Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV9)

Azhafizah MN
By -
4
Hantu Penunjuk Jalan

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan bersiaran pada 27 Oktober 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Telefilem ini telah ditayangkan pada 2 tahun lalu, 2020 di TV3 yang dibintangi oleh Izzue Islam dan Bella Dally sebagai teraju utama. Hantu Penunjuk Jalan diarahkan oleh Kyoll Hamzah, skrip disediakan oleh Shahnas Putra bersama Team Cakerawala Seni terbitan Layar Consult Sdn. Bhd.

PELAKON

Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat iaitu Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw, Shashaa Raman, Razzuan Rosli dan ramai lagi.

SINOPSIS HANTU PENUNJUK JALAN

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan mengisahkan tentang Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. 

Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. Lin, seorang social media influencer yang popular bercadang untuk membuat ulasan tentang kampung tersebut. 

Di situ, Lin telah bertemu dengan seorang pemandu e-hailing, Jay yang telah sesat jalan selepas menghantar penumpangnya. Dalam usaha untuk meninggalkan kawasan kampung itu, cinta mula berputik antara Lin dan Jay.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment