Gadgets

Ke ZOO Melaka Sekali Lagi

Ke ZOO Melaka Sekali Lagi? Ye, sekali lagi ke ZOO Melaka menyempurnakan hajat bawa anak-anak buah ke sini. Si adik suka sangat dengan Dinosaur, kita bawa dia datang ZOO Melaka sebab ada Dinasour Encounter. Si kakak pula memang suka tengok haiwan.

Kebetulan ada cuti sehari sempena Hari Maulidur Rasul minggu lepas. Dapatlah bawa anak-anak buah yang suka tengok haiwan. Budak-budak mana yang tak suka tengok haiwan kan. Teruja bukan main! Kita pun seronok tengok dorang happy.

Disebabkan saya dan suami dah jejak ZOO Melaka tahun lepas selepas habis PKP, tak lah rasa teruja sangat nak masuk ZOO Melaka ni. Lebih kepada nak bawa mereka jalan-jalan tengok haiwan dan spend masa bersama. Bukan senang nak berkumpul kadang.

Harga tiket ZOO Melaka

RM38/ dewasa
RM31/ Kanak-kanak (3 tahun ke atas)
RM31/ Warga emas

*Harga termasuk untuk Dinosaur Encounter tak termasuk service charge dan entry duty.

Encik suami beli tiket di kaunter. Kalau beli online pun sama juga kena beratur dan tunjukkan kad pengenalan. Lebih baik beli walk in di kaunter terus berserta dengan kad pengenalan. Jadi, kalau pergi ZOO Melaka, jangan lupa bawa kad pengenalan ye untuk dapat harga warganegara.

Dah beli tiket, jomlah kita masuk! Macam biasa, sebelum masuk ZOO kita bergambar dulu dengan background green screen. Nak keluar nanti, gambar tu boleh dibeli atau tak nak beli pun boleh.

Trip ke ZOO Melaka kali ni saya dan encik suami jalan-jalan santai je. Tak banyak ambil gambar haiwan sebab dah datang dulu kan. Rasa teruja tu kurang. Dok melayankan anak-anak buah je lah.

Laluan masuk ZOO Melaka, dijamukan dengan aksi haiwan yang bernama burung kakak tua ni. Ada pelbagai jenis. Ralit tengok aksi comel mereka.

ZOO Melaka
burung kakaktua/ parrot/ cockatoo

ZOO Melaka
burung kakak tua putih/ white cockatoo

Di bawah ni pula sejenis spesis lemur. Lupa dah nama dia. Ke mouse lemur entah. Di bahagian ni ada pelbagai jenis lemur.

ZOO Melaka
sejenis lemur/cerpelai/ mongoose

ZOO Melaka
Musang tapi bukan musang berjanggut

ZOO Melaka
si adik dan kambing

Dalam kadang badak ni masih ada 2 ekor badak. Tak bertambah. Kali ni macam aktif dan semangat sikit lah. Tahun lepas kita datang dia macam tak ada mood je. Lepas PKP sendu agaknya.

ZOO Melaka

Selepas melalui bahagian ni kami terus decide nak masuk Dinosaur Encounter dulu sebabnya risau nanti dah penat, tak larat nak berjalan. Motif utamanya ke sini sebab nak datang tengok Dinosaur. Itu sebab kena explore sini dulu sepuas-puasnya.

Sayangnya banyak Dinosaur yang tercedera. Ada yang dah tersiat-siat dagingnya. Banyak yang perlukan rawatan segera. Aduhaiii..Baru setahun berlalu dah banyak yang cedera. Untuk pengetahuan korang, Dinosaur Encounter ni baru dibuka tahun 2020. 

Dinosaur Encounter ZOO Melaka
adik dan kakak teruja tengok saur/ tasour (panggilan pelat si adik)

Dinosaur Encounter ZOO Melaka
family potret tidak dilupakan

Dah penat berjalan santai, kami masuk Dino store. Mungkin disebabkan cuaca agak bahang, masing-masing macam tak larat sangat dah. Masuk Dino Store ambil udara sejuk sebab ada air cond. Anak-anak buah layan game 3D tu. Kemudian naik tingkat atas ada aktiviti mewarna untuk kanak-kanak. Percuma je!

Dinosaur Encounter ZOO Melaka
bermacam-macam warna ye Dinosaur kakak ni


Dinosaur Encounter ZOO Melaka
salah satu merchandise Dinosaur yang comel
Dinosaur Encounter ZOO Melaka
permandangan dari tingkat atas Dino Store

Keluar daripada Dinosaur Encounter, kami teruskan perjalanan jelajah ZOO Melaka. Teruja tengok spesis panther/ jaguar/ leopard ni. Kita panggil harimau kumbang dan harimau bintang. Yang pasti bukan cheetah sebab cheetah biasanya keding. Corak dia je macam seakan-akan.

ZOO Melaka
harimau kumbang dan harimau kumbang

ZOO Melaka
Harimau yang keseorangan

Harimau putih tak dapat tengok sebab kandangnya ditutup. Lupa pula nak tengok notice banner tu kenapa sebabnya.

ZOO Melaka
Pasangan singa sejoli

Tahun lepas ada seekor je. Kali ni dah berpasangan singa sejoli ni. Nampak sihat, tak lah keding je macam tak makan.

ZOO Melaka
Gajah

Behave betul ye si gajah. Elok dia pandang kamera bila nak ambil gambar. Di sini pengunjung boleh berikan makanan yang disediakan pada gajah.
ZOO Melaka
si cantik, burung merak

ZOO Melaka
burung hantu

Berakhir sudah trip ke ZOO Melaka dari pukul 10:06 pagi sampailah pukul 1 lebih. 

Makanan & Tempat Makan Sedap di Melaka

Lepas tu Jalan-Jalan cari makan tengahari di Asam Pedas Mak Leha, Sg Putat Melaka. Tak Melaka lah kalau tak pekena asam pedas kan. 

Sebelum pulang ke sarang, sempat beli keria gula Melaka Batu Berendam dan kuih bakar pandan. Kuih wajib beli kalau singgah di Melaka. 

Keria gula Melaka
keria gula melaka

kuih bakar pandan
kuih bakar pandan

Melaka ni kalau masa cuti jem melekat betul. Jadi kami tak kemana lepas tu, terus balik rumah. Lagipun memang rancang nak pergi ZOO Melaka je pun sebenarnya sebab cuti sehari je kan. Lainlah kalau cuti sehari dua tu gagah lagi lah nak jalan.


4 comments:

  1. Lamanya tak ke Zoo Melaka!! Dulu dulu zaman kecik kecik, dibolehkan pengunjung naik Gajah tu..bawak pusing sekejap dalam satu kawasan..huhu.. Zoo Melaka ni luass..Memang penat betullah kalau jalan dalamni...Sesuai dengan harganya...Hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak ada dah. Setakat bagi makan je lah boleh. Zoo Melaka memang luas. Belum lagi ZOO Negara kan. Lagilah besar. Tentang harga tu memang berbaloilah. Penat pun berbaloi juga.

      Delete
  2. tak pernah masuk zoo melaka walaupun pernah duduk melaka... aishhh kena pergi nnt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu boleh jadi alasan untuk pergi Zoo Melaka nanti. Hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.