Mei 2026 | Rasa macam baru je lagi cerita pasal, tahu-tahu ada cerita braces lagi. Itu maknanya bulan April tak ada aktiviti menarik selain jumpa doktor dan dapat hadiah dari blogger Mulan. Selain tu kurang sihat sebab demam beberapa hari. Lepas tu tak ada mood dan tak kemana-mana.
Baiklah, kita cerita braces review untuk setahun 10 bulan edisi bulan April/ Mei. Bulan April tak ada slot kosong pada tarikh yang saya nak. Jadi kita book appointment awal bulan Mei. Okay takpe, janji tak skip appointment.
Lepas daftar, sign consent dan tunggu giliran macam biasalah. Saya pilih getah O-ring warna terpaling favourite, blackcurrent.


Bila pakai warna nampak cerah sikit kan. Bayangkan kalau pilih warna cerah, lagi cerah nampak getah dia. Itu takpe lagi. Kalau makan kari, berkunyit ke, kopi ke terus bertukar warna lain. Baiklah kita pilih warna selamat, warna gelap. Makan apa pun tak berubah sangat warnanya.
Tak ada apa sangat doktor nak komen sebab lagi sebulan dua nak buka braces dah. Saya masih fikir nak bukan bulan depan atau lagi satu. Hmmm..fikir dulu. So far saya puas hati dengan hasilnya. Nanti dah buka buat sekali retainer, scaling dan whitening. Yeay, tak sabarnya!
14 Comments
Seronok jugak boleh main tukar-tukar warna 😀
ReplyDeleteTumpang seronok tengok Fiza dapat gigi cantik! Boleh senyum lebar. Akak senyum kena tutup mulut 🤭
Itu yang semangat nak jumpa doktor setiap bulan tu. Alhamdulillah...
DeleteTutup mulut pun senyuman manis kak.
Setiap inci tubuh kita ada ceritanya yang tersendiri. Maha Suci Allah yang mencipta makhluknya tang serba kompleks. Itu baru cerita gigi, belum mata dan organ lain. Banyak betul rahsia di sebalik segala kejadian Allah. Moga terus dipermudahkan urusan rawatan pergigian Pizzah.
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie. Sebab tu setiap bahagian tu pasti ada doktor pakarnya.
DeleteAmiin...Terima kasih Kak Amie.
diam tak diam dah setahun lbh jg ya fiza pakai...
ReplyDeleteKannn..tahu-tahu nak debond dah.Yeay!
DeleteKagum ngan orang pakai braces ni...kena sabar dan kena alert bab kebersihan kan...appointment lagi...huiiii...sebab tu akak jenis x sabar ni x pakai braces..
ReplyDeleteBetul tu kak. Kena sabar banyakkkk...Kena jaga kebersihan gigi no.1. Banyak komitmennya.
Deletewaahhhh mesti tazzabar mode tuuuu lps ni senyum lebar dgn penuh yakin!
ReplyDeleteSemestinya! hihi..
DeleteSkr dah Macam2 warna kan. Zaman saya pakai dulu kalau tak salah putih saja. Atau hitam. Lupa pula hahahahaha . Memang momen yg saya seram nak ingat saat pakai braces 🤣🤣. Apalagi kalau balik dari mengencangkan. Sakiiit 😅😅
ReplyDeleteBetul tu Fanny. Sekarang ni makin menarik banyak warna getah O-ring. Sekarang pun dah banyak jenis braces. Self ligating jenis braces tak sakit dan cepat dengan clear aligner tu tapi dua tu tak murah.
DeleteBlackcurrant tu memang antara warna yang cantik dan classy.
ReplyDeleteSangattt..Suka pilih warna ni.
Delete