Telefilem Takkan Gentar (TV9)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Takkan Gentar bersiaran pada 9 Oktober 2023, jam 8:30 malam di Slot skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Takkan Gentar, sebuah telefilem ulang siaran arahan Dato' Ahmad Tamimi Siregar yang pernah disiarkan di slot cerekarama tahun 2019. Telefilem/ telemovie ini diterbitkan oleh syarikat produksi Mache All Star United Sdn. Bhd. dan skrip ditulis oleh Adza Emie.

Telefilem Takkan Gentar (TV9)

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan para pelakon yang hebat seperti Nafiz Muaz, Eman Manan, Fauzi Nawawi, Laila Nasir, Zarina Zainuddin, Kuza (Tengku Sariza), Zulkifli Salleh dan ramai lagi.
  • Eman Manan sebagai Omar Ali
  • Nafiz Muaz sebagau Ibrahim

SINOPSIS TAKKAN GENTAR

Takkan Gentar mengisahkan tentang Omar Ali, seorang jurulatih kampung  yang gigih mengilap bakat pelajar OKU (disleksia) iaitu Ibrahim yang menjadi atlet sekolah hingga ke kebangsaan. Setiap hari Omar akan berulang-alik menjemput Ibrahim untuk berlatih berlari. 

Banyak masa Omar dihabiskan melatih Ibrahim menyebabkan hubungannya dengan isteri semakin renggang. Namun ibu Ibrahim, Suri tidak bersetuju apabila Omar ingin melatih anaknya menjadi atlet, kerana dia tidak yakin dengan kemampuan Ibrahim. 

Hingga dia tidak lagi membenarkan Ibrahim berjumpa dengan Omar kerana dia mahu anknya hanya berjaya dalam pelajaran dan pandai membaca. Namun Omar tidak berputus asa memujuk Suri untuk melepaskan Ibrahim terus berlatih dengannya dan dalam masa yang sama dia akan menitik beratkan pelajaran Ibrahim.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)