Drama My Famous Ex-Boyfriend Memaparkan Kesan Buruk Buli Siber

Azhafizah MN
By -
4
Drama My Famous Ex-Boyfriend
sumber : Astro untuk tujuan promosi

Drama My Famous Ex-Boyfriend mula bersiaran pada 23 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di slot Megadrama Astro Ria (CH104) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO

Drama bersiri 24 episod ini merupakan drama adaptasi daripada novel Petrichor hasil karya Nurul Syahida Kamarudin dibawah arahan Hadith Omar terbitan syarikat produksi iFabulous Art Media & Event.

My Famous Ex-Boyfriend memaparkan kesan buruk buli siber yang seringkali berlaku di kalangan masyarakat kita kini terutamanya golongan muda dikenali dengan 'digital natives' dimana ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran.

PELAKON DAN WATAK

Drama ini diterajui oleh Hael Husaini, Qasrina Karim dan Nadhir Nasar sebagai watak utama. Dijayakan bersama pelakon lain seperti Ryzal Jaafar, Nur Aisyah, Natasha Elyzza, Aleza Shadan, Jasmin Hamid, Malle Christian, Jiggy Masin, Nik Rifaie, Nina KSC, Zaki Yahaya dan ramai lagi.
  • Hael Husaini sebagai Ishaak / Haque Zuhal
  • Qasrina Karim sebagai Sameera
  • Nadhir Nasar sebagai Jamie
  • Ryzal Jaafar sebagai Nat
  • Nur Aisyah sebagai Dahlia
  • Natasha Elyzza sebagai Yaya
  • Aleza Shadan sebagai Saidah
  • Jasmin Hamid sebagai Sofia

SINOPSIS MY FAMOUS EX-BOYFRIEND

Drama My Famous Ex-Boyfriend mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak semasa zaman remaja dan saling mencintai sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal.

Drama My Famous Ex-Boyfriend
sumber : Astro untuk tujuan promosi

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media.

Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama. Tanpa pengetahuannya, Jamie merupakan seorang duda yang digelar sebagai “Suami Dari Neraka”.

Saksikan kisahnya dalam Drama My Famous Ex-Boyfriend mulai 23 Oktober 2023 di Astro Ria.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Aiyooo seram julukannya suami dari neraka 🤣. Pengen nonton tapi blm tahu bisa akses dari mana kalo di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya gelaran, sebenarnya tidak. Biasanya drama Astro ada di platform Sooka.

      Delete
Post a Comment