Mac 2026 | Hari raya kelapan, kami ke Nilai hadir rumah terbuka kawan Encik Suami, Prof. Ir. Dr. H. Kita pakai je baju raya pertama haritu dengan tudung hitam pula. Hand bag dan kasut hitam, kira matching lah tu.
Encik Suami pakai kemeja hitam dan berseluar hitam. Sedondon lah macam biasa. Pasangan tuan rumah pula serba hijau putih.
Ada banyak hidangan yang disediakan. Tapi saya hanya makan nasi dan lauk ayam sahaja. Selebihnya duduk sahaja mendengar Encik Suami bersembang. Bukan tak selera makan tapi kadang jumpa macam ni selera makan tu menjauh.

Kita jadi isteri Dr. A pun jadilah ye. Segan betul dengan golongan para ilmuan level tinggi ni. Kita level degree je mampu. Alhamdulillah anyway anyhow. Jangan merendah diri sangat, kita pun dah cukup rendah dah. hihi...

Ada banyak hidangan yang disediakan. Tapi saya hanya makan nasi dan lauk ayam sahaja. Selebihnya duduk sahaja mendengar Encik Suami bersembang. Bukan tak selera makan tapi kadang jumpa macam ni selera makan tu menjauh.

Lama tak lama sangat lah bersembang. Adik ipar kawan Encik Suami juga kawan Encik Suami masa study PhD dulu. Jadi sakanlah bersembang tu. Lepas tu kawan-kawan lain para-para Dr lain pun sampai juga masa kami tengah makan.
Ada juga kenal beberapa orang kawan Encik Suami sebab dulu kita rajin ikut Encik Suami buat kerja makmal masa PhD.
![]() |
| Dr. J & husband, Dr. J & husband, Dr. A & isteri, Prof. Ir. Dr. H &isteri, Dr. N, Dr. S dan Dr. S |
Terima kasih jemput kami berdua.
Selepas habis sesi bergambar ramai-ramai, kami ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya melawat kakak ipar warded. Alang-alang kita dah dekat Nilai tu, jomlah kita lajak sikit pergi Putrajaya tak jauh dah tu.
![]() |
| pantang nampak cermin |
Baru je jumpa beraya di Banting hari keempat hari tu. Nampak sihat boleh bangun dan bersembang. Tiba-tiba tahu masuk wad hari raya ketujuh. Kiranya dah sehari masuk wad. Masa kami sampai pun kakak ipar tengah rehat tidur. Sekejap je dia sedar dan bercakap.

Dapat ziarah kejap pun jadilah. Tak boleh berlamaan sebab ramai yang datang melawat. Anak-anak, menantu, keluarga adik beradik kak ipar lagi. Nak ziarah pun tak boleh ramai-ramai. Kita faham dan ikut arahan je lah.
Petang tu kakak saya dari Sabak Bernam datang untuk jaga kakak ipar di wad beberapa hari bergilirlah dengan anak buah saya. Tak sempat nak berjumpa kakak saya sebab saya balik awal.
Sebelum balik singgah Kenangan Coffee Cyberjaya dulu beli kopi buat bekalan dalam perjalanan balik rumah.
Sebelum balik singgah Kenangan Coffee Cyberjaya dulu beli kopi buat bekalan dalam perjalanan balik rumah.
Nota : Kakak ipar, Faridah binti Sidik telah meninggal dunia pada 30 Jun 2026 disebabkan kanser.
Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين


4 Comments
Al Fatihah dan takziah buat seluruh keluarga.
ReplyDeleteMeriah nampaknya jamuan raya anjuran Prof ni.
Terima kasih kak.
DeleteAlhamdulillah..meriah jamuannya ramai yang datang. Kami pun berkesempatan jumpa yang lain-lain.
Wah! Dokto-dokto semuanya ni... Uncle pun ada kenal sorang doktor... dR Sam Rasputin...
ReplyDelete(Turtut berduka)
Alhamdulillah..rezeki mereka. Ohh saya terus google dan baru tahu.
DeleteTerima kasih uncle.