Telefilem Deria Ke 7 (TV2)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Deria Ke 7 bersiaran pada 9 Oktober 2023, hari Isnin jam 9:00 malam di Slot Drama On 2 RTM TV2 dan online di RTMKlik.

TELEFILEM DERIA KE 7

Deria ke 7, sebuah Telefilem/ Telemovie suspen thriller diarahkan oleh pengarah tersohor, Feroz Kader. Idea asalnya daripada Puovin, nukilan skrip oleh Tommy Loh dan diterbitkan oleh syarikat produksi Ori Art Film Sdn. Bhd.

Telefilem Deria Ke 7 (TV2)

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Shiqin Kamal, Ali Reza, Amir Nafis, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi.
  • Shiqin Kamal sebagai Kyra
  • Ali Reza sebagai Arman
  • Amir Nafis sebagai Benjamin
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Mira

SINOPSIS DERIA KE 7

Kyra adalah seorang anak hartawan. Selepas Kyra gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Arman, kebahagiaannya bagaikan telah lengkap setelah dia mengenali dan berkahwin dengan Benjamin.

Malangnya, Kyra telah terlibat dengan sebuah kemalangan. Kyra telah hilang ingatan dan sekembalinya dia mengingat setelah dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Setelah kemalangan, Khayra mengalami kelebihan mendapat gambaran mengenai apa yang telah terjadi dan juga apa yang belum terjadi.

Sehinggalah misteri terbongkar yang mengesahkan niat jahat suaminya untuk membolot hartanya. Halusinasi atau deria istimewa. Haruskah dia percayakan cinta?

Saksikan kesudahan cerita Deria ke 7 pada 9 Oktober 2023 9:00 malam di TV2.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)