Header Ads

Drama Mata Ketiga

Mata Ketiga, sebuah drama melayu bersiri lakonan Isyariana Azmi, Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Dayana Roza, Fimie Don dan ramai lagi. Drama mata ketiga episod 1 mula bersiaran pada 22 Julai 2021 jam 10:30 malam di TV3.

Drama Mata Ketiga merupakan drama adaptasi novel karya Zulkifli Ahmad Idrus. Sebuah drama genre seram mistik.

Drama Mata Ketiga TV3

Drama : Mata Ketiga
Jumlah episod : 10
Mula tayangan : 22 Julai 2021
Waktu siran : Isnin-Khamis, jam 10.30 malam
Siaran TV : TV3
Penulis novel : Zulkifli Ahmad Idrus
Pengarah : C.Kumaresan
Produksi : Skop Productions

SINOPSIS MATA KETIGA

Mengisahkan seorang pemuda bernama Faizul. Faizul merupakan seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan anugerah istimewa dimana beliau dapat berkomunikasi dengan alam mistik.

Faizul dan empat kawan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai oleh Profesor Mazlan. Disitulah pengembaraan mereka bermula.

Faizul lebih arif di dalam ilmu hutan dan sentiasa mengingatkan serta menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan.

Tapi malangnya, nasihat itu tidak dipedulikan. Sebaliknya menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak dari kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.


PELAKON MATA KETIGA

Hafeez Mikail
Isyariana Azmi
Mustaqim Bahadon
Dayana Roza
Fimie Don

30 comments:

  1. Disebabkan cite mistik kita skip baca in case ternampak gambar dia. Haha Tak kenal pelakon kecuali Fimie je. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..ramai juga pelakon lama tu Aien. Mungkin kurang familiar pada Aien :)

      Delete
  2. Huwaaaa, ini horor sekali ya, saya tidak berani nonton film atau drama horor tanpa ada kawannya.
    Tapi penasaran juga dengan ceritanya, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus ada teman kalau mau nonton cerita seram Rey. Berani berani takut gitu

      Delete
  3. Selamat menonton.. Tengok cerita seram dalam suasana gelap lagi seronok.. Haha

    ReplyDelete
  4. Ehhh.. dah start la ea... tak nengok plak.. nanti nak tengok la.. ehehe... Baru tahu ado

    ReplyDelete
  5. Adaptasi novel cerita seram pula.

    ReplyDelete
  6. ishhh seram. tapi macam nak tengok.haha

    ReplyDelete
  7. Lama dah tv3 tak buat cerita seram gini

    ReplyDelete
  8. Tengok cerita seram, pukul 10 malam, sorang, takut juga. :D

    ReplyDelete
  9. Menarikkk! Tayang dekat tv3 boleh lah tengokkkk sebab kat rumah itu aje boleh tengok hahahaha. Dah lama dah tak tengok cerita seram melayu ni, harap harap tak mengecewakanlah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah banyak cerita boleh layan online. Cuma ada tak ada je lah. Cerita seram kalau tak berani tengok siang siang. kalau kat Astro kerap juga cerita seram

      Delete
  10. Wah.. tayang kat tv3 pula ye.. dah lama nak tengok sebenarnya, nantilah layan.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Akak dah tengok drama ni a few years back. Tapi masa tu tayang kat Tonton. Ni kira antara Tonton Original Series la.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Boleh tengok nanti best ke tidak. Lain orang lain pengalamannya

      Delete
  13. Replies
    1. Hehe..faham sangat. Ada masa saya tengok online je sambil buat kerja :)

      Delete
  14. Sesekali layan cerita seram best juga kan Fizah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.