Akhirnya Mendapat Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung

Sudah lama saya mencari, baru sekarang saya mendapat! Susah ye nak mencari pucuk ulam daun tenggek burung ni. Macamana nak mencarinya kalau barang dapur encik suami yang beli. Dia beli pun ikut senarai je lah. Encik suami pun bukan tahu pun rupa daun tenggek burung.

Haritu kebetulan balik dari kampung terus singgah ke KIP Mart Lavender Heights Senawang. Bila dah lama tak membeli barang dapur dengan suami rasa nikmat betul ye dapat tengok sayur-sayur segar. 

Ikutkan hati nak je membeli bermacam-macam jenis sayur. Tapi kena sedar diri lah, sayur ada jenis tak boleh tahan lama. Takkan sehari nak masak berjenis jenis sayur pula kan.

Dah namanya pun rezeki, ternampak pula daun yang macam familiar je. Haa betul pun! Daun ulam tenggek burung yang dah lama diidamkan. Ada pun!

Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung

Bukan 1, bukan 2 tapi ada selonggok daun ulam tenggek burung yang dah di ikat-ikat di situ. Saya beli 1 je lah buat rasa-rasa. Nanti kang beli banyak risau tak boleh tahan lama. Tapi saya makan lepas 3 hari membeli masih elok lagi. Lepas ni bolehlah beli banyak sikit buat stok seminggu.

Pemakan sayur dan ulam je tahu nikmatnya macamana kalau dapat makan ulam kegemaran yang dah lama tak dapat makan. Susah ye nak mencari daun tenggek burung ni. Kena tanam lah baru dapat makan selalu. Kann...

Makan dengan sambal belacan memang padu! Rasa daun dia rangup, ada kelat dan angin sikit. Camne eh nak cakap.

Selain nama tenggek burung, dikenali juga dengan nama daun cabang tiga dan daun kaki itik. Lain tempat lain panggilannya.

Selain dijadikan ulam atau bahan masakan yang lain, daun ulam tenggek burung ni ada khasiatnya tersendiri. Biasanya ulam ambil pucuk muda je lah. Yang daun besar dah tua tu kelat ya amat!

8 comments:

  1. macam tak pernah rasa daun ni, macam mana la rasanya ya...teringin pulak bila baca description fiza tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kot jumpa daunnya macam ni, kena beli dan rasa. Mana tahu kena dengan selera pula kan.

      Delete
  2. Favorite akk gak ni...
    Masa pergi CH jumpa benih pokok ni di Mardi Agro Park, tapi tak beli sbb tak muat kereta šŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, rugi tak beli kan..kalau tidak boleh makan selalu. Takpelah, tak ada rezeki. Next time kalau jumpa bolehlah beli.

      Delete
  3. Replies
    1. Kot terjumpa orang jual, jangan lupa membeli dan cuba rasa ye.

      Delete
  4. Pernah makan daun tenggek. Ada tumbuh di kebun tapi kebun emaklah di Selangor. Sedap buat ulam cecah sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh sedap tu boleh makan selalu. Memang ngamlah cicah sambal belacan kak Amie.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.