Gadgets

Siaran Langsung PDRM vs KL City Live Stream 27 Oktober 2023 LS23

PDRM vs KL City

Saingan Liga Super 2023 kembali beraksi bagi minggu kedua puluh tiga dengan perlawanan permbukaan antara pasukan PDRM menentang pasukan Kuala Lumpur, KL City.

PDRM vs KL CITY

Pertembungan antara skuad Sang Saka Biru, PDRM FC dengan Skuad Warga Kota, KL City FC dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2023, hari Jumaat jam 8:15 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

baca juga

Perlawanan ini merupakan persaingan di antara tempat ketujuh (KL City) dan kelapan (PDRM) mengikut carta terkini Liga Super 2023 dengan hanya beza 3 mata. Kedua-dua pasukan pasti akan mempamerkan aksi cemerlang bagi merebut 3 mata berharga bagi memperbaiki kedudukan tersebut yang hanya berbaki 3 lagi perlawanan.

Berdasarkan prestasi pasukan PDRM dalam 5 perlawanan terakhir, hanya tewas sekali. Satu perlawanan menang dan selebihnya berakhir dengan keputusan seri.

Manakala pasukan KL City menang 2 kali dan kalah 3 kali dalam 5 perlawanan terakhir dalam aksi Liga Super 2023. Kedua-dua pasukan dilihat mampu untuk membawa 3 mata penting bagi perlawanan ini.

Siaran Langsung PDRM vs KL City Live Stream 27 Oktober 2023 Liga Super (LS23)

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs KL City Live Stream dari Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi saluran TV Okey, Sukan TV RTM dan secara online di RTMKlik dan Sooka secara PERCUMA. Pra rancangan akan bermula pada jam 7:45 malam.

Waktu siaran : Jumaat, 27 Oktober 2023, 8:15 malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Siaran TV : TV Okey & Sukan RTM (RTM Sports)
Platform penstriman : RTMKlik dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara PDRM vs Kuching City pada 27 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan PDRM vs KL CITY LS23

Keputusan perlawanan antara PDRM vs KL CITY dalam saingan Liga Super 2023 Minggu kedua puluh tiga secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : PDRM FC/ PDRM (2) - (0) KUALA LUMPUR CITY FC/ KUC
 Marcus Macauley 63' 
 Fadi Awad 74'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.