Januari 2026 | Kakak saya nak buat Majlis tahlil untuk arwah bapa mentuanya yang baru meninggal pada 6 Jun 2025. Buat sekali tahlil untuk ahli keluarga kami, keluarga abang ipar termasuk bapa mentua saya yang telah meninggal dunia.
Kakak minta saya sediakan doorgift untuk pelajar tahfiz perempuan sebab kami jemput mereka datang ke rumah untuk majlis tahlil ni. Kaka kata bagi handsock lah. Nak bagi makanan, mereka semua tak boleh makan sembarangan. Kena jaga makan.
Jadi, kita bagi sesuatu yang mereka selalu gunakan iaitu handsock. Saya beli borong di Mydin je, banyak pilihan dan harga berpatutan. Lagipun kami buat tak banyak mana pun. 72 termasuk extra sekali dengan Usztazah.
Handsock kami lipat dan masukkan dalam plastik arnab yang comel ni. Saya buat tag sekali dan ikat riben warna merah jambu kena dengan tema arnab tu.



Kek marble cantik yang lembut dan sedap. Tak manis leting. Beli 50pcs je buat tambah-tambah untuk tetamu yang datang. Kakak saya pun tak jemput ramai. Pelajar tahfiz, saudara mara dan jiran kampung terdekat je.
Handsock kami lipat dan masukkan dalam plastik arnab yang comel ni. Saya buat tag sekali dan ikat riben warna merah jambu kena dengan tema arnab tu.

Fuhh..lega semuanya. Nampak sikit tapi makan masa jugalah nak membuatnya sorang-sorang. Bab-bab macam ni boleh serahkan pada saya. Bab masak, jangan cari saya. hihi...

Untuk tetamu yang lain, saudara mara dan jiran kami bagi kek marble mini saiz M 5.7cm x 6.7cm. Saya buat tempahan pada the mikka bakery. Saya dah biasa beli kek marble kat kedai dia dan sedap. Why not kita sampaikan kesedapan tu untuk tetamu juga.
Dari Seremban saya bawa sampai ke Sabak Bernam nun. Kek marble ni jenis kek yang tahan lasak juga dan tak mudah rosak kalau simpan elok. Malam sebelum majlis saya pickup kek dan esoknya baru bawa ke Sabak Bernam.

Alhamdulillah. Selesai tugas saya menyediakan doorgift untuk majlis tahlil.
20 Comments
Cantik pembungkusan handsock. Kreatif Fiza 👍
ReplyDeleteTag tu Fiza print dan gunting ya?
Dulu masa kenduri kahwin anak buah ada buat macam ni juga tapi letak benda lain. Tu yang tiruvasi tu, cuma tambah tag je lah. Ye, saya design, print dan gunting manually. Guna eyelet punch tu untuk besi lubang tengah tu untuk nampak tag lagi menarik dan tak mudah koyak.
Deleteeee suka tgk plastik tu, omeyyyy!
ReplyDeletesuka buat doorgift, rasa puas hati bila tgk keseragaman yg terampil tu.
Plastik tu memang comel, buat doorgift untuk kids sesuai sangat tau! Ada banyak jenis lagi haiwan. Saya pun suka buat doorgift. Bila dah siap tu puas hati kan. Minat kita sama. Yeay, ada geng!
DeleteSedekah pemberiah amal jariah..pahala berganda pasti Allah kurniakan..
ReplyDeleteAlhamdulillah...InsyaAllah. Aamiin...
Deletecomeii laa plastik telinga arnab
ReplyDeleteKann..comel sangat.
DeleteSuka tengok benda-benda kreatif ni..
ReplyDeleteSeronok kan. Lagi-lagi bila dah siap tu. Puas hati.
DeleteCantiknya door gift. Dulu rajin jugak membungkus, buat door gift dll tapi sekarang tangan dah keras tapi suka sangat tengok hasil kerja kawan2
ReplyDeleteSekarang pun dah banyak orang jual doorgift yang dah siap. Kalau tak rajin, kita order je lah. Ada masa ni, kita buat mana termampu.
Deletegood idea juga ye hadiahkan handsocks ni...
ReplyDeleteYa, pilihan yang bagus untuk bagi mereka.
DeleteSalam takziah yer.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-0rang beriman.. cantik doorgift.
ReplyDeleteAamiin..Teirma kasih. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan..
DeleteTerima kasih sekali lagi.
Alhamdulillah..Mmg brguna handsocks tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ye, betul.
DeleteWaaaah memang terampil tangan kak fiza. Rapiii hasilnya. Apalagi isinya pun sesuai dengan kebutuhan para Tahfiz yg datang kan. 👍👍.
ReplyDeleteKek marble itu saya pernah baca di salah satu tulisan teman Malaysia, katanya memang tahan, dikirim jauh pun tak rusak. Menarik juga....
Alhamdulillah...Tak susah pun Fanny. Ya, harap berguna untuk mereka.
DeleteBetul, kek marble ni tahan lama sikit.