Drama That Cover Girl (Prime Video) Lakonan Utama Siti Saleha

Azhafizah MN
By -
2
That Cover Girl, drama Siri Amazon Original di Platform penstriman Over The Top (OTT), Prime Video yang pertama dari Malaysia akan disiarkan mulai 19 Oktober 2023. Bukan hanya disiarkan di Malaysia, malah ditayangkan di 240 wilayah lain di sekitar dunia.

Drama That Cover Girl (Prime Video) Lakonan Utama Siti Saleha
sumber : Prime Video MY

Drama siri terbitan Creative Stew yang berlatarbelakangkan Paris dan Kuala Lumpur ini menampilkan barisan pelakon hebat dan terkenal di Malaysia iaitu Siti Saleha, Hisyam Hamid, Aiman Hakim Ridza dan Alicia Amin sebagai watak utama.

Idea asal cerita ini daripada Abid Hussain yang juga merupakan pengarah bersama Megat Sharizal. Skrip ditulis oleh Yasmin Yaacob dan Bernice Low.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Siti Saleha, Hisyam Hamid, Aiman Hakim Ridza, Alicia Amin, Melissa Campbell, Raz Gabriel Sho, Hana Tiha, Yasmin Hani, Arena Wan, Zahim Albakri, Nina Juren, Cristina Suzanne Stockstill, Fatimah Abu Bakar, Ikhlas Jalil, Amirah Razak dan ramai lagi.
  • Siti Saleha sebagai Sofi Safwan
  • Hisyam Hamid sebagai Arif
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Darius
  • Alicia Amin sebagai Laila
  • Melissa Campbell sebagai Su Ann
  • Raz Gabriel Sho sebagai Aslan
  • Hana Tiha sebagai Hana
  • Yasmin Hani sebagai Dania
  • Arena Wan sebagai Shiqa
  • Zahim Albakri sebagai Safwan
  • Nina Juren sebagai Bahiyah
  • Cristina Suzanne Stockstill sebagai Malaika
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Maisara
  • Ikhlas Jalil sebagai Jay
  • Amirah Razak sebagai Tasya

SINOPSIS THAT COVER GIRL

Mengisahkan tentang Sofi Safwan, seorang tokoh usahawan yang berjaya dalam perniagaan fesyen dengan empayar luas dan mempunyai suami yang sangat menyayangi dan menyokong dirinya.

Malangnya, berlaku beberapa kejadian malang dalam perniagaan seperti masalah skandal dan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan.

Di sebalik cabaran tersebut, Sofi tetap berdedikasi dan tidak goyah menyelesaikan masalah dan isu yang membabitkan perkahwinan dan perniagaan walaupun berdepan pelbagai komplikasi sepanjang perjalanannya itu.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Saya lagi nonton serial iniii 😍😍😍. Baru eps 1. Itupun nonton karena ada aiman hakim 😁😁😄😄. Sukaaa sangat dengan dia lah. Gara2 waktu itu saya ada lihat movie nya pas naik MAS ke jepang beberapa THN lalu. Sejak itu sukaaa 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat Aiman ni. Saya pun suka tengok dia berlakon. Lagi lagi dalam Curi curi cinta.

      Delete
Post a Comment