Gadgets

Pokok Semalu, Si Puteri Malu

Sudah habis modal nak dibuat entry blog. Terasa rimpuh tak terpermanai sampai tak mampu si otak nak jana idea. Barangkali kena bawa berehat dulu. Sambil tu kita belek-belek handphone kot ada gambar yang menarik untuk buat modal blog.

Haa ada pun! Jadilah gambar pokok semalu atau dipanggil puteri malu menghiasi entry petang ni. Pokok semalu scientific name, Mimosa pudica.

Pantang jumpa pokok semalu ni, mesti nak diusiknya. Suka tengok bila dia cepat-cepat menguncup. Sebab itu ke dipanggil pokok semalu. Sebab kuncup tu tanda malu?
 
Pokok Semalu

Bila kita usik, secara automatik akan menguncup macam dalam gambar di bawah. Selepas beberapa minit dia akan kembali kembang. Pokok semalu ni sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh liar. Tapi ada khasiatnya. Setiap tumbuhan tu pasti ada manfaatnya kan. Cuma kita je tak tahu. 

Pokok Semalu

Bunganya pun cantik cuma masa ambil gambar ni dia masih belum kembang. Kalau kembang cantik macam bunga dandelions. Tapi awas! batangnya berduri macam batang bunga ros.

10 comments:

  1. dulu tak suka pokok ni sebab suka angkut kat seluar, skrg jarang jmpa. rindu pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duri tu yang menyebabkan sangkut. Kalau kena duri lagilah sampai berdarah. Hihi..itulah tu, rindu nak sentuh bagi dia kuncup.

      Delete
  2. Itulah tanda kebesaran-Nya.
    Setiap kejadian yang dicipta, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
    Ajaib kan, pokok semalu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kejadian tu pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Hebat ciptaan Allah. Memang ajaib. Kalau pertama kali tengok mesti hairan.

      Delete
  3. Masa kecik2 dulu selalu buat lawan dengan kengkawan, sapa2 boleh petik tangkai daun semalu tanpa menguncup daunnya boleh dapat kawen dengan anak raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aiihh..hebat tu kalau dapat petik. Bukan mudah nak petik dengan berduri. Tapi habuannya tu macam jauh sangat tu wak. Biasalah zaman kanak-kanak kan.

      Delete
  4. he hee sukaaa sgt usik daun semalu ni. bila dia malu kuncupp cepat2. tp hati2 sb berduri. silap hari berdarah jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tengok dia menguncup tu kak kak Nur. Betul, kena berhati hati sebab berduri.

      Delete
  5. Dulu waktu masih di Aceh, tanaman ini banyaaaak sangat di mana2. Terutama di lapangan dan kebun rumah saya pun ada. Puas main zaman kecil. Sentuh dia, trus tunggu kembang, sentuh lagi 😂

    Sayangnya di JKT tak ada kak, saking tak ada taman kosong lagi.

    Akhirnya bbrp THN lalu saya kembali liburan ke Aceh, bareng suami dan anak2. Saya ajak mereka ke lapangan tempat dulu saya main, lalu lihat ada putri malu. Saya tunjukin saat disentuh tanamannya menguncup. Anak2 senang sangat. Itu pengalaman baru bagi mereka 😄👍🏿.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dulu macam banyak tanaman ni. Sekarang disebabkan pembangunan, semakin susah nak jumpa. Pasti anak-anak teruja nak sentuh pokok semalu ni kan. Pengalaman baru yang menyeronokkan untuk mereka.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.