Februari 2026 | Seperti yang disarankan oleh doktor, saya pun belilah extra virgin olive oil (EVOO). Beli jenama Olivie yang saya pernah nampak Alif Satar promote. Beli di shopee OliveHouse+Plus, harganya hampir seratus jugalah. Itupun beli lepas tolak voucher diskaun.
Selain dapat voucher, saya beli pakej yang ada percuma madu kyrgyzstan. Lebih berbaloi-baloi.

Kita punyalah teruja nak consume extra virgin olive oil demi menjaga kesihatan. Saya fikir macam "ala minyak je kan". Sekali bila nak telan buat pertama kali tu, tekak tak boleh nak terima.
Orang kata rasa ke bau tengik macam tu. Bukan setakat tengik, rasa kelat-kelat pahit pun ada. Aduh, macam mana ni? Sebab tu lah didatangkan dengan madu. Kena makan dengan madu sekali barulah boleh telan. Letak madu tu sikit je lah tapi.
Madu tu likat pekat. Biasanya saya ambil extra virgin olive oil kurang daripada satu camca dan tambah sikit madu baru penuh camca tu. Then barulah telan sekali. Makan sebelum sarapan sehari sekali je. Kalau makan dua kali, sekali lagi sebelum tidur.
Saya berjaya consume hampir sebulan juga. Ada juga kadang terlupa makan. Bila tak konsisten, results dia pun tak berapa nak berjaya lah. Terus saya berhenti. Rasa tak sanggup nak telan dah. Nak cuba yang jenis kapsul tu tapi dia punya khasiat tu kurang sikit daripada cecair.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan baik-baik sahaja untuk kita. InsyaAllah. Aamiin...
20 Comments
Oh, tak sedap ke, jenama ni? Ada akak pernah dengar jenama Olivie, tapi belum cuba beli. Dekat rumah ada sebotol extra virgin olive oil jenama Naturel, tapi akak guna untuk memasak. Pernah minum sesudu sebelum makan, saja test nak rasa. Auww... kuat betul flavour dia. Guna untuk salad dressing jer la. Hehe... tapi khasiatnya bagus, boleh turunkan paras kolesterol.
ReplyDeleteTak sedap di tekak saya kak Nur. Payah nak telan. huhu...Naturel tu memang untuk memasak. Memang kuat flavour dia. Tak tahan. huhu...kalau campur dengan makanan lain okay lagi. Betul, boleh turunkan kolestrol jahat.
DeleteRutinkan terus kak. Paksa saja utk telan. Saya dah konsumsi evoo 2 tahun lebih mungkin, rutin. Dah memang banyaaak sangat khasiat yg saya rasakan. Dulu saya tak suka rasanya.
ReplyDeleteTp mungkin Krn dari kecil saya sering sakit dan minum banyaak obat yg jauuuh lebih pahit drpd evoo, JD bagi saya ebook ini masih bisa saya telan dengan mudah. Dan lama2 jadi biasa.
Tiap pagi saya minum sendok. Tanpa madu 😄. Krn dah biasa
Nanti saya cuba lagi. Kena habiskan sebotol. Rugi pulak beli mahal-mahal kan. Kalau dah jadi rutin mesti dah biasa dan lupakan rasa yang pelik tu. EVOO ni kalau pahit okay lagi tapi rasa dia terlalu pelik untuk saya.
DeleteAtau mungkin nanti coba brand lain. Saya selalu minum yg brand Borges. Harusnya di Malaysia ada. Minum 2 sendok setiap pagi saat perut kosong
DeleteSaya plan nak try jenis kapsul softgel tu je. Macam lagi mudah nak consume berbanding liquid. Terima kasih suggest. Nanti saya cari kalau ada di sini.
DeleteHaah memang tidak sedap jenis ini. Akak cuba jenis biji-biji pula jenama sama yang itu boleh makan ada rasa masin-masin. Kalau beli lagi mungkin beli yang biji-biji itu.
ReplyDeletesoftgel ke maksud akak? Saya pun nak try kapsul atau omega fish oil je lah. Tak lalu nak makan EVOO ni. huhu...
Deletesaya pernah try jugak, brand yg sama..memang selalu rasa nak muntah tiap kali minum...saya nak reduce my kolesterol rate tp it does not work for me..so far rasa2nya2 dh minum 2 botol (bkn consecutive) so tak mau dah teruskan..i cannot stand the taste
ReplyDeleteYa, samalah. Tak sesuai dengan kita. Rasa tak membantu sangat mengurangkan kadar kolestrol tu. Tapi doktor suggest EVOO. Saya sebotol tu susah nak habiskan ni. huhu..betul, rasa dia cannot go lah.
DeletePernah minum juga dulu tapi tak ingatlah pulak jenis apa olive oil yg ammi minum EVOO ke OO saja ke ahhaha.. tp mmg tak sedap betul perginya masa lalu kat tekak. Jadi selalu ammi standby air suam yang agak hangat utk nak bilas balik rasa berminyak kat tekak tu
ReplyDeleteEe..memang tak boleh tahan lah Ammi. Rasa tak kena dengan tekak, pastu rasa melekat pekat kat tekak ni haa. Kalau bilas tu kira dia punya penyerapan camne pulak ek.
DeleteOlive oil memang mahal.Dulu waktu mengandung Firdaus saya minum olive oil setiap hari. Memang sangat bagus tapi selepas bersalin saya berhenti ambil. Sekarang Encik Suami pula minum setiap hari, minyak zaitun Sihate. Saya hendak mulakan lagi tapi asyik tertangguh.
ReplyDeleteYa, sebab nak menghasilkan dia tu bukan mudah. Banyak pula tu buahnya nak hasilkan sebotol pun. Bagus kak Amie amalkan dan hasilnya bagus. Memang bagus untuk kesihatan dan ini juga doktor sarankan suruh cuba consume EVOO.
DeleteMasa covid dulu saya kena paksa maman extra virgin oil.. ya Allah sumpah susah jugak nk telan tu. Tpi hadapkan jugaklah.
ReplyDeleteRela lagi minum madu kelulut yg super masam tu dari telan minyak hidup2 haha
Iyeee...memang susah betul ye nak telan walaupun secamca kecil tu. Madu kelulut tu sedap even masam sikit pun.
Deletetak ada dlm bentuk capsule ke?
ReplyDeletekalau cecair mcm ni rs nya sy tak mampu nak telan mcm tu ;-)
Ada tapi nutrisi dia kurang daripada yang liquid ni. Liquid ni kira paling power lah gitu. Memang susah nak telan Anies uii..tak sanggup rasa nak teruskan makan hari-hari. huhu...
DeleteMemang betul, khasiat EVOO ni tinggi sangat sebab kaya dengan antioksidan dan bagus untuk kolesterol, tapi tang nak telan tu memang kena ada tekad yang tinggi! Boleh juga cuba campur dalam salad dressing atau renjis sikit atas sup panas kalau dah tak sanggup nak shot terus cecair macam tu. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik Fiza
ReplyDeleteItulah tu. Susah betul nak telan EVOO ni. Tak mampu nak habiskan sebotol ni.
DeleteAamiin..Terima kasih kak.