Gadgets

Siaran Langsung Kelantan United vs JDT Live Stream LS23

Kelantan United vs JDT

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT telah mengesahkan kemenangan Juara Liga buat kali kesepuluh berturut-turut selepas tamatnya perlawanan Liga Super 2023 minggu kedua puluh dua (LS22) yang lalu ketika menentang PDRM.

Walaupun begitu, saingan Liga Super yang masih berbaki 4 lagi perlawanan termasuk hari ini akan diteruskan sehingga penamat. Pendahulu Liga, JDT akan berkunjung ke Kelantan bagi meneruskan aksi saingan Liga Super menentang pasukan Kelantan United.

KELANTAN UNITED vs JDT

Aksi perlawanan antara pasukan Kelantan United vs JDT dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu jam 8:15 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Perlawanan ini merupakan pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan dalam pusingan kedua Liga Super 2023. Pertemuan pertama menyaksikan kemenangan milik pasukan JDT dengan 6 gol tanpa balasan.

baca juga
JDT vs Kelantan United LS10

Pasukan Kelantan United kini berada di kedudukan ketiga terbawah dalam carta Liga Super 2023. 

Dalam perlawanan 5 terakhir pasukan Kelantan telah mencipta 2 kemenangan dan 2 kekalahan dan yang terbaru dengan keputusan seri menentang Penang FC dengan jaringan gol tunggal Dominik Balić pada minit ke 67.

Perlawanan menentang skuad Harimau Selatan, JDT satu cabaran besar buat pasukan Kelantan United. Tambahan lagi bermain di halaman tempat lawan. 

Bagi pasukan JDT, mereka pasti akan tetap bermain dengan sehabis baik bagi mempertahankan rekod kemenangan di halaman sendiri. 

Siaran Langsung Kelantan United vs JDT Live Stream Liga Super (LS23) 28 Oktober 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Kelantan United vs JDT dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menerusi saluran 804 Astro Arena Bola 2 dan secara online menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan. Langganan pas perlawanan berharga RM9.90.

Waktu siaran : Sabtu, 28 Oktober 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran lansung : Astro Arena Bola 2 (CH804)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelantan United vs JDT (LS23) pada 28 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh

Keputusan perlawanan antara Kelantan United vs JDT dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-23 (LS23) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KELANTAN UNITED FC/ KLU (0) - (2) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT
 Fernando Forestieri 75'
 Bergson 90'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.