Gadgets

Luna Lights Wonderland 2.0 Ke Stesen Ketiga Pula Di Kepala Batas, Penang

Luna Lights Wonderland 2023

Berita baik buat orang Penang, Luna Lights Wonderland akan dibuka di Vision Park, Bertam Perdana, Kepala Batas Pulau Pinang (Penang) bermula hari Jumaat, 27 Oktober 2023 sehingga Ahad, 26 November 2023.

Luna Lights Wonderland Kepala Batas Penang ini beroperasi bermula pada jam 7:00 malam sehingga 12 tengah malam. Untuk pengetahuan semua, Luna Lights Wonderland akan mengadakan Tour Malaysia 10 Stesen/Stations (negeri) dan Penang merupakan stesen ketiga.

Sebelum ini, Luna Lights Wonderland Seremban stesen kedua telah berlansung pada bulan Ogos hingga September yang mendapat sambutan yang meriah.

Luna Lights Wonderland

Luna Lights Wonderworld ini adalah acara pesta lampu LED terbesar di Malaysia bersempena dengan Visit Truly Asia Malaysia 2020 dan merupakan one of its kind showcase di Malaysia yang berlansung sehingga kini.

Luna Lights Wonderland ini adalah paling besar di Malaysia 2023 dan telah di iktiraf oleh Malaysia Book of Record. 3 kali besar daripada Stesen Putrajaya!

Ini merupakan salah satu program pelancongan berkualiti yang meningkatkan kesedaran para pelancong serta pengunjung tempatan. Sekaligus mampu mengubah sebuah taman menjadi tempat yang fotogenik bagi para pengunjung. 

Selain itu, ia dapat menghasilkan suasana ceria dan memberi ruang untuk para pengunjung mengambil gambar selfie dan wefie bersama keluarga dan rakan-rakan.

Luna Lights Wonderland location/ lokasi

Stesen ketiga akan diadakan di Vision Park, Bertam Perdana, Kepala Batas dengan 1.4 Juta biji LED blinking.

Luna Light Wonderland Penang

Tarikh : Jumaat, 27 October 2023 - Ahad, 26 November 2023
Masa : 7:00pm - 12:00am

Apa yang menarik di Luna Lights Wonderland Penang

  1. MASCOT Terbesar di Malaysia iaitu Mascot LUNA yang bersaiz 11 metre tinggi
  2. 5 Tema iaitu :
    - SPACE
    - AQUATIC
    - ANIMAL
    - ROMANCE
    - FOREST
  3. Ruang Picnic LED
  4. Aurora River
  5. Terowong " LOVE"
  6. Terowong " STARWARS
  7. Terowong " AVARTA "
  8. Gerai Makan dan Pemainan
  9. Photo Booth
Konsepnya sama juga dengan Luna Lights Wonderland Seremban yang saya sempat pergi sebelum ini. Boleh tengok gambar-gambar menarik dalam pautan di bawah.

baca juga

Tips ke Luna Lights Wonderland

  • Datang awal untuk mudah dapat parkir
  • Pastikan bateri handphone full sebab banyak port menarik untuk bergambar dan bervideo
  • Sediakan duit secukupnya, pembelian tiket menggunakan wang tunai sahaja. Tiada pembayaran secara online, e-wallet, QR code dan sebagainya.
  • Sebelum datang pastikan perut di isi terlebih dahulu untuk bekalkan tenaga jalan-jalan sebab tempat ni besar ye. Jangan datang dalam keadaan lapar nanti baru separuh jalan dah nak keluar, rugi bayar tiket. Jika makan dahulu boleh jimat untuk membeli makanan. Makanan dan minuman yang dijual bukanlah murah. Jika ada bajet lebih tak ada masalah.
  • Boleh bawa bekalan air. Jika penat boleh berehat dan minum air.
  • Bawa portable kipas angin, confirm akan berpeluh bila berjalan dalam tempoh yang lama dengan ramai orang lagi.
  • Sila pakai pakaian yang fabriknya tidak panas dan selesa
  • Pakai pakaian yang cerah untuk lebih nampak jelas dalam gambar
  • Pakai kasut atau selipar yang selesa.

Luna Light Wonderland Malaysia ticket price/ Tiket

Dewasa : RM 15 
Kanak - kanak (12 dan kebawah) : RM 8

* Promosi untuk 100 orang kanak-kanak yang pertama RM 6/ seorang. Promosi ini adalah untuk setiap hari.

sumber : lunalightsw

2 comments:

  1. cantiknya... kalau dekat mau dah pergi terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat. Takpe, tunggu yang dekat dengan rumah nanti bolehlah pergi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.