Header Ads

Telefilem Rahsia Malam Jumaat

Rahsia Malam Jumaat, telefilem cerekarama TV3 2020 ulang siaran pada Sabtu ini 17 Julai 2021, jam 9:00 malam di slot Cerekarama TV3. Telefilem rahsia malam jumaat menampilkan lakonan Janna Nick, Elfira Loy, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Cerekarama TV3

Telefilem : Rahsia Malam Jumaat
Waktu siaran : 17 Julai 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd
Genre : Seram Komedi

SINOPSIS RAHSIA MALAM JUMAAT

mengisahkan tentang dua beradik iaitu Hana(Janna Nick)  dan Nani (Elfira Loy) balik kampung melawat ibu dan adik mereka. Semasa mereka pulang ke kampung, sedang kecoh tentang isu pembunuh bersiri. 

Pada satu malam, ketika Hana dan Nani pulang dari menonton konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dalam sebuah lubang di tepi jalan. Mereka ingin membantu tapi bila melihat pakcik itu kaku, mereka sangka kan mayat. Masing masing terus gelabah.

Mereka tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur semula. Akan tetapi, sejak peristiwa itu mereka sering diganggu oleh lembaga lelaki berbaju putih.

Bila sering diganggu, Hana dan Nani dah tak tahan lagi dan cuba menyiasat. Berjaya mereka menyiasat dan apakah rahsia pada malam Jumaat?


PELAKON RAHSIA MALAM JUMAAT

Janna Nick sebagai Hana
Elfira Loy sebagai Nani
Azlee Khairi sebagai Muaz
Zila Bakarin
Danish Hazriq
Kamarool Hj Yusoff

13 comments:

  1. Suspen je cerita.. Siapakah lembaga lelaki tersebut . Hehe. Selamat menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suspen baru ada seramnya. Kenalah tengok siaran ulangan nanti kalau belum pernah tengok lagi.

      Delete
  2. Mendebarkan juga ya macam ada ala-ala ' I Know What You Did In Last Summer'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya kak. Cerita lama tu, seram juga ceritanya

      Delete
  3. Lama tak tonton lakonan Elfira Loy.

    ReplyDelete
  4. Okayy,sy xtgok lagi cerita nii.. nampak best jee nii

    ReplyDelete
  5. Macamm best sebabbb macam cerita seram, kalau tv3 boleh lah tengokk hehehe. Lama dahh tak nampak el berlakonn lepas dia kahwin harituu.

    ReplyDelete
  6. Rasanya hari tu dah ada tayang dekat tv , tapi belum sempat tengok

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok walaupun ulangan..

    ReplyDelete
  8. Ada ternampak telefilem ini.. Nantilah tengok.. hehehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.