Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu (TV1)

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu bersiaran pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam di slot panggung RTM TV1 dan online di RTMKlik. Telefilem/ telemovie ini merupakan telefilem istimewa sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia.

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu (TV1)

Jangan Panjat Pagar itu diarahkan oleh pengarah paly Ishak, nukilan skrip daripada Paly Ishak sendiri bersama Amira Zahra dan Hafizee Hatta. Diterbitkan oleh syarikat produksi Hundo Kreatif Sdn. Bhd.

PELAKON

Telefilem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Kenji Sawahi, Sathiya, Hafizee Hatta, Dboy Hamdan, Putera Qamarul dan ramai lagi.

SINOPSIS JANGAN PANJAT PAGAR ITU

Kisah tiga orang sahabat baik yang tinggal di rumah warga emas iaitu Rahmat, Boon dan Jaya. Sempena hari lahir Rahmat, Jaya dan Boon berhasrat akan menunaikan apa saja permintaan sahabat mereka itu.

Rupa-rupanya Rahmat menyimpan keinginan mahu bebas dan lari dari rumah warga emas tempat mereka tinggal. Meskipun ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil, mereka bertiga memutuskan untuk melarikan diri dari situ. Mereka lari tanpa membawa sebarang pengenalan diri.

Kehilangan mereka akhirnya disedari warden rumah warga emas itu. Warden tersebut telah meminta bantuan Inspektor Betul untuk mencari mereka bertiga. Pelbagai insiden berlaku sepanjang pencarian menjejak tiga sahabat itu.

Akhirnya mereka dijumpai di rumah Che Yah. Namun siapakah Che Yah? Apakah hubungan mereka dengan wanita tersebut?

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Rasanya seperti lucu juga, atau mungkin ada terharunya 😁? Sayang saya tak bisa nonton serial ini. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada kedua-dua elemen tu. Boleh tonton secara online di RTMKlik

      Delete
Post a Comment