dah dikerjakan kucing, terus give up dah nak tanam pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..biarlah dulu. Tanda suruh rehat kot :)

      Delete
  3. WHY SO RAJIN NI.. mai ambil pokok rumah un tolong jaga lah.

    ReplyDelete
  4. spoil sungguh klo kucing buat hal..pasu mak saya pon depa dok men, habis pokok tersiat depa main

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Ad. Agak spoil semangat tu. macam sia sia je rasa. sabar je lah. Pokok hiasan okay lagi. ini pokok tanaman untuk masak, memang sedihlah

      Delete
  5. Ooo namanya spider plan..Saya selalu panggil pokok lidah ayam jer...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mamacella. First time dengar pokok lidah ayam. belajar ilmu baru harini :)

      Delete
  6. Ya dulu duduk kawasan tempat perumahan lama memang kena terima kucing berak pintu dapur luar.
    Susahlah kan hendak tanam tanaman dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak terima je lah. Dah buat macam macam tips elak kucing berak still lagi bertandang. Tak ada rezeki nak tanam. kena beli jugaklah nampaknya

      Delete
  7. Susah jugak tu, takkan la sebab kucing nak bergaduh dengan jiran. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni xbergaduh lah Sal. Cuma hangin tu memang hangin tapi sabar je lah kita.

      Delete
  8. POKOK SPIDER PLANT NI MEMANG MUDAH NAK JAGA DAN MEMANG MUDAH NAK DIBIAKKAN

    ReplyDelete
  9. Sihat walafiat pokok spider tu, cantik, bila membiak di hujung macam bunga..

    ReplyDelete
  10. spider plant ni cantik.. :) kalau lebat lagi cantik. sedap mata memandang..

    ReplyDelete
  11. Angin jugak lah kalau kucing suka membuang macam tuuu, biasa kucing ada rantai ni kucing bertuannn, takkanlah tuan dia tak ambik kisah pasal kucing dia tuuuu, sian jiran jiran lain kena tempias sekali :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa macam tu lah. Kucing liar jarang ada rantai loceng tu. Melainkan tak jumpa rumah. Tuan dia memang biarkan je kot bagi kucing bebas. entahlah Atiqah..sabar je lah.

      Delete
  12. sabo je laa kalu ada gangguan makhluk berbulus ni😆

    ReplyDelete
  13. pokok spider plant ni kena rajin belek nak bagi nampak cantik. itulah sekarang mood malas pokok kat rumah pun dah malas nak tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rajin jugak nak belek. Asalkan cukup makanan dia inshaAllah rimbun elok. Samalah nak keluar rumah pun malas dah. huhu

      Delete
  14. Baja buangan kucing memang mengganggu tumbesaran pokoklah Fizah.

    ReplyDelete
  15. segar bugar pokok... saya tanam asik mati jer, tak pandai jaga kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang pakar bab pokok ni. Ada masa elok ada masa tak menjadi. huhu

      Delete
  16. Ooooo.. itu namanya.. ok.. baru perasan.. memang macam spider.. tapi berkaki lebih dari lapan... Moga terus segar, sedap mata memandang

    ReplyDelete
  17. Aduh.. kalau kucing dah mula datang, memang susah sikitlah pokok nak hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya. terus mogok taknak tanam dah. Huhu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.