Gadgets

Limited Edition Tumbler Uniqlo

Kami dan Uniqlo berpisah tiada. Nak beli baju mesti pergi ke Uniqlo. Terpaling suka dengan materialnya dan kualiti, terutamanya jenis AIRism yang sesuai sangat dengan cuaca di Malaysia ni. Kualitinya pun tahan lama. Bak kata pepatah " Kalah membeli, menang memakai"

Untuk penjimatan, suka beli masa promosi atau value buy. Tapi kadang value buy ni cepat habis dan mostly tak banyak pilihan. Maksudnya tak banyak pilihan saiz dan warna.

Dulu, waktu mula-mula terjebak dengan jenama Uniqlo ni rasa macam harganya masih berpatutan juga. Sekarang ni semakin lama semakin naik harga. Ingatkan barang makanan je naik harga. Pakaian pun ikut berlumba sekali naik harga sekali. Tak nak kalah ye!. Rasanya dah beberapa kali naik harga.

Dalam naik harga tetap juga membeli. Membeli mana yang mengikut bajet dan keperluan. Masa promosi bulan lepas alang-alang membeli baju, shopping lebih sikit untuk dapatkan limited edition tumbler Uniqlo istimewa sempena Hari Malaysia.

Limited Edition Tumbler Uniqlo

Cantik kan tumbler ni. Walaupun bukan peminat warna hijau tapi nak juga limited edition tumbler Uniqlo ni. Boleh buat koleksi tumbler Uniqlo. Ini koleksi tumbler Uniqlo ketiga dah. Boleh tukar-tukar guna. 


Penutup dia bukan sekadar penutup biasa. Jenis penutup ada slide buka tutup untuk minum tanpa buka terus penutup. Nak panggil penutup jenis apa ye macam ni? Tak jumpa perkataan yang sesuai pula. Siapa tahu silakan komen dibawah.

Limited Edition Tumbler Uniqlo

Suka betul kalau Uniqlo bagi gift tumbler. Selain tumbler, Uniqlo suka juga bagi gift daripada fabrik recycle. Contohnya macam batu seremban dan cup holder.

Satu lagi yang saya suka, gift bag. Pernah dapat cooler bag, net tote bag, tote bag besar dan satu lagi tak ingat jenis beg apa. Sangat berbaloi dapat gift bag sebab boleh guna bila diperlukan. 

Bila tiba musim perayaan pula adalah gift-gift yang berkaitan. Contohnya bila raya dapatkan sampul duit raya limited edition dan snack. Kira bolehlah tu daripada shopping semata-mata kan. Ini dapat free, lagi bestlah shopping. Tak gitu?

8 comments:

  1. Alaa…tak perasan pulak ada offer ni. Kalau perasan, mau mengejar jugak 😄
    Pernah dapat toiletries bag, memang berkualti.

    Akak pakai inner lengan panjang Airism sebagai ganti sarung lengan dan elakkan haba matahari, memang selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus kejar kan kak kalau tahu. Tempting tengok tumbler cantik ni. Ye betul, semua beg dia walaupun gift tapi berkualiti.

      Ye, saya pun suka pakai inner AIRism tu. Selesa sangat dengan cuaca panas Malaysia ni haa

      Delete
  2. cantiks.. sapa wat collection memang suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cantik sangat. Saya suka buat koleksi. Pantang nampak ada gift tumbler. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.