Responsive Ad Slot

Slider

Dapat Dah 1st Dose Appointment Vaksin

pendaftaran vaksin covid 19 online semakan vaksin covid 19 vaksin covid 19 gov my 1st dose appointment vaksin malaysia 1st dose appointment vaksin
Tepat jam 9:08 malam, 12 Julai 2021 bunyi notifikasi message dan disusuli notifikasi MySejahtera. Dari skrin dah dapat baca teks yang dihantar.

RM0 CITF: Sila semak butiran temujanji vaksinasi COVID-19 untuk No K/P berakhir **** di MySejahtera, www.vaksincovid.gov.my, atau telefon 1800-88-8828

Tiba-tiba rasa berdebar lain macam pulak membaca. Dah dapat tarikh vaksin 1st dose ke ni? Terus buka aplikasi MySejahtera. Tak tahu nak cuak ke nak happy. Mixed feeling betul atau overthinking sangat tak tahu lah.

Pendaftaran vaksin covid 19 online melalui aplikasi MySejahtera.27 Februari 2021. Selepas 4 bulan lebih menunggu baru sekarang saya  mendapat. Mungkin sebab kes di Negeri Sembilan laju je naik 2 minggu nni. Bagus jugalah dipercepatkan. Hari-hari dok check MySejahtera.

1st Dose Appointment Vaksin

Okay fine, dah dapat tarikh suntikan vaksin yang pertama pada 16 Julai nanti di USIM. Dapat sama tarikh dan tempat dengan husband. Tapi boleh pulak dia dapat pagi, saya dapat petang.

Ahh sudahh nak kena pergi dua kali pulak kesana. Saya pun saja tanya kat helpdesk kot boleh tukar sama waktu. Tapi kena tunggu 5 hari pulak dorang nak membalasnya. Takpelah, confirm je lah.

In case dapat pergi sekali dan waktu sama lebih memudahkan kerja. Nak kena pergi dua kali agak leceh lah jugak kan. Almaklumlah Seremban nak ke nilai Selangor tu kan jauh tu nak kena rentas negeri. Eh!

Apa yang bermain-main dalam kepala ni risau tentang kesannya selepas dicucuk vaksin tu. Macamana pengsan ke apa ke nanti. Sampai macam tu sekali terfikir. Memang macam tu lah kot setiap orang fikir kan. Dia punya debaran tu tak senang duduk dibuatnya bila dapat 1st dose appointment vaksin ni.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap harap cepat lah segala proses. Sejenis tak suka nak menunggu lama-lama. Penat menunggu tu tak tahan tu.



40
( Hide )
  1. ✌️👍
    Alhamdulillah
    cik nur dah dpt yg ke 2 datenya
    next awal ogos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan Kak Nor juga. Aaminnn..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan ayah rabia juga. Aaaminnn...

      Delete
  3. Akk regi 25/2, belum dapat temujanji lagi :(
    Anyway, semoga dipermudahkan buat Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan cepat juga akak dapat nanti. Aaaminnn...
      Terima kasih kak

      Delete
  4. Alhamdulillah... Semoga sihat-sihat sahaja.

    ReplyDelete
  5. Haah waktu menunggu fikir macam-macam.
    Semoga dipermudahkan ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. macam macam fikir. Aaaminnn..terima kasih kak

      Delete
  6. Alhamdulilah... Tapi bole je try masak husband g cucuk tu cuba tanya bole x fizah cuxuk sekali sbb date sama masa je lain.. Ada sesetgh tmpt dia x kisah bole je sekali harung walau time lain2 janji dalam hari yg sama.. Nnt cuba tanya masa smp usim pagi tu k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Itulah, dengar ada yang boleh. Cuba gak nanti pergi sekali. Senang sekali harung.
      Terima kasih KakRet

      Delete
    2. hahha teruk betul error typo... masuk jadi masak plak hahaha nasib la fiza faham :D

      Delete
    3. hahah..ambil masa jugak nak faham. Typo is normal :)

      Delete
  7. Alhamdulillah sudah sampai giliran untuk disuntik. Tenang-tenang saja. Semoga segalanya lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Aaaminn...
      harap dapat bertenang lah sampai kena cucuk :) Terima kasih Kak Amie..

      Delete
  8. Kalau tempat akak Fiza. Dorang tak kisah pasal masa. Yang penting tarikh sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Okaylah kalau macam tu pergi sekali je senang. Terima kasih share

      Delete
  9. Alhamdulillah, sudah dapat dose pertama. amik je lah fiza, klu tak, tak tau bile nak dapat tarikh lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. yup, memang ambik je. Tahu takpe, nak menunggu ni pun sikit punya lama

      Delete
  10. alhamdulillah.. akhrnya dpt tarikh!
    kalo kat sni boleh je pegi skali xikot wktu dia tetapkan tu..
    tp kalo kat sana xtau camne..
    arap blh tukar masa.. kalo blh masa yg sama ngn suami kn lg mudah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..finally.
      Ramai yang cakap boleh sekali pergi. Janji tarikh sama. So nanti pergi sekali je lah senang.

      Delete
  11. Semoga baik baik sahaja untuk vaksin nanti. Saya pun minggu ni nak cucuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pulak minggu ni ye. Semoga kira baik baik je. Aaaminn...

      Delete
  12. Aamiin.. Semoga dilancarkan, saya sedih tak dapat vaksin, ada comorbid asma yang agak parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor advise tak boleh ambil ke macamana? Semoga dipermudahkan urusan nanti ye.

      Delete
  13. Alhamdulillah Fiza.
    Adik akak dan suaminya pun dapat sama tarikh dan lokasi dgn Fiza.
    Pun dapat masa yang berbeza.

    Akak esok..hihi. Dok berdoa janganlah lama sampai berjam.
    Moga urusan vaksin kita semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah. Akhirnyaaaa! Tahniah2. Sy jee xdpt lagi nii. Sedihhhhh

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, dah dapat dahhhh. Semoga dipermudahkan segala urusan kak fiza dan husband!
    Moga moga sihat aje lepas cucuk nanti :D

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan Fiza & suami..

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah..tahniah..jangan fikir sangat..pening2, demam, lenguh2 n sakit perut lps cucuk tu biasa. cuma doktor risau kalau allergic tahap kritikal..boleh sempitkan salur pernafasan..tu jer...Selamat dicucuk yea...

    ReplyDelete
  18. Wah tahniah Fiza..kalau kat USIM tu sure Fiza akan dapat Sinovac...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Dah dapat appoinment cucuk. Semoga dipermudahkan urusan, Fizah. Boleh je pergi sekali. Husband and wife biasa, dia bagi sekali. Kawan-kawan akak cerita.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. Semoga dipermudah kan semua urusan pengambilan vaksin Fiza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu