Header Ads

Segar Tekak Dapat Air Kelapa Pandan

Bukan main panas lagi cuaca sekarang ni. Sampai cecah 41 degree tu. Cuaca pun tak menentu. Tengah malam 2 hari lepas kalau tak silap ribut kuat. Bunyi angin luar biasa kuatnya. Kebetulan terjaga. Ingatkan apa lah. Dah mula fikir bukan bukan.

Semalam alang alang husband dah keluar. Kirimlah beli air kelapa pandan depan Family Store Taman Desa Rhu. Sejak tahu kat situ ada jual air kelapa, dah beberapa kali beli dah. Puas hati rasa air kelapa pandan dia sedap. Tak kedekut isi kelapa pulak tu. 

1 cawan besar RM3.

Air Kelapa Pandan

Bagus pakcik dan makcik tu berniaga tak kedekut nak bagi isi. Buat orang rajin datang membeli. Next time nak beli tanpa letak air gulalah. Nak try rasa asli air kelapa pandan. Balik rumah boleh campur dengan gula melaka. Terubat rindu nak minum air kelapa pandan gula melaka kat kampung tu. 

baca juga : air kelapa kuning

Selain air kelapa, air mangga pun ada juga. Beli air mangga juga sebab husband tak suka sangat air kelapa. Saya pulak, dah dapat air kelapa pandan lupa terus air mangga. Hihi...

Segar tekak ni dapat air kelapa pandan sejuk. Alhamdulillah…

40 comments:

  1. memang feveret sangat air kelapa ni... pokok kelapa kebun semua masih baby baby lagi...entah bila la dapat minum air kelapa sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah akan dapat merasa hasilnya tu nanti kak :)

      Delete
  2. Memang minuman penghilang dahaga, ni. Akak pula lebih suka tanpa ais dan tak campur air gula. Bila beli, dapat sikit je. Hehe..Tu yang terasa nak tanam pokok kelapa sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum sejuk sedap sikit. Kena mintak letak ais sikit je macam tu kak. Boleh nak tanam. Ada rezeki dapat merasa :)

      Delete
  3. Saya pun suka minum air kelapa, segar bila ditambah es batu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah sedap kena dengan tekak di musim panas ni

      Delete
  5. Memang enak dapat minum air kelapa gini tengah tengah panas panas skrg ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul Nad. Nikmat rasa dalam minum air kelapa sejuk

      Delete
  6. Haah sini pun malam guruh, petit kuat.
    Segarnya dapat air kelapa pandan sedap. Lama tidak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak..tapi petir tak de pulak. Angin ribut je. Itulah, segar rasa dapat air kelapa pandan.

      Delete
  7. Panas panas ni dpaat teguk air kelapa pun sedap . Segar sikit rasa badan . CCL baru lepas makan aiskrim kelapa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. sedap makan waktu panas ni. Aiskrim kelapa lagi sedap tu Lyana

      Delete
  8. Nyamannya air kelapa membasahi tekak! Terasa-rasa ikut minum sama.
    Di LD, siang tak berapa panas, tapi malam ini habis berpeluh-peluh satu badan macam duduk dalam sauna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..terasa sejuk tu. Angin dari laut panas agaknya kot kak?

      Delete
  9. Sedapnya air kelapa pandan harum mewangi..
    Betul la malam semalam angin kuat..Saya pun dah mula fikir bukan²...Sejak Covid ni mudah paranoid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap air kelapa pandannya kak. Ye kak, sekarang cepat betul paranoid. huhu

      Delete
  10. meleleh pula airliur ku ini, air kelapa memang sedap.
    saya lebih memilih yg original, tanpa ais, tanpa gula, tanpa isi kelapa. hahaaa!
    that's why too, kenapa asben tak kirim air kelapa dgn saya bila saya yg keluar. muahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. memang sedap. Ohhhh macam tu. hehe..faham faham :)

      Delete
  11. cuaca panas ni dapat minum air sejuk apa pon gerenti puas tekak.. sekali sedut bole habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, apa apa air sejuk pun sedap even air kosong sejuk

      Delete
  12. Dapat air kelapa dan isi kelapa muda memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye wak. Dapat yang fresh dari pokok lagi sedap macam wak anytime boleh minum air kelapa :)

      Delete
  13. Tak sabar nak menikmati kelapa pandan yang saya tanam di belakang rumah berbuah.. Dulu di rumah lama, saya ada tanak pokok kelapa pandan di hadapan rumah. Sudah berbuah dan dapt merasa. Untung siapa yang beli rumah saya dulu, dah ada pokok kelapa pandan dan durian belanda di hadapan rumah.. Kini saya mula menanam di belakang rumah di rumah baru. Rumah saya ni baru 3 tahun lebih duduk di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga merasa hasil tanaman sendiri sebelum pindah. Memang untung tuan rumah baru ada pokok kelapa. Tak lama lagi dapat pulak merasa hasil tanaman baru di rumah baru.

      Delete
  14. Wah panas juga ya di sana.
    Di sini juga sih, minum air kelapa rasanya pas sekali itu.
    Tapi kalau saya lebih suka air kelapa muda yang tidak pakai tambahan gula, rasanya lebih segar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Rey. Malaysia panas. Sedap dapat minum air kelapa panas panas ni. Kalau airnya sedia manis sedap. Kalau kurang manis tambah gula baru sedap :)

      Delete
  15. Suka rasa air kelapa pandan bebetul dari kelapanya tuu.. hehe.. Bagus untuk badan... tapi haritu demam, tak pandan punya pun kita telan nak cepat sejukkan badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lagi sedap Nona. Bagus khasiat air kelapa pandan ni kan.

      Delete
  16. wuuu sedap. betul! sejak2 nii panas. asyik berpeluh jadinyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas ni dapat minum air kelapa memang sedap.

      Delete
  17. Saya geng dengan husband kak fiza, suka mangga, tak suka kelapa. Tapi kalau minum waktu cuaca panas, tak kisah dah air apa, dapat legakan tekak pun dahhhh baikkkkk sangat hahahaha.
    Tapi Alhamdulillah cuaca kat terengganu tak panas sangat, dari tengah hari sampai ke malam berangin, ohhh mungkin saya duduk dekat dengan kawasan pantai kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh geng air mangga ni. Syoknya dapat duduk berdekatan pantai. Favourite place laut dan pantai

      Delete
  18. Memang segar kalau dapat air kelapa time tengah panas macam nie..
    Nyaman je dia lalu tekak..

    ReplyDelete
  19. sedapnya air kelapa pandan mnum sejuk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Syu. memang sedap minum sejuk cuaca panas panas ni

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.