Gadgets

Dapat Hadiah Apple Watch SE Pula

Hadiah iPhone 15 Pro Max dah dapat awal 2 bulan dari tarikh birthday, Apple Watch SE (2nd edition) pula dapat lewat beberapa hari selepas birthday. Juga dari encik suami. Sebelum birthday saya bertanya pada encik suami " nak bagi hadiah apa tahun ni?" Sajalah tanya nak pancing.

Lepas tu dia tanya nak hadiah apa? Setelah lama berfikir, saya cakap nak hadiah Apple Watch lah. SE pun OK dah. Sejak mula aktif bersukan ni sangatlah berbaloi kalau ada smart watch untuk track segala aktiviti dan kesihatan kita.

Memandangkan saya ada AIA+ Vitality membership, jadinya kalau beli via Switch AIA app dapat diskaun dah juga cashback RM1000. Selain Apple watch, ada Garmin dan lain-lain. Saya pilih Apple Watch sebabnya senang nak link dengan iPhone.

Apple Watch SE

Setelah buat pembelian dari AIA+ app, kami self pick up di Switch yang berdekatan di AEON Seremban 2. Boleh je pos tapi malas nak tunggu, self pick up je lah esoknya selepas buat pembelian tu.

Saya pilih Apple Watch SE size 40mm sesuailah dengan tangan yang kecil. Pilih warna midninght, aluminium case, midnight sportband dan GPS sahaja. Mulanya nak ambil GPS + cellular tapi macam malas nak kena pakai postpaid, buka plan baru pula. Cancellah!

Apple Watch SE

Pilih warna midnight pun sebab nak matching-matching dengan phone. Nak pilih casing starlight dan band pink tapi macam kalau kotor nampak jelas pula. Takpe, nanti beli lain pun boleh. Kita pilih je apa yang ada, tukar casing ke band ke kemudian.

Apple Watch SE

Casing juga pilih warna yang senada dengan warna band jam. Okay match! Sebenarnya pilih yang kemasan biru metallic. Tapi sebab ada calar, terpaksa pilih warna lain. Okay done!

Lepas dah buat pembelian, baru lah boleh link kan device dengan AIA+ app. Lepas tu kena complete kan weekly challenge untuk dapatkan cashback. Sangat berbaloilah AIA Vitality ni, banyak faedah selain boleh redeem rewards

Makanya bermula semalam, 27 February bermulalah weekly challenge saya untuk dapatkan cashback pembelian device. Sambil kita usahakan dapat cashback, sambil tu tambah menyihatkan badan. Setakat bulan February ni memang saya bakar kalori setiap hari selama 30 minit.

Dah pakai smart watch ni lagi accurate dan mudah lah nak bersenam. Tak perlu nak pegang handphone. Punyalah lama tak pakai jam tangan. Last pakai zaman study, itupun jam tangan swatch ex boyfriend (sekarang dah jadi suami) hadiah kan.

Setelah sekian lama baru pakai jam tangan kembali, rasa kekok pula. Paling lama saya pakai hiking hari Ahad lepas, bateri tahan 6 jam lebih je sebab pergi hiking waktu panas pula tu. Memang cepatlah dia makan bateri.

Melainkan kalau kurang aktiviti, tahan lama lah sikit dia bertahan. Tapi tetaplah hari-hari kena charge sebab device link dengan handphone lagi kan. Setakat saya pakai kalau harian tu hanya workout 30 minit okay je. Kalau buat aktiviti luar nak slow jogging ke brisk walk atau hiking kena pastikan fully charged.

Selagi tak habis bulan Februari, kita sudi terima hadiah lagi. Ada baki 2 hari lagi. hihi...Terima kasih encik suami belikan. Akan digunakan sebaiknya. Nak mengejar cashback, kiranya dapat free lah nanti kan. Taklah free sangat sebab cashback tu kurang beberapa RM dari harga asal. Kira berbaloilah juga tu dapat cashback. Kann...

12 comments:

  1. Baik suamu hadiahkan jam tangan. Cantik pilihan warna Itulah baik ambil sendiri boleh belek jam.
    Makin bersemangat untuk bersenm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Ye betul tu kak, ambil sendiri taklah rasa tertunggu-tunggu dan lebih selamat gitu.
      Harap begitulah bertambah semangat.

      Delete
  2. Makin bersemangatlah bersenam ya Fiza, dah ada smart watch 😃

    Akak start pakai smart watch beberapa tahun lepas. Mula-mula tak biasa, lama-lama rasa janggal kalau takde di tangan. Perlu charge sehari sekali dan akak cuma link dengan hp bila nak transfer data dari smartwatch ke apps di hp je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa...haruslah bersemangat kan kak Ujie. hihi...

      Sekarang kalau boleh nak biar je pakai. Tapi tulah, memang kena charge setiap hari. Saya kena link device sebab nak sync dengan AIA+ app tu.

      Delete
  3. wahhh.. good choice.
    Jam dapat, sihat pun dapat.

    ReplyDelete
  4. senang macam ni kan, suami tanya nak hadiah apa. suruh diorang fikir pun jem jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedah paling senang. Isteri pun boleh request. Takyah surprise sangat gitu. hihi...

      Delete
  5. Comwl smart watch tu . Warna midnight tu pun cantik juga . Makin semangat nak bersenam laa lepas ni kan

    ReplyDelete
  6. Cantik pulak tengok hadiah ni....Apple Watch lagi....

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.