Header Ads

Air Kelapa Pandan Lemon Menyegarkan

Masih dalam cuaca musim panas. Mendung pun terasa bahang kepanasan tu bila hujan tak jadi turun. Dan dan tu lah rasa nak minum air kelapa. Bila suami nak keluar, saya tak lupa nak kirim air kelapa. Air kelapa tanpa gula ye, pesan saya.

Air kelapa pandan memang sedap minum tanpa gula. Rasa original air kelapa pandan dah cukup manis dan menyegarkan. Lagi lagi ditambah air batu. Even tambah air batu, masih lagi rasa manis air kelapa pandan.

Kononnya nak campur air gula melaka dalam air kelapa pandan tapi tak jadi. Lain dirancang, lain yang jadi.

Resipi air kelapa lemon

Campurkan jus dan hirisan lemon dalam air kelapa. Tambah gula untuk rasa lebih manis atau boleh tambah madu. 

Ada orang buat air kelapa muda lemon garam. 

Ehh macam sedap lah pulak. Tak tahu nak describe rasa dia macamana. Rasa air kelapa selang seli rasa lemon. Rasa air yang sangat sangat menyegarkan tekak. Tambah madu lagi sedap kot sebab ada rasa manis sikit.

Air Kelapa Pandan Lemon

Tak tahu nak pilih mana satu gambar, letak dua-dua. Tak payah pilih. Benda boleh letak dua, kenapa nak letak satu. Hihi...

Air Kelapa Pandan Lemon

Dalam dok cari info air kelapa lemon ni, jumpa pulak cerita air kelapa dan air lemon boleh sembuhkan penyakit covid-19. Dengar boleh percaya jangan sebab tak ada kajian spesifik yang terbukti pun.
Tak salah pun nak minum. Air kelapa ni banyak khasiatnya.

Khasiat air kelapa

Air kelapa pula mempunyai sifat diuretic kerana ia tinggi kandungan potassium sama seperti buah pisang. Kandungan potassium yang tinggi boleh membantu penyingkiran garam (sodium) dari badan. Air kelapa sangat baik bagi membantu menyeimbangkan elektolit dalam badan dan mengekalkan hidrasi.

Memang elok sangat minum waktu panas ni untuk kekalkan hidrasi. Tapi ada pantang larang minum air kelapa bagi pesakit tertentu yang ada ambil ubat-ubatan. Sama juga macam mitos orang dulu-dulu katanya tak boleh minum air kelapa masa haid sebab air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim sejuk.

Fakta : Tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minum air ais ketika haid boleh meningkatkan risiko terkena penyakit kanser rahim

sumber : https://www.facebook.com/maiwphealthcare/posts/pantang-larang-ketika-haid-baru-baru-ini-terdapat-beberapa-artikel-yang-tular-me/409716366135238/

49 comments:

  1. perghhh first time tau air kelapa cmapur lemon ni....
    kena cr buah kelapa plak ni hahaha lemon ada je kt rumah :p

    ReplyDelete
  2. Sedap minum time2 panas gini😋💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya..tapi lately cuaca tak berapa panas. Mendung. Still sedap minum air kelapa :)

      Delete
    2. Untunglah mendung. Kat Ipoh ni, hangat pijor dibuatnya!!Nak keluar sampai terpejam2 mata sebab silau.

      Delete
  3. Cantik prop cawan pada gambar pertama.
    Belum pernah buat air kelapa lemon. Hehe macam-macam cara buat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glass milk carton tu kak..untuk susu atau jus..saja guna yang tu hihi
      Air zaman sekarang macam macam jenis ada :)

      Delete
  4. Kalau nak buat ni kena air kelapa yang muda dan manis. kalau tidak memang masam la jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna kelapa pandan ada rasa manis sikit Sal. Kalau kelapa biasa memang kena menambah gula. Tak nak masam sangat. Letak hirisan je tak perlu perah :)

      Delete
  5. parents selalu buat air tebu lemon. sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rare jugak tu tebu + lemon. Boleh cuba nanti kalau jumpa air tebu.

      Delete
  6. sedapnya air kelapa minum tapi tak pernah pula try dengan lemon, menarik tu..hahaha

    ReplyDelete
  7. Tengok gambar Fiza, teringin pulak nak try. Lawo amat gambarnya.
    Lemon ada ni, kena cari air kelapa muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak. Nanti jumpa air kelapa boleh cuba letak hirisan lemon :)

      Delete
  8. terasa nyaman
    kelapa pandan.ni bau wangi je kan




    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, aroma dia wangi sikit lah. Memang nyaman tekak rasa.

      Delete
  9. Terasa macam lalu ja dekat tekak ni. Air kelapa + gula + garam secubit sedap manis2 lemak2 mcm tu perghhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh into the scene sangat ni. hihi... saya tak campur garam pulak. next time lah nak cuba.

      Delete
  10. Replies
    1. Terima kasih Rabia. Ye, memang sedap air kelapa lemon ni

      Delete
  11. gambar cantik la , kagum ccl tengok . ya gabungan air kelapa dan lemon memang sangat sedap . terus tekak jadi segar

    ReplyDelete
  12. sedapnya, lega masuk tekak kalau musim panas-panas ni, dekat kulim dah hujan ni dari ptg tadi sampai ke malam, alhamdulillah sejuk sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CikTimm. Memang syok minum musim panas ni.
      Alhamdulillah hujan..sejuk sikit kan

      Delete
  13. Tahun ni dua kali demam yang agak teruk dari demam biasa, mak bagi air kelapa campur lemon ni . tapi taklah berais.. sebab satu set dengan selesema dan sakit tekak... Memang nampak surut.. memula makan panadol aje.. taknak lah air kelapa... tapi lepas tiga hari tak kebah.. terus mintak abah belikan air kelapa... mak suh campur lemon.. ok kita try.... Alhamdulillah.. lega dan beransur... cuma jarakkan masa minum air ni dengan makan panadol tu... tetap amek panadol sebab nak cepat sihat... cuma takut berlawanan ubat.. kan.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..khasiat air kelapa ni boleh dijadikan ubat. tapi tak sesuai diambil dengan ubat ubatan sekali. Betul tu nona.

      Delete
  14. Sedapnya... so refreshing!! Kakmim suka air barli lemon.. barli kena pakai yg barli betul2 tu.. selalu kakmim kalo nk order akan tanya dlu guna barli sirap ke barli buah tu... hahaha.. cerewet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barli lemon tak pernah cuba lagi kakmim. Baik, boleh cuba barli lemon pulak nanti. Cerewet tu biasa, haruslah kena dengan apa yang kita nak kan. Kita bayar :)

      Delete
  15. saya belum pernah cuba minum air kelapa dengan lemon. Tapi kak, saya sering minum air kelapa ketika masa-masa terakhir haid, sebab air kelapa seperti membersihkan sisa2 darah dan membantu keluarkan darah-darah haid yang menggumpal. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Naia. Saya baru tahu tentang itu. Terima kasih ya share :)

      Delete
  16. Air tu dah confirm sedap.. Gambar pun cantik.

    ReplyDelete
  17. Air kelapa pandan memang sedap, manis kan Fizah. Wangi lagi tu. Kalau tambah jus lemon bertambahlah segar rasanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, manis kak Amie tak perlu tambah gula pun sedap dah. Tambah lemon lagi fresh gitu

      Delete
  18. wah! cantiknya view air kelapa nii. membuatkan rasa nak beli air kelapa ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nad. Nanti beli dan cuba letak hirisan lemon :)

      Delete
  19. Akak dok belek-belek pic pertama tu.. berseni sangatlah.. tak boleh nak berfikir di luar kotak. bekas tu camne gaya dia..kaca ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas dia kaca bentuk macam kotak susu empat segi :)
      Nak lagi jelas boleh google 'Glass milk carton'.

      Delete
  20. Boleh try juga nanti.. Tak pernah lagi minum kelapa campur dengan lemon.
    Dah lama tak minum air kelapa lepas demam hari tu. Kebetulan tempat yang selalu beli tu x bukak. Tak tahu kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try Naniey letak hirisan lemon kalau jumpa air kelapa. Sejak pandemik ramai peniaga kecil dah tak berniaga tepi jalan. Mungkin ada sebab masing masing.

      Delete
  21. sedapnya kalu dpt time panas2 ni����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auto sedap dapat minum air kelapa tengah cuaca panas ni Anies.

      Delete
  22. Sedappnya pekena air kelapa time panas panas, tapi tak pernah try minum sekali dengan lemon. Curious pulak rasa dia macam mana sebab first time tengok air kelapa campuran lemon ni hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas memang syok minum air kelapa sejuk. Boleh cuba campur lemon lepas ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.