Gadgets

Hadiah Dari Blogger SuriaAmanda

Ini cerita hari Khamis minggu lepas. Dapat whatsapp daripada courier. Macam biasa courier akan bagi gambar parcel yang dia dah letak dalam pagar rumah. Tapi haritu macam pelik sebab ada dua parcel. Saya shopping 1 barang je. Dah kenapa ada 2? 

Jeng jeng jeng..risau salah alamat je!

Lepas tu rajin pulak courier tu hantar voice note bagitahu dah letak dalam pagar rumah. Bagus courier ni, amanah buat kerja dan hantar barang dengan selamat. 

Bila ambil parcel, tengok pengirim. Okay, tahu dah! Hadiah dari blogger SuriaAmanda. Hadiah sempena top komentator bulan Julai blog SuriaAmanda.

Dalam tak berapa aktif blogwalking. Tersangkut pula rezeki di situ bulan Julai. Terima kasih blogger SuriaAmanda memilih blog saya sebagai penerima hadiah top komentator bulan Julai 2023.

Buka hadiah je ternampak sekotak teh Cameron Highland dan sekotak lagi berwarna coklat. 

Hadiah Dari Blogger SuriaAmanda
Sekotak teh tu kita dah tahu dah isinya dah memang teh uncang kan. Kotak lagi satu berwarna coklat tu, macam-macam ada haa...
  • kad ucapan
  • rantai leher
  • scrunchies 3 warna (purple, hijau dan krim)
  • losyen tangan
  • keychain
  • kopi
Lagi satu yang comel oren rupa macam carrot tu tak pasti. Apakah? Dalam dia ada pemberat, macam besi je. Comel-comel semua hadiah dalam kotak ni. Suka suka, warna scrunchies tu pun cantik. Warna pastel, saya suka!

Hadiah Dari Blogger SuriaAmanda

Kopi belum dibancuh lagi. Mesti sedap jenama Coffex ni sebab premium coffee kan. Terima kasih kak kirimkan hadiah-hadiah ni. Semoga bertambah-tambah rezeki akak. Aamiin...

Kalau korang rajin blogwalking, jangan lupa singgah blog SuriaAmanda ye dan rajin-rajinlah tinggalkan komen.

Nota : Mohon kawan-kawan blogger remove link blog saya ye dalam bloglist masing-masing. Katanya tak bagus untuk ranking dan impression google. Salah satu punca penalty. Manalah tahu kot ada link spam ke kan. Atau lebih baik buang terus widget bloglist di blog. Nak tahu update blog kawan-kawan dari reading list dashboard. 
Terima kasih semua.

8 comments:

  1. wah..alhamdulilla.. congrats.. mcm2 ada & semuanya comei2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kan..comel-comel semuanya.
      Terima kasih MA.

      Delete
  2. Alhamdulillah... Tahniah... LeYa pernah lah dulu sekali dapat juga hadiah dari Kak SA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak.
      Ramai blogger dah dapat hadiah dari Kak SA yang suka berkongsi rezeki.

      Delete
  3. Tahniah Fiza.
    Moga tambah rezeki pemberi dan penerima.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.