Gadgets

Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI

Tarikh belanjawan 2024 Malaysia telah dibentangkan pada 13 Oktober 2023, jam 4:00 petang tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat.
Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI
sumber : belanjawan


Belanjawan 2024 Malaysia MADANI merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan sebanyak RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan kerajaan.

Berikut intipati Belanjawan 2024/ Bajet 2024

  • Sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka PM Anwar
  • Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun PM Anwar
  • Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara tahun hadapan PM Anwar
  • Kerajaan akan kuatkuasa pelaksaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024 PM Anwar
  • Pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus PM Anwar
  • Kerajaan jangka pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus PM Anwar
  • Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksaan pembaharuan Ekonomi Madani PM Anwar
  • Defisit fiscal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran tahun ini dan 5.6 peratus bagi tahun 2022 PM Anwar
  • Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai 2024
  • Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi
  • Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billion
  • Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi
  • Kerajaan setuju kuatkuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024 – PM Anwar
  • Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta – PM Anwar
  • Agensi penguat kuasa yang tunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya
  • BNM dan institusi kewangan Islam juga sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun pelaburan yang lebih meluas
  • Pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama 5 tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam
  • 9 institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya
  • Memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 hari ke 30 hari
  • RM25 Juta - Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan
  • RM500 Juta - Peruntukan tambahan bagi pinjaman mudah untuk meningkatkan pembangunan semula tanah wakaf di seluruh negara
  • RM44 Bilion - Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS
  • RM1.4 Bilion - Pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan
  • RM330 Juta - Kemudahan pembiayaan TEKUN kepada peniaga kecil, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. RM30 Juta daripadanya disediakan khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India
  • RM720 Juta - Peruntukan khas bagi menggalakkan golongan wanita dan anak muda menceburi bidang perniagaan
  • RM8 Bilion - Dana pinjaman di bawah BNM untuk menyokong syarikat PKS. RM600 Juta daripada itu dikhususkan antaranya untuk membantu usahawan mikro dan usahawan berpendapatan rendah
  • RM600 Juta - Dana Impak Khazanah Nasional bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang antaranya kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan
  • RM20 Bilion - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menjamin sehingga 80% pinjaman PKS khususnya bidang ekonomi hijau, teknologi dan halal
  • RM100 Juta - Peruntukan pembiayaan bagi menyokong inisiatif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membasmi kemiskinan
  • RM100 Juta - Dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Model Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia antaranya bagi membantu lebih banyak koperasi
  • RM100 Juta - Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro
  • RM900 Juta - Galakan kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan
  • RM40 Juta - Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah
  • RM25 Juta - Memperkasa Peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN akan terus diperkasa bagi menyokong pengusaha kecil di peringkat komuniti menjual produk secara dalam talian
  • Peruntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 Bilion
  • RM100 Juta - Peruntukan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam
  • RM1.6 Bilion - Program latihan semula dan peningkatan kemahiran PMKS dan golongan rentan oleh HRD Corp
  • RM70 Juta - Pelaksanaan Program Academy in Industry untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang belanjawan 2024/ bajet 2024, layari laman rasmi belanjawan.mof.gov.my/ms/

sumber :  bharian

4 comments:

  1. Alhamdulillah...yang dapat manfaat bersyukur..yang tak dapat pasti ada rezeki lain
    Semoga negara kita terus aman makmur & ekonomi kembali pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mamacella. Yang dapat bersyukur, yang tak dapat bersyukur juga inshaAllah ada rezeki lain menanti. Aaamiin...

      Delete
  2. Menarik yer.. .Bersyukur apa adanya... Semoga Malaysia aman Dan Maju 🫶

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.