Telefilem Batu Nisan Ibu (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Batu Nisan Ibu bersiaran pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3 dan online di Tonton. 

Telefilem Batu Nisan Ibu (TV3)

Batu Nisan Ibu merupakan telemovie ulang siaran tahun 2016 lakonan utama Redza Rosli, Nabila Huda, Ayu Raudah, Alleeya dan Dato Rahim Razali. Diarahkan oleh Murali Abdullah, skrip oleh Ahmad Hamdan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd.

Saksikan telefilem Batu Nisan Ibu terbitan Zeel Production Sdn Bhd malam ini, jam 10.00 malam di TV3. Antara barisan pelakon ialah Redza Rosli, Nabila Huda, Ayu Raudah, Alleeya dan Dato Rahim Razali.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Nabila Huda, Alleeya, Ayu Raudah, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Hairi Safwan dan ramai lagi.
  • Redza Rosli sebagai Badrul
  • Nabila Huda sebagai Ana
  • Dato' Rahim Razali sebagai Pak Ali
  • Alleya sebagai Rina

SINOPSIS BATU NISAN IBU

Telefilem Batu Nisan Ibu mengisahkan tentang Ana hamil setelah terlanjur dengan teman lelakinya. Ayahnya, Pak Ali berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung. Kemudian, mereka mulakan hidup baharu di pinggir bandar. 

Badrul, eorang lelaki yang suka berfoya-foya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun. Takdir menentukan dimana Ana meninggal dunia dan Rina dibesarkan oleh Pak Ali. 

Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan. Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. 

Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.

Saksikan kesudahan Telefilem Batu Nisan Ibu pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023, jam 10:00 malam di TV3.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)