Gadgets

Siaran Langsung Sri Pahang vs Terengganu Live Stream LS23

Sri Pahang vs Terengganu

Hari terakhir saingan Liga Super 2023 menyaksikan pertembungan antara pasukan Sri Pahang menentang pasukan Terengganu di Pahang Darul Makmur. 

SRI PAHANG vs TERENGGANU

Aksi perlawanan antara skuad Sang Tok Gajah, Sri Pahang FC dengan Skuad Sang Penyu, Terengganu FC dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober 2023, hari Ahad jam 8:15 malam bertempat di Stadium Darul Makmur.

Ini merupakan perlawanan kedua dalam pusingan kedua Liga Super 2023 dimana Sri Pahang pula menerima kunjungan Terengganu. Pada pertemuan yang lalu (LS10), pasukan Sri Pahang berjaya membawa pulang 3 mata berharga dengan kemenangan tipis hanya beza 1 gol.

baca juga

Berdasarkan kedudukan terkini carta Liga Super 2023, pasukan Pahang mendahului pasukan Terengganu di tempat ke-4 dengan 43 mata dan Sri Pahang di tangga ke-6 dengan 35 mata. Melihat kepada kedua-dua prestasi dalam 5 perlawanan terakhir, masing-masing mampu menghasilkan keputusan positif. 

Siaran Langsung Sri Pahang vs Terengganu Live Stream 29 Oktober 2023 Liga Super (LS23)

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Terengganu Live Stream dari Stadium Darul Makmur menerusi saluran TV Okey, Sukan TV RTM dan secara online di RTMKlik dan Sooka secara PERCUMA. Pra rancangan akan bermula pada jam 7:45 malam.

Waktu siaran : Ahad, 29 Oktober 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Siaran TV : TV Okey & Sukan RTM (RTM Sports)
Platform penstriman : RTMKlik dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Sri Pahang vs Terengganu pada 29 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan Sri Pahang vs Terengganu LS23

Keputusan perlawanan antara Sri Pahang vs Terengganu dalam saingan Liga Super 2023 Minggu kedua puluh tiga (LS23) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SRI PAHANG FC/ SRP (2) - (2) TERENGGANU FC/ TER
Omid Nazari 24’ 71’
Rafael Da Silva 77’
Sergio Aguero 79’

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.