Buah Oren Manis

Selain pening nak masak apa. Nak beli stok buah apa pun boleh buat pening nak fikir. Kena beli buah yang tahan lama dan boleh simpan lama untuk seminggu macam tu. Almaklumlah musim COVID-19 ni tak boleh nak keluar selalu. Memang kena beli barang makanan yang boleh simpan lama.

Buah buahan pilihan saya tembikai, rock melon, jambu batu, epal hijau dan mangga lemak. Tiba tiba rasa nak bertukar beli buah oren pulak. Selain dimakan begitu, sedap juga buah air jus oren. Kan?

Tips pilih buah oren manis

Ikut tips memilih buah oren yang manis, pilih yang ada lubang macam pusat tu katanya. Tak pulak ikut tips tu, kebetulan dapat beli buah oren manis. Tapi ada ayang kata buah oren navel biasanya manis. Betul ke? 

Saya tak pasti buah oren ni jenis citrus apa. Lubang pun tak berapa nak nampak sebenarnya. Ingatkan masam, rupanya manis. Suka bau buah oren, fresh rasa bila terhidu tu. Next time nak beli EO (Essential Oil) Orange pulak lah. Asyik beli EO Lemon je.

Buah Oren Manis

Merujuk gambar buah oren di atas, begitulah cara potong buah oren yang biasa. Ada cara lain ke masalahnya? Kot ada yang gigih kupas kulit macam makan limau mandarin tu. Mungkin ada tapi nak senang makan, potong macam ni je lah kan.

Khasiat buah oren yang kita tahu, kaya dengan vitamin C. Selain tu, banyak kebaikan buah oren untuk ibu mengandung. Ada rezeki mengandung, boleh amalkan makan buah oren.

Masih ingat lagi dulu masa zaman kanak kanak, mak dan kakak rajin buat kek oren. Sagat kulit oren tu masukkan dalam adunan. Hampir lupa dah rasa kek oren tu. Tapi itulah kek yang tersedap zaman kanak-kanak dulu. 

35 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Tengok gambar terus rasa terliur. Hehe... btw jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    ReplyDelete
  2. Kalau manis selalu yang lubang besar tu. RM4-5 sebiji. Memang manis. Kalau yang RM1/biji memang masam. Nak jumpa yang lubang besar tu kena pergi pasaraya besar baru ada. Kalau kedai biasa tempat naniey yang masam je ada.

    Buah buahan sekarang beli kat lori lori tepi jalan. Beli mangga n buah naga buat stok mengunyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh mahalnya jenis berlubang tu. Susah nak jumpa yang manis. Itu yang jarang membeli oren. Buah sedap buat kudapan.

      Delete
  3. kek oren memang sedap
    hehehehe
    so far cara potong terbaik itu lah..mudah nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, dah lama tak makan kek oren.
      Itulah mudah nak makan potong macam tu

      Delete
  4. Rasanya buah oren selalu ada di rumah Kak Amie. Oren antara buah kegemaran kami sekeluarga. Kek pertama yang Kak Amie buat di zaman remaja ialah kek oren. Parut kulit oren masuk dalam adunan! Orang pertama makan kek oren Kak Amie sudah tentulah Bonda! Sedapnya.... makan kek panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak tu kak Amie. Mesti ada buah oren dalam hidangan kak Amie. Nikmati betul dapat makan kek oren panas panas. Bau pun best

      Delete
  5. antara buah yg sentiasa akak beli he hee
    memang lepas mkn mesti nak mkn buah yg rasa masam2 manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam manis tu sedap. Dapat yang manis lagilah sedap :)

      Delete
  6. sedapnya..suka oren sunkist & yg style mcm limau mandarin, yg boleh kupas kulit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka gak jenis macam tu. Kupas kulit lagi nikmat makan isi buah oren tu kan

      Delete
  7. Akak memang suka oren. Selalu dahulu adik beli di Aeon memang manis.
    Betul senang hendak kupas.

    ReplyDelete
  8. oren mmg bukan fav k ret.. sbb slalu dapat yg masam....
    makan oren mandarin raya cina je bole telan sbb manis2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, dulu tak suka oren sebab dapat yang masam je. now, eh dah tersuka pulak.
      Oren mandarin tu memang manis. jarang dapat yang masam

      Delete
  9. Kek oren! Dulu dulu punn rajin jugakk buat, tapi bila dah makin besar ni, dah makin dilupakannn.
    Tapi buah oren manis memang sedap! Kalau yang masam, tak terminum or termakan saya hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenggelam kek oren sebab dah macam macam kek baru ada. Kalau dapat yang masam sangat memang tak tertelan. uii merembes air liur.

      Delete
  10. Jarang makan kek oren.... aduh, teringin la memalam niii

    ReplyDelete
  11. Buah oren saya jarang makan, tapi air oren biasa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. air oren sedap sebab campur gula ada rasa manis dia :)

      Delete
  12. Betul tu kak. Saya klu beli buah oren mesti cari yg ade pusat. Lg buruk pusatnya selalunya lebih manis buahnya…

    ReplyDelete
  13. Da lama xbeli buah oren. Next week belanja boleh beli buah oren ni 😋

    ReplyDelete
  14. tak minat sgt buah oren sekarang. kalau waktu raya cina dapat buat oren pun tak rajin nak makan..hehe

    ReplyDelete
  15. Fav nina kalau beli oren mesti yg manis walaupun harga agak mahal sikit

    ReplyDelete
  16. Buah paling best.. Ada manis.. Ada masam manis.. dan kalau dapat yang masam memang sedih.. hehehe..
    Ada juga yang potong melintang tak macam fiza potong ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال