Sepatutnya appointment waktu petang tapi diawalkan ke pagi sebab klinik buka half day. Okaylah tu, cepat sikit urusan selesai. Macam biasa hari Sabtu ramai orang datang klinik.
Selesai daftar dan sign consent, pilih getah O-ring. Terpandang getah O-ring warna ungu gelap macam manggis tu. Kita panggil dia warna blackcurrent je lah eh. Saya tengok ada warna tu, terus ambil yang tu je tak pandang dah warna lain.
Baru je duduk di sofa, nama dah dipanggil. Nasib baik sempat ambil gambar getah O-ring warna blackcurrent ni.
Saya minta doktor scaling sekali. Lepas dah buka getah O-ring dan power chain tu, bermulalah sesi scaling yang mengerikan tu. Walaupun tak rasa sakit sangat tapi ngilu tu terasa. Haihh...
Saya silap buat kira-kira pula. Patutnya Disember nanti baru genap 6 bulan baru buat scaling. Dah terawal sebulan pula. Tak apalah, janji gigi bersih dari karang gigi.
Power chain bawah tak ada pula warna blackcurrent, doktor pakaikan power chain warna purple sebab nak matchkan warna dengan getah O-ring tu. Rasa tak cantiklah pula berbeza warna. Tak seragam.

Bila dah makan lauk masak lemak cili api, terus warna getah purple tu bertukar jadi warna macam kelabu asap, dah nampak matching pula dengan getah O-ring atas tu. Lantaklah nak bertukar warna apa pun.
Jadinya, gigi atas kekal dengan teruskan pakai O-ring dan bawah kekal dengan pakai power chain. Cuma elastic band je bertukar kepada yang lain. Doktor cakap, ni getah saya bagi yang lain, binatang lain.


Yang kecil ni lagi mencabar nak pakai sebab dia kecil dan susah nak tarik. Mula-mula tu struggle lah juga. Lama-lama dah biasa baru okay mudah nak pakai. Walaupun dia kecil tapi tarikan tu tak sakit sangat sebab level medium.
Total kos RM249, monthly RM150 tambah scaling RM99.
0 Comments