Header Ads

Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Pembuka Selera

Dalam peti ais tak berapa nak ada stok barang basah. Selagi ada barang, tak payah keluar restock. Ada ikan kembong 2 ekor, isi ayam sikit dan udang. Terus blur tak tahu nak masak apa. Nak cepat, malas nak tunggu defrost buat sambal ikan bilis belimbing buluh je lah dengan goreng telur mata.

Boleh je sebenarnya defrost guna microwave. Tapi itulah selera ke sambal pulak. Dengar menu sambal tumis ikan bilis belimbing buluh pun dah boleh buat kecur air liur dah kan. Husband pun okay je lauk simple simple ni.

Bahan bahan buat sambal ikan bilis denngan belimbing buluh pun tak banyak. Bahan utama dia bawang besar, cili api, ikan bilis dan belimbing buluh semestinya. Garam sikit dan gula sebagai pelengkap rasa.

Saya suka juga letak hirisan bawang besar untuk menumis dan juga ikan bilis goreng pada akhir masakan. Sambal ikan bilis ni sedap digoreng garing.

Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh

                      resipi sambal petai ikan bilis

Sambal ikan bilis belimbing buluh ni jadi sedap bila ada digoreng garing dan ada hangus-hangus sikit. Saya suka macam tu. Kemudian goreng telur mata dia punya kombinasi hidangan.

Inilah dia lauk pembuka selera. Tahu tahu terlebih berselera menambah nasi. Sambal ikan bilis belimbing buluh saya buat lebih sikit dan masak lebih lama sikit sampai kering. Jadi, dia tahan lama dan boleh simpan lama juga.

Ada ubi kayu, boleh juga masak ubi rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis belimbing buluh ni. Sedap betul!


34 comments:

  1. Sedap kombinasi pedas, masam, masin. Betul lauk ringkas tapi bertambah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling penting kena pedas lebih kak. Hihi..lauk ringkas je senang :)

      Delete
  2. Sedapnyaa
    Suka lahh tgk gmbr2 makanan akak snap

    ReplyDelete
  3. hui...sambal ni..pas tu goreng telur mata kuning dia cair...pergh....confirm tanpa segan silu makan bertambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib goreng telur mata kak. memang tak segan silu lah makan bertambah. hahaha

      Delete
  4. dah lama jugak tak pekena sambal belimbing buluh ni

    ReplyDelete
  5. terliur memandang gambar sambal tu haa

    ReplyDelete
  6. tengok gambar pun dah menaikkan nafsu makan ni ahhaha

    ReplyDelete
  7. Wah! Nampak menarikkk. Sedapnyaaa 😋

    ReplyDelete
  8. sedap..sy pun suka. tapi nak buat mcm xpandai. ke malas? hehe

    ReplyDelete
  9. wah sambal bilis memang tak ada lawan, bisa habis nasi satu periuk.. Hahahaha

    ReplyDelete
  10. Bertambah nasi, ada sambal macam ni. Memang selera, lah. Pandai Fizah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far tak bertambah nasi, berselera makan tu iye :)
      Alhamdulillah..lauk biasa biasa pandai lah sikit

      Delete
  11. Simple tapi janji mengenyangkan perut. Makan bertambahhh kan kak fiza :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak bertambah sebab masak nasi cukup² :)

      Delete
  12. Menarik dan simple fiza.. semua rasa ada. Sedap makan dgn nasi panas2

    ReplyDelete
  13. sedapnya sambal ni. kalau mkn dgn telur mata dan nasi putih mmg umphh..

    ReplyDelete
  14. sedapnya sambal ni. kalau mkn dgn telur mata dan nasi putih mmg umphh..

    ReplyDelete
  15. nampak sedap tuh... terus lapor malam2 ni

    ReplyDelete
  16. alahai.
    nak sgt belimbing buluh!
    kat ofis, selambak kat pokok, fiza.
    tapi, luar daerah. pkp, kan.
    memang sedap gini. simple.

    ReplyDelete
  17. Aduhai, terliur tengok sambal Fiza ni. Ini memang sedap lawan dengan nasi putih dan ulam-ulaman. Boleh bertambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.