TERbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles & Keith
TERbeli okay. TERbeli. Tak rancang pun nak beli beg baru tapi tulah. Kenapa dia menggoda sangat ni. Itu yang TERbeli tanpa sengaja. Nampak tak siap Caps lock TER tu. Yang baru update tu beli tahun lepas. So ni kira tahun ni punya beg lah kan.

Cetakan brocade fabrik jacquard ni nampak mewah dan klasik. Cantik bukan?
Closure dia jenis magnetic, bukan zip. Beg begini sesuai sangat digayakan untuk acara makan malam (dinner), majlis perkahwinan atau acara tertentu. Nampak sesuai.

Lepas saya checkout, terus OOS (Out of Stock) beg ni. No longer available. Tak pasti akan restock ke tidak. Ada satu beg tu saya berkenan juga tapi material satin. Satin Ruched Ring-Handle Bag, pemegang dia besi bulat. OOS dah lama tak restock lagi.
Nak buat beg raya, raya dah berlalu. Boleh buat beg untuk raya haji mungkin. Tapi tak sempat raya haji, dah selamat dirasmikan pergi kenduri kahwin.
Beg macam ni siapa je yang tak suka kan. Comel!
Dapat satu set lengkap dengan beg uncang untuk simpan beg. Beg uncang menggunakan material kain jacquard yang sama.
Didatangkan bersama strap untuk buat cross bag atau shoulder bag. Saya suka beli beg yang ada lebih dari satu function. Boleh dipelbagaikan gaya tu.
Terpaling menarik yang membuatkan saya nak beli sebab pemegang ni lah. Batuan yang pelbagai bentuk dan corak yang berbeza.


Beg ni comel. Muat-muat handphone, wallet nipis, sebatang lipstick dan cermin mini. Selain pegang begitu, sesuai juga letak di gayakan di pergelangan tangan.

Handbag hitam, kasut hitam. Okay sepadan!
Itu yang terus beli yang ni takut habis. Ngam-ngam saya beli yang last stock. Rezeki saya lah. Yang ni paling cepat sampai. Saya buat pesanan hari Isnin, hari Khamis dah sampai.
Kalau kita buat pesanan sebelum pukul 9 pagi dia akan proses hari yang sama. Sehari lepas tu dah sampai Malaysia dari Singapura. Dah sampai Malaysia, esoknya dah sampai rumah. Cepat betul buat kerja.
Post a Comment