Gadgets

Kacang Panjang Ungu, Warnanya Menarik Perhatian

Pernah tengok kacang panjang warna ungu? Kalau tak pernah, kita geng! Haritu masa beli barang dapur nak beli kacang panjang ternampak kacang panjang ungu ni. Tak fikir panjang, terus ambil kacang panjang ungu tu.

Tak jadi beli kacang panjang hijau yang biasa tu. Kacang panjang ungu yang saya beli taklah sepanjang kacang panjang. Saiz panjang dia separuh daripada kacang panjang hijau. 

Disebabkan kacang panjang ungu ni nampak macam kacang panjang muda dan elok je, itu yang terus beli. Saya suka beli kacang panjang muda berbanding kacang panjang yang besar yang besar. Yang muda ni lebih rangup dan sedap.

Kacang Panjang Ungu, Warnanya Menarik Perhatian

Perbezaan kacang panjang ungu dan hijau

Dari segi rupa, berbeza warnanya. Saiz dia agak pendek sikit. Tapi bila saya google ada juga saiz dia macam saiz kacang panjang biasa. Rasa dia tetap sama, rasa kacang panjang. 

Kacang Panjang Ungu, Warnanya Menarik Perhatian

Cuma bila masak tu nampak macam pelik sikit sebab warna dia tu tak biasa kita nampak kan. Warna dia macam ungu keledek gitu. Menarik perhatian, itu yang buat terbeli kacang panjang ungu ni.

4 comments:

  1. serious saya baru tahu ada kacang panjang ungu. saya ni sejenis jakun juga dengan benda tak pernah jumpa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..genglah kita kak Mar. Memang jakun dibuatnya.

      Delete
  2. Rasa macam pernah tengok kcg panjang purple ni tapi makannya belum pernah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, nanti kalau jumpa boleh cuba beli dan rasa kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.