Drama Haloba (TV3)

Azhafizah MN
By -
2
Drama Haloba bersiaran mulai 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3 dan online di Tonton. Haloba menggantikan Drama Pemburu Rahsia yang berakhir semalam, 2 Oktober 2023.

Drama Haloba (TV3)

HALOBA

Idea asal drama ini dicetuskan oleh Kent Tan dan skripnya juga ditulis olehnya bersama Chooi Keen. Drama Haloba sebanyak 15 episod ini diarahkan oleh pengarah Emi Suffian dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Kazar Saisi, Zila Bakarin, Shah Iskandar, Izz Ilham, Syaffiq Sahli dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
  • Sherry Ibrahim sebagai Aliya
  • Shiqin Kamal sebagai Misha
  • Ieda Moin sebagai Kak Zura
  • Shah Iskandar sebagai Taufik
  • Izz Ilham sebagai Adam

Drama Haloba (TV3)

SINOPSIS HALOBA

Mengisahkan tentang Erina yang pulang dari luar negara berusaha merampas kebahagian daripada rumahtangga Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak tunggal. 

Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif?

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. 

Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra.

Hubungan mesra Raif dan Erina telah mendapat perhatian media, pihak media cuba mendapatkan kepastian daripada Alia dan Misha sama ada mereka setuju untuk menerima Rina sebagai isteri ketiga Raif. 

Atas keizinan Misha, Raif dibenarkan berkahwin dengan Rina tapi dalam masa yang sama Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik. Namun Alia masih menyimpan dendam terhadap Misha dan menyusun strateginya.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment