Telefilem Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular bersiaran pada 21 Oktober 2023, hari Sabtu jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3.

Idea asal dan penulis skrip telefilem ini daripada Julian Jayaseela, olahan skrip oleh Ikhwan Sha dengan genre romantik komedi memaparkan elemen kekeluargaan, persahabatan, percaya diri, mengejar mimpi dan mencari cinta sejati.

Gadis Kampung Paling Popular diarahkan oleh Eyra Rahman terbitan Nuansa Production Sdn. Bhd ini pertama kali ditayangkan pada tahun 2016.

PELAKON DAN WATAK

Telefilem ini dibintangi oleh Janna Nick, Vicha Saywho, Azad Jasmin, Mak Wan Latah, Acong Sweetchild, Daaim Jailani, Firdaus Nadxaman dan ramai lagi.
  • Janna Nick sebagai Maya/ Lady Wawa
  • Vicha Saywho sebagai Safidah
  • Azad Jasmin sebagai Azad
  • Mak Wan Latah sebagai Cik Eton
  • Acong Sweetchild sebagai Uncle Syomie
  • Aizat Hassn sebagai Khir
  • Firdaus Nadxaman sebagai Seman

SINOPSIS GADIS KAMPUNG PALING POPULAR

Mengisahkan tentang Maya, seorang gadis Kampung yang pemalu tetapi bersuara lunak dan baru berhijrah ke bandar. Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah.

Sejak itu, Maya mula mengubah penampilan dan gaya hidupnya menjadi gadis urban serta dikenali sebagai Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan Maya dengan seorang ahli perniagaan namun ditolaknya.

Maya yang menjadi bintang YouTube terkenal mengenali Azad yang menyukainya dalam diam. Azad menyatakan Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan tidak jujur membuatkan Maya berkecil hati.

Ikuti kisahnya dalam Telefilem Gadis Kampung Paling Popular di TV3 pada 21 Oktober 2023, jam 10:00 malam.


Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)