Gadgets

Siaran Langsung Live ULSAN HYUNDAI vs JDT ACL 2023 24 Oktober

ULSAN HYUNDAI vs JDT

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT akan berkunjung ke Korea Selatan bagi meneruskan aksi ketiga Kumpulan I dalam saingan ACL 2023/2024 (AFC Champions League 2023/24), Liga Juara-Juara AFC menentang pasukan tuan rumah Ulsan Hyundai.

baca juga
JDT vs Ulsan Hyundai 7 November 

ULSAN HYUNDAI vs JDT ACL 2023/24

Pertembungan antara pasukan Ulsan Hyundai vs kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan berlansung pada 24 Oktober 2023, hari Selasa jam 6:00 petang (Waktu Malaysia) bertempat di Stadium Ulsan Munsu (Ulsan Munsu Football Stadium), Korea Selatan.

Ulsan Munsu Football Stadium adalah stadium keramat buat pasukan Ulsan Hyundai yang pernah menjadi Stadium Piala Dunia pada suatu ketika dahulu.

Perlawanan Ulsan Hyundai vs JDT merupakan perlawanan tumpuan yang dinantikan dimana pertembungan dua pasukan gergasi dari Korea Selatan dan negeri Selatan Johor (Harimau Selatan) bertemu untuk kali ketiga.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu 2 kali sebelum ini dan kedua-dua perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT kini berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan I. Pasukan Ulsan Hyundai pula berada di tempat ketiga.
 
Berdasarkan prestasi pasukan Ulsan Hyundai pada musim ini yang tidak konsisten di gelanggang sendiri, kesempatan ini boleh diambil oleh pasukan JDT untuk mencipta kejayaan membawa 3 mata berharga.

Sebelum bertemu JDT pada 24 Oktober, pasukan Ulsan Hyundai kalah tipis 0-1 kepada pasukan Gwangju dalam saingan K-League gelanggang mereka Stadium Ulsan Munsu. 

Diharapkan skuad Harimau Selatan terus beraksi dengan cemerlang dan beroleh keputusan positif menentang Ulsan Hyundai.

Siaran Langsung Live Streaming ULSAN HYUNDAI vs JDT, 24 Oktober 2023

Penyokong dan penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara ULSAN HYUNDAI vs JDT secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka. 

Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 5:30 petang. Langgan satu perlawanan dengan harga RM12.90.

Tempat : Stadium Ulsan Munsu (Ulsan Munsu Football Stadium), Korea Selatan
Waktu siaran : Selasa, 24 Oktober 2023, jam 6:00 petang
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Starting Line-up/ Kesebelasan utama

ULSAN HYUNDAI vs JOHOR DARUL TA'ZIM

ULSAN HYUNDAI/ ULS

Jo Hyeon-woo, Lim Jong-eun, Darijan Bojanić, Lee Dong-gyeong, Jung Seung-hyun (c), Kim Sung-joon, Gustav Ludwigson, Kim Tae-hwan, Ataru Esaka, Seol Young-woo, Kim Ji-hyeon

Substitutes

Jo Su-huk, Jang Si-young, Martin Ádám, Valeri Qazaishvili, Um Won-sang, Lee Myung-jae, Kim Min-hyeok, Cho Hyun-taek, Lee Jae-uk, Kim Kee-hee, Park Chu-young
 

JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT

Syihan Hazmi, Matthew Davies, Afiq Fazail, Jordi Amat (c), Hong Wan, Bergson da Silva, Shane Lowry, Juan Muñiz, Corbin-Ong, Heberty Fernandes, Arif Aiman

Substitutes

Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh, Feroz Baharudin, Ramadhan Saifullah, Akhyar Rashid, Nazmi Faiz, Endrick, Syafiq Ahmad, Shahrul Saad, Fernando Forestieri

Live score/ Keputusan masa penuh ULSAN HYUNDAI vs JDT

Keputusan perlawanan antara ULSAN HYUNDAI vs JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC/ AFC Champions League (ACL) 2023/2024 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : ULSAN HYUNDAI / ULS (3) - (1) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT
Jung Seung-hyun 5'
 Gustav Ludwigson 12' 18'
 Bergson da Silva 53'

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.