Cheese Tart Dalam Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Cerita minggu lepas. Rezeki dapat cheese tart chocolate dan blueberry favourite saya. Husband keluar beli barang, dia singgah Baker's cottage beli cheese tart untuk saya. Eh, tak kirim pun dapat? Rezeki namanya tu. Alhamdulillah...

Tapi taknak lah cerita pasal cheese tart ni sebab dah cerita dah sebelum ni. Boleh baca dalam link dibawah. So tak payah dah cerita tentang kesedapan cheese tart ni. Memang sedap!

Baca juga : chocolate cheese tart & Blueberry cheese tart baker's cottage

Dalam entri ni saya nak kongsikan koleksi minimalist dark mode photography menggunakan mirror trick. Saya tak pakar pun bab photography ni. Hentam sajalah labuuuu...Photographer sebenar sila jangan kecam saya ye.

baca juga : Cara ambil gambar produk/objek lebih menarik

Cheese Tart Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Gambar cheese tart chocolate dan blueberry ni saya gunakan angle yang sama, trick yang sama dan editing yang sama. Subjek je berbeza.

Cheese Tart Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Mulanya saya cuba shoot untuk objek retro style notes clip ni. Nampak cantik pulak gambarnya. Saya pun cubalah tukar objek kepada cheesetart. Kagum kejap dengan hasil tangkapan tu.

Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography
Habuk sikit sikit sebagi props. Nampaklah ada scene kat situ.


Ni dia BTS (Behind The Scene) gambar minimalist dark mode mirror trick photography. Hanya satu objek. Lighting guna lampu suluh. Lampu bilik pastikan tutup dan hanya menggunakan cahaya lampu suluh je. Alaskan dengan cermin untuk effect pantulan dan membantu memberikan cahaya juga.

Ini cara saya setting objek dan lighting. Camera handphone pulak saya guna terbalik (camera di kedudukan bawah). Sebelum snap gambar, tekan dulu focus point pada objek then baru ambil. Kemudian gunakan filter lightroom yang sesuai untuk serlahkan dark mode gambar. Hasilnya seperti di atas.

BTS Minimalist Dark Mode Mirror Tricks Photography

Pada yang bertanya, saya shoot guna iPhone 12 Pro Max. Kat bawah ni tak guna mirror tricks. Camera di kedudukan bawah juga. Lebih focus pada subject. Masih menggunakan lighting lampu suluh.

Blueberry Cheese Tart

Untuk idea, mungkin boleh cuba bawah meja atau kerusi atau menggunakan kotak.  Nak lebih banyak ideas dan tricks photography saya suka belek belek di pinterest. Ada banyak idea, rajin tak rajin je nak cari.

baca juga : aplikasi untuk jadikan gambar lebih jelas

Suka ambil gambar ni sebab minat. Sambil tu boleh offer service product photography untuk tambah pendapatan. Selain tu, gambar yang kita ambil pun dapat membantu mereka yang memerlukan juga. 

Gambar banana roll.



Semoga Allah limpahi mereka rezeki berniaga dan permudahkan urusan. Aaaminn...


Gambar water crystal gel.

Okay, next time ada masa saya akan update lagi untuk tips & tricks photography. Nak tahu apps yang saya guna, cari dalam menu bar di atas tips + photography. Lama tak update tu. Malas bertimbun timbun. 

36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantik hasil bidikan Fizah. Kak Amie ada juga baca-baca teknik ambil gambar gaya minimalist dark mode, tapi belum penah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak Amie. Ada kesempatan boleh cuba :)

      Delete
  2. Salam, memang terserlah, menarik perhatian tu penting, props semua letak je atau ada caranya jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Tak ada props tu. Hanya objek di atas cermin sahaja.

      Delete
  3. Rajin fizah buat trick tu semua hehe..klu knret snap aje biasa tp klu dh minat apa pun sanggup kan.. Keep it up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila datang mood rajin adalah hasilnya. Kalau tak, jangan harap lah..huhu

      Delete
  4. wah tahniah , apapun daripada minat kalau buat sungguh2 boleh jadikan pendapatan sampingan yang berbaloi. yang penting mau usaha.

    ReplyDelete
  5. wahh.. kagumnyer
    . kipidap cik fiza 😅

    ReplyDelete
  6. Ada juga orang minta jual gambar popis itu. Hehe alhamdulillah.
    Betul kena minat juga untuk ambil gambar cantik. Hehe akak suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada juga yang berminat. Terima kasih juga kak :)

      Delete
  7. sedapnya cheese tart.. mmg suka gambar2 yg fiza ambil. tq sharing ilmu

    ReplyDelete
  8. Gambar yang cantik, ada je orang yang berminat. Tahniah, Fizah. Kreatif. Kenapa ambil gambar camera terbalik, camera di bawah? Ada kawan akak ambil gambar akak tak lama dulu pun buat camtu. Dia kata, jadi lebih cantik. Akak tengok, sama je. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..untuk objek lebih close up dan trick nampak kurus macam tu.

      Delete
  9. Thanks kongsi idea. Nanti As nak cuba la..

    ReplyDelete
  10. Tak pakar tapi semua gambar cantik mcm pro yang amik…

    ReplyDelete
  11. Nice trick kak fiza tapi saya kagum kalau tengok gambar yang kak fiza ambik.
    Cantikkkk cantik gambar yang kak fiza ambik.
    Tapi betul, boleh buat duit jugak melalui photography ni. Kipidap kak fiza! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Aqtiqah. Nanti boleh cuba tau. InshaAllah andai ada rezeki :)

      Delete
  12. Wow, gambar fiza post mesti cantik2 kan.. ngok view pon dah tahu sedap tuu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Nad. tanda kena cuba tu :)

      Delete
  13. MENARIKNYA GAMBAR2 HASIL PHOTOSHOOT DARI SIS FIZA

    ReplyDelete
  14. boleh buka studio sendiri ni. sy bc kt twitter ms pkp ni byk company cari mrk yg boleh buat photoshoot mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada studio mini je Anies. Musim musim PKP ni bolehlah tambah skill sikit. Berguna kalau jual produk ke apa kan

      Delete
  15. Penjelasan yang jelas..kalau rajin boleh try..hihi.. Rezeki akak.. leh jual gambo cecantik.. nasib org tu mintak izin.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..jangan lupa cuba ye. Bagusnya dia sebab minta izin.

      Delete
  16. Aduh.. kerana gambar, meleleh air liur nengok cheese tart tu.. hehehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال