Gadgets

Siaran Langsung Kuching City vs Penang Live Stream LS23

Kuching City vs Penang

Hari kedua Liga Super 2023 minggu kedua puluh tiga (LS23) menyaksikan perlawanan antara pasukan Kuching City melawan pasukan Penang FC di Stadium Negeri Sarawak.

KUCHING CITY vs PENANG

Pertemuan antara pasukan Kuching City vs Penang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu jam 8:15 malam bertempat di Stadium Negeri.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga. Pertama di saingan Liga Super minggu kesepuluh (LS10) dan kedua di saingan Piala FA pusingan 16 terbaik. 


Kedua-dua perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan Penang FC di halaman sendiri mahupun di tempat lawan. Pasukan Kuching City berada di tempat kedua tercorot dalam Liga Super 2023 sama mata dengan pasukan Kelantan FC.

Manakala pasukan Penang berada di tempat kesepuluh dengan 19 mata. Berdasarkan 5 perlawanan terakhir pasukan Penang dilihat berakhir dengan keputusan tewas. Begitu juga dengan pasukan Kuching City yang tewas dan hanya seri satu perlawanan.

Mengikut keputusan tersebut, kedua-dua pasukan mampu untuk menang dan menambah 3 mata penting yang berharga bagi memperbaiki kedudukan pasukan masing-masing sebelum saingan Liga Super berakhir yang hanya berbaki 3 perlawanan sahaja lagi.

Siaran Langsung Kuching City vs Penang Live Stream 28 Oktober 2023 LS23

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung antara Kuching City vs Penang live stream dari Stadium Negeri menerusi saluran 807 Astro Arena Bola 3 dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan, langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Sabtu, 28 Oktober 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Siaran lansung : Astro Arena Bola 3 (CH807)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Pembelian tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kuching City FC dan Penang FC yang berlangsung di Stadium Darul Aman pada hari Sabtu, 28 Oktober 2023 boleh didapati melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan Kuching City FC vs Penang FC LS23

Keputusan perlawanan antara Kuching City FC vs Penang dalam saingan LS23 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KUCHING CITY FC/ KUC (0) - (0) PENANG FC/ PEN

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.